Kecantikan

Pelik Tapi Benar. Tip Cantik Dari Selebriti Popular Ini Amat Menggelikan Namun Berkesan!

Share

Selebriti di Barat seringkali tampil sempurna setiap kali berada di lensa kamera. Hal ini menyebabkan mereka sering menjadi dambaan ramai untuk tampil cantik seperti mereka.

Tapi, tahukah kamu, ada di kalangan mereka yang mengamalkan rejim kecantikan yang pelik? Team Hijabista kongsikan kepada kamu tentang hal ini!

  1. Blake Lively

Sumber gambar: Cinema Express

Memiliki bentuk badan yang ideal serta rupa paras yang cantik menjadikan pelakon yang popular dengan drama bersiri, Gossip Girl ini perhatian lensa kamera setiap kali berjalan di acara karpet merah. Bukan itu sahaja, malah yang menjadi dambaan setiap mata yang melihat adalah kerana kecantikan rambutnya yang sentiasa tampak sihat dan bersinar.

Hakikatnya, pelakon ini memiliki rejim kecantikannya yang pelik. Blake sentiasa menyapu mayonis pada rambutnya untuk memastikan rambutnya sentiasa lembap dan sihat! Percaya atau tidak? Kebiasannya mayonis dipakai dalam setiap masakan kita, bukan? Namun berbeza pula dengan selebriti ini. Tapi kamu jangan terkejut kerana kandungan utama mayonis terdiri daripada cuka, minyak sayuran dan telur. Jadi, kandungan tersebut membuatkan ia kaya dengan bahan pelembap. Kandungan pelembap yang dimiliki mayonis akan menyerap hingga ke bawah kulit. Anda cuma sapukan mayonis pada keseluruhan rambut. Kemudiannya biarkannya dalam 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

2. Victoria Beckham

Sumber gambar: Health

Siapa yang tidak mengenali Victoria Beckham? Bukan sahaja bakat nyanyian serta kelincahannya sebagai seorang penghibur menerusi kumpulan popular Spice Girls, malah gaya fesyennya juga seringkali menjadi tumpuan ramai. Rumah fesyennya sering menghasilkan rangkaian rekaan yang meraikan sisi anggun wanita moden! 

Namun, tahukah kamu, figura yang mempunyai kulit wajah yang cantik ini memiliki tip kecantikan yang pelik? Ya! Victoria Beckham ini menggunakan najis burung Nightingale sebagai rejim kecantikannya. Usah geli kerana ritual kecantikan ini telah dilakukan sejak zaman pruba oleh Geisha di Jepun. Najis burung Nightingale ini dipercayai mempunyai bahan yang boleh mencerahkan kulit dan juga menghilangkan jerawat! Kagum, bukan? Lihat sahaja pesona kecantikan wajah Victoria yang sememangnya berseri walaupun sudah meningkat usia dan bergelar ibu.

3. Jennifer Lopez

Sumber gambar: Hello Magazine

Penyanyi serta pelakon popular ini bukan sahaja memiliki bentuk badan yang ideal, namun kulitnya juga sentiasa berseri dan bersinar ibarat mutiara! Jennifer Lopez menggunakan plasenta manusia untuk meningkatkan kolagen dan melembapkan kulit. Pelik kan? Tetapi begitulah realitinya! 

4. Miranda Kerr

Sumber gambar: The Grace Tales

Lincah ketika memperagakan busana di pentas ‘fashion show’, model Victoria Secret ini memliki rahsianya tersendiri untuk kekal cantik dan menawan! Dia menggunakan pelembap bibir sebagai ‘shimmery highlighter’ di bahagian mata! Ha! Itulah rahsianya matanya tampak seksi! Takut memberi kesan buruk kepada kulit? Usah risau, kamu boleh mencuba tip ini tetapi gunakan pelembap bibir yang mengandungi bahan semula jadi untuk mengelakkan dari pori-pori tersumbat.

5. Sienna Miller

Sumber gambar: BBC America

Selebriti ini menggunakan sos tomato untuk membaiki dan merawat ketidaksempurnaan rambut yang berwarna. Namun sebenarnya, kamu harus ke salon kerana di salon, mereka akan menggunakan campuran 90% alkohol dan ‘mineral oil’ untuk membaikinya.

Published by
Putra