Kecantikan

Patutlah Kulit Wajah Anggota BTS Sentiasa Nampak Mulus & Glowing, Rajin Belai Wajah Rupanya

Share

Kulit yang sihat dan bercahaya tidak kiralah wanita dan lelaki Korea bukanlah datang tanpa sebarang rutin penjagaan kecantikan yang konsisten. Mereka sangat mengambil berat tentang kepentingan penjagaan kulit.

Jadi, wanita dan lelaki Korea melakukan penjagaan kulit setiap hari. Hasilnya mereka mendapat penampilan wajah yang glowing dan sihat.

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan super K-pop terkenal Korea, BTS bukan? Penampilan mereka sentiasa mencuri perhatian.

Ingin tahu tentang rahsia kulit cerah, mulus dan glowing anggota kumpulan BTS? Semak petua yang dipetik dari Health Site ini.

RM/NAMJOON

Kim Namjoon atau RM mempunyai masalah kulit kering. Sebab itulah jejaka ini banyak menggunakan produk perawatan wajah yang melembabkan kulit wajah.

JIN

Anggota BTS yang paling ‘senior’ ini sukakan sheet mask. Jin akan menggunakan sheet mask selepas menanggalkan solekan tebal atau terdedah pada cahaya matahari untuk tempoh masa yang lama.

SUGA

Suga yang memiliki kulit seputih salju ini lebih suka pada penjagaan kulit yang lebih mudah dilakukan secara tetap. Setiap hari, jejaka ini hanya menggunakan pelembap dan sheet mask (topeng muka) untuk mengekalkan kulit wajah yang sihat.

JHOPE

Ahli yang nama sebenarnya Jung Hosoek ini mengesyorkan menggunakan toner dan pelembap pada waktu pagi. Jhope juga menggunakan toner, essence, dan ubat jerawat.

JIMIN

Berbeza dengan anggota BTS yang lain, Jimin mempunyai gaya hidup sihat dan penjagaan kulit yang lebih ringkas untuk mengekalkan penampilan wajahnya.

Ahli BTS yang terkenal dengan kemahiran menari itu mencadangkan minum air sebanyak mungkin dan menanggalkan alat solek sebelum tidur.

V/TAEHYUNG

Penampilan Kim Taehyung atau lebih mesra dengan panggilan ‘V’ ini sudah tidak diragui lagi. Mana tidaknya, dia telah dinobatkan sebagai lelaki paling kacak di dunia versi Tcandler.

Pada suatu ketika, jejaka kacak ini mendedahkan rahsia ketampanannya iaitu kerap menggunakan toner.

Taehyung menyapu penyegar pada kulit wajahnya dengan menuang pada pad kapas dan menepuk-nepuk perlahan pada kulit bagi memudahkan ia menyerap ke dalam lapisan kulit wajah.

Selain itu juga, jejaka kesayangan ramai ini juga tidak lupa menggunakan pelembap yang disyorkan oleh peminatnya untuk merawat kulit kering.

JUNGKOOK

Anggota termuda BTS ini mempunyai jenis kulit yang terdedah kepada jerawat. Keadaan ini membuatkan ‘golden maknae’ ini berasa sedikit tertekan dengan penampilannya.

Memiliki masalah kulit kering sama seperti RM, peminat tegar IU ini rajin menggunakan krim siang dan malam untuk merawat dan mencegah jerawat. Pendek kata Jungkook banyak menggunakan produk perawatan kulit wajah yang boleh melembapkan kulitnya.

Sumber kredit: www.dream.co.idv  Sumber gambar: Instagram bts.bighitofficial

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza