Kecantikan

Patutlah Bau Tak Tahan Lama! Ini Jenis-Jenis Perfume Yang Perlu Tahu Sebelum Nak Membelinya

Share

Menyembur wangian sebelum keluar rumah seperti menjadi satu kewajipan untuk kita semua terutama sekali buat kaum Hawa. Rasa tak lengkap dan kurang yakin pula jika seharian tidak memakainya.

Namun, pelik juga rasanya bila ada wangian yang cepat hilang harumannya dan terpaksa disembur banyak kali. Hmmm hijabi tahu tak kenapa? Sebenarnya wangian ini pun ada banyak jenisnya dan kita perlulah selidik dahulu jenisnya sebelum nak beli yang mana satu. Jom Hijabista tunjukkan caranya!

Selidik dahulu sis! Ada 3 jenis wangian yang hijabi perlu tahu sebelum membelinya.

  1. Parfum
  2. Eau De Parfum (EDP)
  3. Eau De Toilette (EDT)

Parfum

Harga parfum memang yang paling mahal di antara semua kerana peratusan konsentrasi wangiannya paling tinggi berbanding yang lain (20%-30%) menjadikan wangiannya tahan lebih lama. Lebih 24 jam pun boleh tau!

Eau De Parfum (EDP)

Kedudukannya berada di tengah-tengah kerana konsentrasinya lebih rendah dari parfum tapi lebih tinggi daripada EDT (15%-20%). Jadi kalau anda mencari wangian yang tak terlalu mahal dan tak terlalu murah, ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Eau De Toilette (EDT)

Kebiasaannya yang dijual di shopping mall adalah jenis ini kerana harganya yang murah. Dengan konsentrasi wangian sebanyak 5% ke 15%, bau wanginya mungkin akan cepat hilang membuatkan si pemakainya perlu menyembur beberapa kali.

Selain itu, ada dua jenis wangian lagi di bawah jenis EDT iaitu Eau De Cologne (2%-4%) dan juga Eau Fraiche (1%-3%). Oleh itu, pilihlah yang terbaik mengikut apa yang hijabi mahu dan perlukan.

Published by
Qistina