Pecah Tradisi Taja Program Hiburan, Wawa Dan Aeril Akui Orang Mungkin Ingat Menjadi Penaja Ini Akan Popular

Share

Syarikat berasaskan kecantikan & kesihatan Wawa Cosmetics buat kali pertamanya telah berjinak-jinak untuk menjadi penaja program hiburan selepas lima tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk yang dipasarkan.

Penajaan itu sekali gus akan membawa debaran program realiti ini yang mengangkat bakat komposisi generasi baru ke industri seni tanah air. 12 peserta program realiti Big Stage musim keeempat sudah diperkenalkan dan mempamerkan persembahan menarik pada minggu pertama yang berlangsung semalam. Ternyata semuanya hebat dan makin teruja untuk jadi tontonan wajib setiap hujung minggu.

Apa yang lagi menarik, selain peserta, hos dan juri, seperkara yang turut mencuri perhatian bagi edisi kali ini adalah penaja utama Big Stage iaitu Wawa Cosmetics yang diasaskan oleh pelakon terkenal Wawa Zainal bersama suaminya, Aeril Zafrel.

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Sokong Kalau Suami Nak Handsome, Bangga Lancarkan ‘True Love’ Sempena Ulangtahun Ke 11 Perkahwinan

Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit

Pentas yang dikatakan peluang untuk pengasas mempromosikan produk mahupun menonjolkan diri ini, menariknya, pembabitan pasangan itu menjadikan mereka artis pertama yang menaja program TV tempatan yang mana sebelum ini dimonopoli oleh usahawan kosmetik.

Tidak cukup itu, Wawa dan Aeril dikatakan berhabis jutaan ringgit untuk menaja Big Stage musim kelima ini malah menzahirkan rasa mereka lebih dari rasa teruja.

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia teruja apabila dipelawa menjadi penaja utama kerana beranggapan Big Stage adalah program yang kian dikenali dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Diakui sebelum ini kami ada juga mendapat tawaran untuk menaja beberapa program TV lain, tapi mungkin ketika itu masa tidak kena. Selain anggap belum rezeki kami bersama dengan program terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Keluarkan Hijab, 90 Ribu Helai Wawa Scarve Habis Terjual Kurang 24 Jam!

Memang sedia dikenali

Pasangan yang yang sama cantik dan padan ini, menempah nama dalam industri hiburan sebelum bergelar usahawan, malah setiap lakonan mereka menjadi ikutan peminat drama melayu tempatan. Isu untuk menumpang popular setelah menjadi penaja tidak perlu dipersoalkan kerana mereka memang sedia dikenali.

“Untuk kali ini, kami ditawarkan untuk menaja Big Stage pula. Selepas mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat perkembangan program ini dari musim pertama, itu yang saya dan Aeril bersetuju.

“Insya-Allah, dengan sambutan yang diberikan pada program ini, jenama kami juga boleh bergerak seiring,” katanya.

Menurut Wawa, menjadi penaja juga adalah satu tanggungjawab besar buat dirinya dan jenama yang dibawa.

“Orang mungkin ingat menjadi penaja ini akan popular, tapi ada beban dan tanggungjawab besar perlu kami galas. Kos yang dikeluarkan juga bukan jumlah kecil. Jadi, ia ibarat satu pertaruhan berani daripada Wawa Cosmetics,” katanya.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
SH