Perut dan peha merupakan kawasan badan yang wanita selalu fokuskan. Oleh sebab itulah, kebanyakan wanita menjadi insecure apabila orang berkata tentang kegemukan peha dan perut. Buat wanita, peha merupakan bahagian utama. Jadi bagaimana cara untuk kecilkan paha?
Selalunya waktu petang juga anda boleh mengambil masa untuk beriadah sekiranya tidak cukup masa pada waktu pagi. Kebanyakan wanita mempunyai muka yang kurus tetapi apabila anda melihat badannya agak berisi atau mempunyai masalah berat badan berlebihan terutama sekali bahagian peha.
Sebagai wanita, anda pasti tidak lari dengan kerisauan yang dialami. Peha merupakan bahagian yang menjadi tumpuan juga apabila berpakaian. Bila jumpa cermin sahaja pasti rasa down kerana melihat peha yang besar itu! Jadi untuk mengembalikan balik keyakinan diri dan mempunyai peha yang kecil mari ikuti tip dan cara mengecilkan peha anda.
7 Cara mengecilkan perut, peha & punggung dalam masa 2 minggu sahaja?
Semestinya untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan mengecilkan anggota seperti perut, peha dan punggung bukan perkara yang mudah. Semestinya anda perlu konsisten untuk melakukan perkara ini. Akan tetapi, tidak mengapa ini adalah 5 rahsia yang anda boleh ikuti:
1. Sayuran & Buah-buahan
Untuk mendapatkan pencernaan yang baik anda perlu mengambil buah-buhan dan sayuran untuk harian anda. Ini dapat membantu untuk anda kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Snek juga anda boleh tukarkan kepada buah-buahan atau kekacang seperti pistachio, badam atau almond. Agar ianya lebih sihat.
Artikel Berkaitan: Yang Masih Belajar Tu, Ini 9 Tip Kurus Khas Untuk Student
2. Lakukan senaman Lunges
Untuk mendapatkan peha, punggung dan perut yang cantik anda hendaklah melakukan senaman. Kebanyakan wanita malas untuk bersenam. Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah membuat senaman ‘lunges’. Bagaimana cara untuk membuat senaman ‘lunges’ ini? Ikuti 2 langkah mudah seperti gambar di bawah. Lakukan selama 30 saat pada posisi A dan 30 saat pada posisi B.
3. Memakai bengkung atua ‘Shapewear’
Apabila anda sudah rajin untuk bersenam, cuba lakukan dengan memakai bengkung. Tetpai perlu berhati-hati ya! Jangan sampai tidak boleh bernafas. Selain itu, pada mereka yang tidak suka untuk bersenam, ini merupakan langkah yang anda boleh lakukan. Anda boleh membeli bengkung atau ‘shapewear’ yang bagus di pasaran.
Tahukah anda bahawa memakai bengkung juga dapat membantu sedikit untuk mengurangkan lemak-lemak yang terkeluar. Malah ia akan memberi kesan untuk jangka masa panjang. Ia juga dapat mengawal anda daripada makan-makanan yang banyak.
4. Tinggalkan Gula!
Gula merupakan musuh utama buat mereka yang ingin kekal langsing. Menurut kajian CNN.com yang menunjukkan pada mereka yang tidak ambil gula dalam masa 10 hari sangat memberikan perbezaan yang ketara pada tubuh badan mereka.
Buat anda yang sukar untuk menghentikan gula secara serta merta, pastikan anda cubanya secara perlahan. Jadikan air kosong itu teman rapat anda. Salah satu tip yang anda boleh lakukan dahulu adalah menahan diri daripada mengambil gula pada waktu makan malam.
5. Motivasi Diri
Kadang-kadang ramai yang tidak ingin lakukan senaman atas sebab tidak memotivasikan diri sendiri. Walaupun anda rasa ianya tidak penting tetapi ia sangat penting untuk minda anda. Apabila anda kerap membaca kisah atau ‘quote’ motivasi pasti anda akan rasa lebih semangat. Dengan cara ini ia dapat membuatkan anda lebih semangat untuk bersenam.
Artikel Berkaitan: Kembali Langsing Macam Anak Dara Lepas Hilangkan 35 KG Dalam 3 Bulan, Wanita Ini Dedah 7 Tip Kurus Berkesan
Akhir kata, misi atau cara untuk mengecilkan perut, punggung ini mudah jika anda kerap lakukannya. Daripada terbuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Lebih baik anda lakukan senaman. Keazaman yang tinggi juga perlu. Bersemangatlah supaya dapat membantu anda untuk mencapai hidup yang lebih sihat.
Sumber: Siraplimau
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI