Umum sedia maklum bahawa pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dengan melalui prosedur yang telah diselaraskan oleh pihak kerajaan.
Di ruangan instastory, seorang pelajar IPT telah berkongsi kisahnya bagaimana prosedur tersebut telah dijalankan sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah. Ternyata banyak proses yang perlu dilakukan dan dia juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat seperti petugas kesihatan, pihak polis dan bomba yang menjalankan prosedur tersebut dengan teliti.
Mula-mula sekali haruslah lakukan ujian saringan kesihatan
Segala barangan haruslah melalui proses nyahkuman terlebih dahulu sebelum dapat dibawa pulang
Tiba-tiba insiden lucu pula terjadi…
Pelbagai makanan juga turut disediakan supaya pelajar dapat mengalas perut sewaktu berada di dalam bas
kredit: Akalili Amin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Agungnya Kasih Seorang Ayah, Kasih Ayah Sepanjang Masa, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga
Betapa agung dan sucinya kasih seorang ayah. Itulah yang mampu digambarkan apabila seorang ayah sanggup membantu anaknya yang rebah di padang kawad untuk berdiri tegak sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang, Selangor, semalam.
Tindakan seorang ayah yang telah tua berlari sehingga tertanggal selipar untuk membantu anaknya yang pengsan ketika berdiri di atas padang kawad di bawah matahari yang tegak di kepala mengundang tangisan menteri, hadirin dan warga maya.
Peristiwa berkenaan dikongsi oleh Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nata Linggi yang menyaksikan sendiri kejadian berkenaan.
Ustazah Asma’ Harun turut terpanggil berkongsi rasa tentang kisah kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.
Kisah tular ini pasti menitiskan air mata kita semua, sama ada yang masih ada ayah, yang telah kehilangan dengan kematian atau perpisahan, juga bagi yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.
Begitulah tindakan spontan lelaki yang berjiwa ayah, walau kepada anak saudara yang dibesarkan seperti anak sedari kecil.
Ayah adalah pelindung, pendorong dan penguat buat anak-anak. Karakter seorang ayah adalah hero dalam keluarga, disegani dan dihormati.
Ayah ini telah berikan kita satu inspirasi luar biasa, biar apa orang fikir, bahkan mungkin tak sempat menimbang hal itu, terus sahaja pergi kepada anak saat perlu, bukan untuk diheret keluar barisan, tapi terus memaku supaya bertahan.
Si anak pula, jika bukan kerana terlalu berat menanggung sakit takkan sanggup berbaring di tengah kepanasan atas dan bawah. Namun dek semangat si Ayah yang tua, terus bertahan tegak berdiri kembali. Walau demam yang melarat, tetap daripada awal masuk ke perbarisan. Keduanya memberi tauladan yang hebat buat kita semua.
Terus teringat arwah ayah.. Allahu Akbar, tergambar senyuman dan gurau sendanya, perkataan dan nasihatnya, ketegasan dan kelembutannya.. semoga arwah ayah dan semua yang telah pergi dalam rahmat kasih sayang pengampunan Allah SWT dan berada di Taman Syurga Alam Barzakh.
@zamanajmain Kasihnya Seorang Ayah #kpdnhep #tamatlatihan #fyp #fy #fypシ #fypシ゚viral #content #contentcreator #xybca #tiktok #tiktokmalaysia #cikgupenjara #henrygurney #youtube #zamanajmain ♬ Yasir Lana – arief akdw
Selamat Menyambut Hari Penguat Kuasa Ke-50 Tahun 2022 kepada semua anggota penguat kuasa KPDNHEP di seluruh negara. Anda perwira, hulubalang Malaysia.
Terima kasih kepada YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, atas perkongsian kisah benar yang membangkitkan rasa ini.
Sumber kredit: Facebook: Ustazah Asma’ Harun Sumber kredit gambar: Facebook: YB Dato Alexander Nanta Linggi dan Galeri Sentuhan Arifsan Sumber video: Tiktok Zamanajmain
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali Miss Somalia KHADIJA OMAR Finalis Berhijab Pertama Di Miss Universe 2024
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.
Gadis yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika Utara (Mena) ini mewakili Somalia di pentas grand final Miss Universe ke-73 baru-baru ini.
Kenali Khadija Omar: –
Dilahirkan Di Kem Pelarian
Khadijah dilahirkan di kem pelarian Hagadera, Kenya yang dikendalikan oleh Pejabat Lapangan UNHCR Alinjugur. Pada usia 10 tahun, Khadija dan keluarganya berhijrah ke Kanada untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Pengalaman ini mendorongnya untuk menjadi wanita seperti sekarang. Sebagai seorang wanita yang kuat, dia adalah bukti gadis Muslim yang berazam untuk melakukan perubahan.
