Sejak Ranadan lalu iaitu selepas pulang daripada ibadah umrah, selebriti Indonesia Paula Verhoeven kekal istiqamah berhijab.
Bercerita mengenai proses pemakaian tudung, isteri kepada aktor terkenal Baim Wong ini mempunyai alasan tersendiri yang membuatkan dia nekad menutup aurat dan istiqamah berhijab.
“Sebab dia takut mati. Allah tahu bila masa yang tepat untuk kita,” kata Paula Verhoeven yang dipetik daripada video TikTok creatz_giveway.
Bukan itu sahaja, Paula Verhoeven turut mengakui bahawa merasa menyesal kerana tidak berhijab sejak dulu lagi.
“Jika masa boleh diputar kembali, saya sebenarnya menyesal kerana tidak belajar agama lebih awal,” katanya.
Ads
Pakai Tudung Selama 40 Hari
Sebelum mengambil keputusan untuk berhijab penuh, Paula Verhoeven terlebih dulu menjalani tempoh percubaan. Walaupun berhadapan dengan cabaran, Paula berjaya menghadapinya dengan tenang.
Lama kelamaan, Paula berasa semakin selesa dengan berhijab. Akhirnya Paula meminta keizinan suaminya, Baim untuk bertudung penuh dan menutup aurat.
“Sebaik pulang umrah, saya cuba memakai tudung. Ternyata saya selesa. Sudah 40 hari barulah saya meminta kebenaran daripada suami. Saya kata saya nak pakai tudung,” kata Paula Verhoeven.
Ads
Hidayah
Dalam kesempatan itu Paula Verhoeven turut berkongsi tentang hidayah bahawa ia harus dijemput.
“Kalau mahu berubah menjadi lebih baik, kenapa tidak. Hidayah itu sebenarnya perlu dijemput,” tutur Paula Verhoeven.
Keputusan Paula Verhoeven untuk berhijab mendapat sokongan, pujian serta doa yang baik-baik daripada para pengikutnya di media sosial.
Ads
“Alhamdulillah pakai hijab makin syantikk.”
“Semoga istiqamah hingga akhir hayat.”
Hijabista mendoakan agar Paula Verhoeven kekal istiqamah seterusnya menjadi Muslimah yang dirahmati Allah SWT.
Kalau pergi ke Thailand, tak sah kalau tidak menikmati lempeng pisang atau Banana Pancake yang terkenal di sana. Dijual di jalanan, rasanya sangatlah enak apatah lagi ketika dinikmati sewaktu masih panas.
Agak mustahil itu mendapatkannya pada waktu ini namun jangan risau kerana sebenarnya anda boleh membuat sendiri sahaja di rumah.
Rasanya mungkin agak berbeza seperti yang di Thailand tetapi sedikit sebanyak ia dapat mengubati kerinduan anda terhadap hidangan yang lazat ini. Ikuti resepi mudah yang telah dikongsikan oleh gadis yang bernama Aiman ini di twitter.
Anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk menghasilkannya!
Ye, tahu excited nak makan. Tapi jangan lupa defrost dulu sis! Keras kejung pulak paratha tu nanti…
Haaa susun je pisang atas paratha tu!
Jangan risau jika tak cukup bahan. Anda boleh olah resipi yang ada. Jika tiada butter, anda boleh tukarkan kepada alternatif lain seperti majerin ataupun minyak.
Taburkan sedikit gula sebagai penambah rasa. Jangan lupa terbalikkannya!
Tiba-tiba dah siap! Sekejap je kan?
Makan pagi boleh petang boleh!
Mudah sangat resepi yang dikongsikan ini. Anda semua bolehlah mencuba membuatnya sebagai hidangan berbuka nanti. Selamat berpuasa semua!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon terkenal Shukri Yahaya, Tya Adnan berkongsi berita gembira di laman instagramnya iaitu bakal menerima cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Khabar gembira itu diumumkan olehnya melalui sebuah video ‘gender reveal’ yang dilakukan bersama keluarga terdekatnya.
Dalam video tersebut, Shukri bersama seorang lagi anggota keluarganya membuka kotak bagi mengetahui jantina bayi tersebut. Shukri kelihatan begitu gembira sekali apabila mengetahui jantina bayi yang dikandungkan oleh Tya adalah lelaki.
Sudah berada di trimester ketiga, Tya mendedahkan dirinya pada bulan November tahun lalu sewaktu menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.
Sebagai rekod, Tya dan Shukri telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena,4.
Selepas sebulan berlangsungnya majlis pernikahan, selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi standard operasi piawaian (SOP) bagi membendung penularan wabak covid-19 sewaktu berlangsungnya majlis tersebut.
Menerimanya dengan hati terbuka, pengacara Next to Neelofa itu menganggap ia suatu pengajaran buat dirinya selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusannya.
“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian. Terima kasih.” jelasnya.
Berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan.
Menurut Mohamad Zainal, kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuh SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.
Kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atas beliau kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri manakala kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...