Pelajar Malaysia Berjaya Raih 100% Dalam Peperiksaan Akauntan Antarabangsa

Share

Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia, Siti Nadiah Sh Salleh,19 telah membanggakan negara dengan pencapaian yang sangat mengagumkan. Pelajar IPAC Education ini telah berjaya mendapatkan markah 100% untuk subjek Assurance dalam peperiksaan akauntan antarabangsa, Certificate in Finance, Accounting and Business (CFAB). 

Pada Januari yang lalu, bekas pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya ini berjaya memperoleh anugerah pelajar di seluruh dunia Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) Excellence Award kerana berjaya mencatatkan markah sempurna dalam peperiksaan bertaraf global itu dengan penganugerahan sijil diiktiraf pada peringkat antarabangsa merangkumi pengetahuan dalam bidang perniagaan, kewangan dan perakaunan. Lebih membanggakan, hanya 50 orang pelajar sahaja di dunia ini yang berjaya mendapatkan markah penuh.

Pada awal tahun ini, dia ada berkongsi tips bagaimana dia cemerlang dalam peperiksaannya.

Menurutnya, dia memilih bidang ini sememangnya kerana dia ingin menjadi akauntan bertauliah. Dia juga menyuruh untuk mencapai kelayakan professional. Mungkin ramai yang kata ianya sukar, namun baginya selagi anda terus belajar, lulus peperiksaan itu bukanlah satu yang mustahil untuk dicapai.

Tambahnya, kita haruslah menggunakan menggunakan semaksimum mungkin semua bahan belajar yang ada. Selain itu, kita jangan pernah lupa untuk membantu rakan kita yang ada masalah dalam pembelajarannya. Mengajar orang lain akan memudahkan kita untuk lebih memahami sesuatu konsep atau topik. Kita tidak akan tahu kemampuan kita selagi kita tidak usaha sehabisnya!

Selepas ini, dia akan melanjutkan pengajian ICAEW dalam peringkat professional sebagai langkah seterusnya dalam program penajaan PNB-PCA.

Selain Siti Nadiah, seorang lagi pelajar Malaysia turut berjaya dengan cemerlang iaitu M.Haziq yang berjaya mendapatkan 97% untuk subjek Management Information.

sumber: instagram @yayasanpeneraju, berita harian, twitter @ans47

 

 

 

 

Published by
Qistina