Pelengkap Gaya Hijabi, 6 Item Fesyen Ini Paling ‘In’

Share

Tanpa aksesori maka tak lengkap dan tak berserilah penampilan seseorang. Bagi hijabi, aksesori sesuai digayakan dengan tudung bercorak mahupun polos.

Terdapat banyak pilihan aksesori untuk menyerlahkan penampilan.

Bagi yang sedang mencari idea untuk aksesori tudung yang boleh digunakan untuk majlis formal mahupun santai, Hijabista kongsikan tipnya.

Topi Boater

Walaupun bertudung, anda masih boleh tampil bergaya dengan topi boater

. Topi jenis ini sesuai untuk semua bentuk wajah.

Topi ini sesuai digayakan di acara luar seperti berkelah atau berjalan di pantai. Lengkapkan penampilan dengan selendang yang diikat di leher.

Bucket Hat

Bucket hat menjadi trend sepanjang tahun 2021. Bagi yang bertudung, anda juga boleh menggunakan bucket hat sebagai aksesori tudung untuk menyempurnakan penampilan.

Pilih topi dengan motif yang berbeza dan padankan bersama pakaian pilihan anda.

Duckbil Clip

Bukan saja sesuai sebagai aksesori rambut, duckbil clip

juga sesuai sebagai pelengkap penampilan.

Gunakan dua atau tiga duckbill clip di bahagian tepi tudung dengan warna yang kontra tudung yang dipakai. Selain duckbill clip, anda juga boleh menggunakan jenis clip lain seperti pin rambut dan snap clip.

Scarf

Penggunaan scarf bukan lagi sekadar untuk dililit pada leher. Kini, selendang juga berfungsi sebagai item fesyen yang melengkapkan penampilan hijabi.

Selendang boleh menjadikan penampilan kasual anda lebih stylish. Gunakan selendang bercorak dan balut di bahagian kepala.

Cermin Mata Hitam

Cermin mata hitam bukan saja berfungsi untuk mengurangkan pendedahan matahari pada mata, ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih bergaya.

Subang

Aksesori subang sememangnya popular dan trending di kalangan hijabi. Subang biasanya dilekatkan pada tudung di kedua-dua belah telinga. Kini, terdapat banyak jenis subang yang sesuai untuk yang bertudung.

 

Published by
Amy Mohd