Khadija mempunyai pelbagai bakat yang memberi inspirasi. Dipetik daripada Grazia, selain bergelar pempengaruh Khadija juga merupakan model. Salah satu hobi dan minat Khadija ialah bidang fotografi.
Wanita Berhijab Pertama Di Miss World 2021
Sebelum meraih gelaran sebagai wanita berhijab pertama di Miss Universe, Khadija juga pernah menjadi wanita berhijab pertama di Miss World 2021. Meskipun tidak menang, Khadija tetap bangga dan berjaya melakar sejarah tersendiri.
“Saya memiliki peluang terbaik di pentas Miss World bukan hanya sebagai wakil negara bahkan juga sebagai wanita berhijab. Saya sangat bersyukur kerana ia menjadi langkah terbesar dalam hidup dan sejarah tercipta.
“Hari ini kami buktikan kepada dunia bahawa semua wanita termasuk yang berhijab mampu melakukannya. Ia bakal menjadi permulaan untuk sejarah lainnya,” tulis Khadija di Instagram.
Untuk info, Khadija pernah meraih gelaran di Miss Universe Kanada sebagai runner-up ke-3. Pada pertandingan itu, Khadija menjadi peserta termuda pada usia 23 tahun.
Ketika itu, Khadija meraih gelaran Miss Photogenic.
BACA JUGA: Khadija Omar, Wanita Berhijab Pertama Tampil Di Pentas Miss World
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berpeluh Akibat Rumah Panas? Ini Cara Mudah Sejukkan Rumah Tanpa ‘Air Cond’
Rumah anda terasa panas bak ketuhar? Dah pasang air cond full blast pun masih terasa bahangnya? Tahukah anda, menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negara kita kini berada pada musim peralihan monsun, hingga mengakibatkan pertukaran cuaca yang tidak menenentu.
Justeru, berikut adalah beberapa langkah yang boleh sis amalkan untuk mengekalkan ‘hawa dingin’ dan rasa sejuk di dalam rumah.
1. Tukar Mentol Pijar Kepada Lampu LED
Sumber Gambar: Berita Harian
Jika rumah anda masih menggunakan lampu kalimantang jenis mentol pijar, amda digalakkan untuk menggunakan mentol jenis LED. Selain membantu mengurangkan haba panas, mentol jenis LED juga dapat menjimatkan kadar penggunaan elektrik tau.
2. Gunakan Langsir Atau Bidai Warna Gelap
Sumber Gambar: Impiana
Langkah kedua adalah dengan menggunakan langsir yang tebal dan berwarna gelap. Ini kerana langsir yang berona gelap mampu menghalang cahaya matahari tembus ke dalam ruangan rumah anda.
Artikel berkaitan: Baju Senang Sahaja Bau Hapak, Adakah Sebab Jemur Di Dalam Rumah?
Jadi sebelum keluar rumah tu, jgn lupa untuk tarik langsir dan pastikan tiada cahaya matahari yang masuk dalam rumah, barulah pulang ke rumah nanti, rumah sejuk je.
3. Pasang ‘Tinted’ Pada Tingkap Rumah
Sumber Gambar: I-Tint
Selain itu, anda disyorkan untuk memasang ‘tinted’ pada cermin tingkap di rumah anda, pemasangan tinted yang gelap dan berkualiti akan menjamin rumah menjadi lebih sejuk kerana tinted akan memantulkan haba matahari dari membuatkan rumah menjadi panas.
4. Rajin Bersihkan Kipas Di Rumah
Sumber Gambar: Keluarga
Langkah yang terakhir adalah yang paling basic sekali boleh dilakukan oleh anda semua, iaitu bersihkan habuk yang melekat pada kipas anda, kerana kipas yang kotor akan memperlahankan kelajuan bilah kipas dan menggunakan lebih banyak tenaga untuk berpusing.
Bersihkanlah kipas siling anda dengan kerap dan anda pasti akan merasai perbezaannya.
Dah tau cara yang betul untuk kekalkan rasa sejuk dalam rumah? Jangan lupa amalkan tau!
Artikel berkaitan: Bau Ala-ala Aromaterapi Bila Nyalakan Lilin Pewangi Di Rumah, Tapi Adakah Ia Selamat Sepenuhnya?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI