Raffia Arshad, 40, memecah tradisi sistem perundangan United Kingdom apabila telah dilantik menjadi hakim wanita pertama yang memakai hijab.

Memetik metro.co.uk, ibu kepada tiga orang anak itu pernah mengalami detik mencabar. Beliau pernah dinasihatkan oleh keluarganya agar tidak memakai hijab ketika menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa di Inns of Court School of Law pada 2001.

Malah ahli keluarganya pernah memberi amaran bahawa peluang untuk berjaya akan berkurangan jika dia terus memakai hijab. Walau bagaimanapun Raffia enggan tunduk pada tekanan itu.

“Saya memutuskan bahawa saya akan memakai tudung kerana bagi saya amat penting untuk menerima seseorang itu sebagaimana dirinya yang seadanya. Jika saya perlu menjadi orang lain untuk meneruskan kerjaya saya, itu bukan sesuatu yang saya mahu,” katanya.

IKLAN


“Saya pergi dengan memakai tudung dan saya berjaya dalam temu duga itu. Saya diberikan biasiswa yang cukup besar. Saya rasa itu adalah antara langkah pertama yang paling mendalam dalam kerjaya saya. Ini bukti bahawa kita boleh melakukannya tanpa mengira apa yang kita pakai,” katanya.

Raffia dibesarkan di barat Yorkshire. Wanita ini mula menyertai St Mary’s Family Law Chambers pada 2004 selepas menjalani latihan di London. Sepanjang 15 tahun, Raffia berlatih dalam undang-undang kanak-kanak, perkahwinan paksa serta sebarang kes yang berkaitan Undang-Undang Islam. Dia turut dilantik menjadi pengarang teks utama dalam Undang-Undang Keluarga Islam.

Raffia berkata apa yang dilakukan beliau diharap akan merintis jalan bagi wanita Islam di UK untuk berjaya dalam lapangan perundangan. Raffia menjadi anak pertama dalam keluarga berjaya menjejakkan kaki ke universiti itu.

IKLAN

Wanita ini juga telah merobohkan tembok tanggapan sempit kononnya para hakim hanya memakai ‘wig’ seperti sekian lama diamalkan dalam sistem perundangan Inggeris.


“Jangan ambil kisah tentang apa yang saya pakai dan jangan persoalkan keengganan saya mengikut acuan terdahulu tetapi sebaliknya lihat kepada apa yang saya perlu lakukan,” jelas beliau.

IKLAN

Raffia yang telah bertugas sebagai pengamal undang-undang keluarga selama lebih 17 tahun ini berasa terhutang budi kepada suaminya kerana memberikan beliau ruang untuk mencapai cita-citanya itu.

Semoga kisah Raffia ini bakal menjadi inspirasi kepada semua orang, terutamanya kaum minoriti di England.

Sumber kredit: bebasnews.my, metro.co.uk dan BBC News
Sumber gambar: St Mary’s Chambers, Nottingham, UK

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI