Mungkin bukan semua yang mampu menghafal surah-surah untuk dibaca dalam solat selain Surah Al-Fatihah. Namun bagi mereka yang tidak menghafal Surah-surah Lazim atau ayat-ayat Al-quran, bolehlah merujuk Al-quran dan handphone.
Membaca Surah Al Fatihah tidaklah menjadi satu masalah kepada kebanyakan kita ketika menjadi imam tetapi yang selalu kita risaukan ialah apabila mahu membaca ayat-ayat lain selepas Surah Al Fatihah.
Allah berfirman di dalam Al Quran:
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”
Surah al-Muzammil: 20
Maka membaca surah-surah yang mudah dan sudah dihafal itu bukanlah menjadi satu kesalahan sekalipun kita mengulang surah yang sama.
Maka timbul satu persoalan ketika Bulan Ramadan mengenai bacaan Al Quran dengan memegang mashaf ketika solat.
Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Quran daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafal surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95)
Dinasihatkan bagi yang memegang handphone (telefon pintar) agar mengaktifkannya kepada mod penerbangan supaya ketika kita merujuk aplikasi Al Quran tidak di ganggu dengan deringan ataupun mana-mana mesej yang boleh menganggu kekhusyukan solat.
Sumber: Dr Nur Mohammad Hadi, Pengasas Akademi Al Bayan, Peneraju Pendidikan Masyarakat via Nur Muhammad Hadi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI