Aktiviti berbasikal bukan aktiviti baru bagi masyarakat kita. ia sudah menjadi perkara biasa dalam jadual harian kita untuk kekal sihat dan cergas. Ada juga di kalangan masyarakat kita yang menjadikan aktiviti berbasikal ini sebagai sebuah status kehidupan mereka dengan membeli barangan basikal yang sedikit mahal, mengikut apa yang mereka inginkan.
Terutamanya golongan selebriti, ramai yang memuat naik gambar mereka berbasikal dan menjadikannya sebagai hobi mereka. Namun apakah sebenarnya kebaikan berbasikal? Terutamanya di awal pagi? Team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tentang kebaikan berbasikal yang patut kamu tahu!
1) Dapat mengurangkan risiko penyakit
Aktiviti berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ia adalah kerana pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. Bukan itu sahaja, malah ia juga boleh membaiki fungsi paru-paru.
2) Sinaran UV beri banyak khasiat
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payu dara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut mampu menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
3) Merawat artritis
Apa yang menariknya tentang berbasikal ini, ia menyihatkan otot dan sendi pada kaki sehingga berupaya untuk menguatkan tulang rawan.Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
4) Memberi mood yang baik
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormon individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan. Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekali gus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
5) Menurunkan kadar kolesterol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI