Pernahkah anda mendengar tentang sayur yang dipanggil asparagus? Sayur ini sangat biasa didengari terutamanya ketika menonton filem-filem barat. Sayur ini sering menjadi ‘pembuka selera’ buat mereka di sana. Asparagus boleh dikatakan jenis sayuran yang “elit”. Berbanding dengan jenis sayur-sayuran lain, asparagus boleh dikatakan agak mahal. Namun, banyak sebenarnya manfaat asparagus ini untuk kesihatan.
Asparagus mempunyai nama saintifik iaitu ‘Asparagus officinalis’ yang sememangnya agak asing bagi kebanyakan orang kerana ia agak sukar didapati di pasaran terutamanya di Malaysia. Namun tahukah anda, sayuran ini agak terkenal di banyak tempat di seluruh dunia? Sayuran ini mempunyai rasa yang sangat enak khasiat dan khasiat yang tiada tandingan. Asparagus boleh didapati di pasaraya dan menjadi antara menu utama untuk hidangan keluarga.
Artikel berkaitan: Ini Tanda-Tanda Badan Anda Kekurangan Asid Folik. Kulit Jadi Pucat Antara Salah Satunya!
Tumbuhan ini dikatakan telah ditanam sejak beribu tahun dahulu sejak ketamadunan purba termasuklah tamadun Mesir, Greek dan Romania. Tumbuhan ini juga dipercayai berasal dari Utara Eropah, Barat Laut Afrika dan Asia.
Bagi anda yang ingin mendapatkan khasiat asparagus, anda boleh cuba masukkan sayur ini dalam diet harian anda. Banyak resipi masakan boleh dihasilkan daripada asparagus ini, contohnya asparagus tumis, salad, sup, stew atau pasta. Kalau anda nak tahu, terdapat kira-kira 300 spesies asparagus yang boleh didapati di seluruh dunia. Asparagus ini juga boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu putih, hijau dan ungu.
Meninjau dari kompas.com, berikut merupakan beberapa tip dan fakta untuk memilih asparagus.
Kajian-kajian terhadap fitonutrien asparagus mendapati tumbuhan ini kaya dengan kandungan saponin, flavanoid dan fenolik. Berikut merupakan beberapa khasiatnya untuk kesihatan badan.
Asparagus adalah salah satu sayuran rendah kalori. Kandungan nutrisi asparagus adalah pelbagai dan pastinya bermanfaat untuk kesihatan. 100 gram asparagus mentah mengandungi hanya 20 kcal dan pelbagai khasiat, diantaranya:
Disamping itu, asparagus turut mengandungi sedikit mineral tembaga, mangan dan vitamin B1,B2, B3 B5 dan B6. Gabungan nilai kalori yang rendah, disertai dengan nilai serat yang tinggi serta mineral dan vitamin yang lain menjadikan asparagus sebagai makanan yang berkhasiat.
Asparagus adalah salah satu sayur yang kaya dengan kandungan antioksidan. Antioksidan ialah sebatian yang boleh membantu melindungi sel-sel badan daripada kesan merosakkan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Melihat pada nilai kalori di atas, anda pasti perasan bahawa sayuran ini
mengandungi sejumlah besar antioksidan, iaitu vitamin E, vitamin C, glutathione, serta pelbagai flavonoid dan polifenol.Tekanan oksidatif boleh dikaitkan dengan penuaan, keradangan selular kronik, kanser diabetes, penyakit jantung dan lain-lain lagi. Jika anda ingin mendapatkan pengeluaran antioksidan yang optimum, anda harus makan asparagus bersama-sama dengan sayur-sayuran dan buah-buahan lain untuk ‘mengoptimumkan’ jumlah antioksidan dalam badan anda.
Tekanan darah tinggi (hipertensi) merupakan salah satu faktor risiko utama dari penyakit jantung dan stroke. Ia adalah antara penyakit kronik yang paling banyak dihadapi oleh rakyat Malaysia. Asparagus adalah sumber kalium yang baik untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi, dengan mengoptimumkan kerja saluran darah dan mengeluarkan garam berlebihan melalui air kencing.
Mengikut penyelidikan Journal of Agricultural and Food Chemistry, kandungan sebatian aktif dalam asparagus telah dibuktikan membantu membesarkan saluran darah sehingga tekanan darah tinggi berkurangan secara beransur-ansur. Namun, kajian terhadap manusia masih diperlukan untuk menguatkan lagi dapatan ini.
Asparagus juga turut berkhasiat untuk kesihatan sistem penghadaman. 100 gram asparagus boleh membekalkan kira-kira 2.1 gram serat iaitu 10% daripada cadangan pengambilan nutrien (RNI) Malaysia. Kandungan serat tidak larut yang tinggi dalam asparagus berguna untuk memudahkan pergerakan usus supaya anda boleh mengambilnya untuk merawat sembelit.
Asparagus secara khususnya tinggi dengan kandungan serat tidak larut (prebiotik) yang boleh menjadi makanan kepada koloni bakteria(iaitu Bifidobacteria dan Lactobacillus) baik dalam usus. Selain itu, serat tidak larut ini juga boleh membantu memudahkan pembuangan air besar dan menambah saiz pada najis supaya mudah untuk dikumuhkan. Itulah sebabnya, menambah asparagus ke dalam diet harian anda adalah cara terbaik untuk membantu memenuhi keperluan serat anda dan memastikan sistem pencernaan anda sihat.
Pasti ini khasiat yang paling ditunggu oleh anda kan? Iya lah, Siapa sahaja yang tidak mahu menurunkan berat badan. Untuk pengetahuan anda, asparagus mengandungi kalori dalam jumlah yang rendah. Ciri-ciri asparagus yang rendah dengan kalori dan tinggi dengan kandungan air menjadikan sayur ini sebagai pilihan makanan yang baik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Selain itu, kandungan serat dalam asparagus bukan sahaja bermanfaat untuk mengekalkan sistem penghadaman, malah turut memberi kesan kepada penurunan berat badan. Serat ini membantu membuat anda kenyang lebih lama supaya anda boleh menahan keinginan untuk snek atau makan makanan yang tidak sihat. Buktinya, satu kajian pengamatan yang melibatkan 80 orang peserta mendapati diet yang turut disertakan ekstrak asparagus boleh mengurangkan berat badan peserta yang mengambil ekstrak ini.
Artikel berkaitan: ‘Diet Pelangi’ Bantu Kurangkan Berat Badan Dan Meningkatkan Kesihatan. Pastikan Ada 5 Warna Ini!
Sebagai kesimpulan, sayuran ini rendah dengan nilai kalori dan kaya dengan pelbagai nutrien seperti folat, vitamin A, vitamin E dan vitamin K. Tambahan lagi, khasiat asparagus baik untuk sistem penghadaman, kaya dengan Antioksidan, membantu menurunkan tekanan darah dan membantu menurunkan berat badan. Terdapat lagi khasiat sayuran lainnya seperti boleh membantu mengawal paras gula darah dan berkhasiat untuk ibu mengandung. Jum sis, kita amalkan makan sayur ni. Walaupun mahal, banyak khasiatnya dan tak rasa rugi pun!
Sumber info dan gambar: Jiwa Sihat, Canva dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.