Persis Gadis Melayu, Pelakon Korea, Go Ara Pilih ‘Baju Kurung’ Ke SBS Drama Awards 2018

Share

Baju kurung sememangnya sinonim dan menjadi identiti negara kita. Busana yang tidak lapuk dek zaman ini sentiasa menonjolkan sisi ayu seorang gadis apabila memakainya. Baru-baru ini tular di media sosial apabila selebriti Korea Selatan, Go Ara menggayakan pakaian seakan-akan baju kurung di sebuah majlis anugerah di sana iaitu SBS Drama Awards 2018. Wow, bukan biasa-biasa tau!

Persis gadis melayu!

Go Ara,29 yang berketinggian 170cm ini terkenal kerana membintangi beberapa drama popular seperti Hwarang, Black dan Ms.Hammurabi.

Rata-rata peminat dari Malaysia menyerbu ruang komen media sosial Go Ara kerana teruja melihat pakaian yang digayakannya yang seakan-akan baju kurung moden.

“Tak berkelip mata melihatnya!”

Bangga rasanya apabila orang luar negara suka menggayakan busana tradisi kita. Memang betullah baju kurung ini menambahkan seri dan keayuan seseorangkan? 🙂

kredit : instagram @ara_go_0211

Published by
Qistina