Kebiasaannya golongan ‘mak-mak’ pasti akan mengamuk jika bekas kedap udara Tupperware mereka hilang atau rosak. Boleh merajuk seminggu tau jadinya! Memang sayang bukan mainlah.
Jika sebelum ini sesetengah orang akan fikir ‘bekas makanan je pun’, namun kejadian banjir baru-baru ini benar-benar membuka mata kebanyakan rakyat Malaysia dan mula memahami kenapa ibu kita sayang sangat dengan Tupperware ini.
Jika barangan lain rosak teruk waktu banjir, namun situasi tersebut tidak berlaku terhadap bekas kedap udara ini. Perkara menarik ini menjadi bualan ramai selepas @Azfar_Az
berkongsi mengenainya di laman Twitter.Disebabkan itu,ramai netizen yang berseloroh mengatakan Tupperware patut menjual almari pula selepas ini supaya baju dan dokumen tidak rosak.
sumber: twitter @azfar_az