Cara diet #sukusukuseparuh merupakan simbol kepada pinggan sihat Malaysia dalam mengamalkan pengambilan pemakanan yang sihat. Pinggan sihat ini adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan diet yang sihat bagi mengelak pelbagai jenis penyakit.
DIET #SUKUSUKUSEPARUH by hijabista
Menurut Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pn Murnizar Binti Mokhtar cara diet #sukusukuseparuh ini sangat sesuai diamalkan untuk mereka yang sedang berazam menurunkan berat badan.
Ketika kunjungan ke Kumpulan Media Karangkraf beliau menekankan tidak susah untuk mengamalkan diet secara sihat sekiranya kita mengamalkan #sukusukuseparuh.
Diet #sukusukuseparuh ini terdiri daripada suku kabohidrat, suku protein dan separuh sayuran dan buah-buahan.
Apa yang penting dalam pemakanan seharian kita perlu tahu keseimbangan makanan yang dipilih baik dari sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Dua perkara yang sangat ditekankan ialah elakkan pengambilan makanan berlemak dan gula. Sebaliknya kebanyakan makanan yang disarankan dalam kempen ini ialah kukus,rebus dan bakar tanpa menyahkan nutrien dalam badan.
SUMBER: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA