Pekin Ibrahim Syukur Isteri Rela Bertudung, Nasihat Tidak Perlu Umum Di Media Sosial

Share

Hati seseorang akan tergerak untuk melakukan kebaikan dengan sendirinya. Ada ketika, tidak perlu untuk semuanya di dokumentasi pada laman sosial media untuk di pertonjolkan kepada khalayak umum, cukup sekadar mereka fahami.

Begitulah adegan di mana Pekin Ibrahim titip rasa syukur atas perubahan isterinya, Mona Allen, mula bertudung beberapa bulan lalu. Dia juga menasihati Mona supaya tidak perlu memaklumkan di sosial media dirinya itu yang sudah bertudung.

Biar ikut kerelaan hati untuk berubah

Sumber dari Instagram Mona.Allen

Pelakon tanah air, Pekin Ibrahim, 41, rasa bersyukur dengan penampilan baru Mona Allen atas kerelaan hatinya untuk memakai tudung. Sudah beberapa bulan berlalu sejak Mona mula menutup aurat.

Kata Pekin, dia tidak pernah terlintas untuk menggesa isterinya itu berubah. Meski pun seorang wanita Muslim di wajibkan memakai tudung, tetapi dia faham masa yang diperlukan oleh seseorang untuk berhijrah.

Sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, dia juga agak terkejut pada awalnya isterinya memakai tudung dan bila ada tetamu lelaki yang datang, cepat-cepat mencari tudung. Katanya lagi, Mona juga ada ketika ingin cuba-cuba sahaja pakai tudung ketika itu.

Artikel berkaitan: Dikritik Kerana Persoal Wanita Tak Jaga Aurat, Gadis Berniqab Ini Tampil Mohon Maaf

“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami,

“Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ujarnya.

Tak perlu update status sudah bertudung

Sumber dari Instagram Mona.Allen

Rasa syukur tidak terhingga buat Pekin melihat isterinya dengan rela hati bertudung dan menutupi aurat. Dia juga berharap agar Mona kekal istiqamah dalam penghijrahannya. Namun, dia menasihati supaya tidak perlu untuk membuat posting yang ingin memaklumkan dirinya yang sudah bertudung.

Artikel berkaitan: Kenalkan Allah Sejak Bayi Lagi, Abby Abadi Kongsi Caranya Didik Anak Tutup Aurat Seawal Usia

“Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen,

“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila.” katanya lagi.

Perkahwinan antara Pekin dan Mona Allen bermula sejak 7 Disember 2018. Mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin, sudah mencecah usia dua bulan yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu.

Sumber: Harian Metro

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee