Buat julung kalinya, pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab.
Ratu Hijabista disokong mesra oleh Safi Hijabista Bodycare Lotion yang hadir sebagai penaja utama untuk penganjuran musim pertama. Di zaman milenial ini, kecantikan luaran pastinya lebih bermakna bila dilengkapi dengan kebijaksanaan, ketahanan emosi dan personaliti diri. Sebagai si hijabista, bukan sahaja perlu memiliki daya pemikiran yang bijak tetapi dalam masa yang sama perlu juga tampil yakin dan jaga penampilan agar sentiasa menawan.
Sebagai jenama penjagaan diri yang cukup sinonim dengan semua hijabista, Safi Malaysia kini tampil dengan Safi Hijabista Bodycare Lotion yang membuka platform buat 12 orang finalis Ratu Hijabista mengejar cita-cita bergelar Ratu Hijabista 2020. Tentunya untuk bergelar sebagai ikon, seorang hijabista itu juga perlu bijak menjaga penampilan diri kerana ia mencerminkan keperibadian seorang wanita berhijab.
KULIT LEMBUT DAN KEKAL HIDRAT
Antara yang perlu diutamakan oleh seorang hijabista terutama finalis Ratu Hijabista ialah dari segi penjagaan kulit. Kulit yang lembut, halus, dan wangi sepanjang hari bagaikan lapisan yang menyerlahkan lagi pesona keyakinan si hijabista. Memang tak dapat dinafikan lagi, Safi Hijabista Bodycare Lotion inilah yang paling memahami keperluan si hijabista.
Varian losen Safi Hijabista Bodycare merupakan rangkaian losen pertama di Malaysia yang dirumus istimewa untuk si hijabista yang gemar tampil ‘lit’ tapi tetap modest gitu. Dengan perlindungan anti bau menerusi Teknologi Scent Care, hasilnya kulit halus, lembut dan wangi sehingga 8 jam. Paling penting, anda tidak perlu ragu-ragu sebab ia sememangnya disahkan Halal.
Sebagai si hijabista yang sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti indoor mahupun outdoor, kelembapan kulit seharusnya diberi perhatian. Dengan losen Safi Hijabista Bodycare yang mengandungi vitamin B3 untuk memelihara kulit agar sihat dan sekata, hijabista tidak perlu risau lagi untuk terus ceria jalani rutin harian seperti biasa.
Diuji secara dermatologi, losen Safi Hijabista Bodycare menjadikan kulit tubuh kekal lembap sepanjang hari. Penghidratan kulit sehingga 48 jam menjanjikan keselesaan tanpa batasan. Paling penting, tiada rasa melekit kerana setiap sapuan losen sangat ringan dan pantas menyerap ke dalam lapisan kulit.
Ads
TUBUH SEGAR DAN WANGI MESKIPUN AKTIF SEPANJANG HARI
Terus kekal aktif tanpa bau badan dengan penggunaan losen Safi Hijabista Bodycare kerana losen ini diperkaya dengan haruman yang mampu bertahan sehingga 8 jam. Pendek kata, sungguhpun finalis Ratu Hijabista terlibat aktif dengan aktiviti luar, kulit kekal terhidrat dan bebas daripada bau badan.
Sebagai jenama produk kecantikan yang dikenali ramai, Safi Hijabista Bodycare Lotion menyokong cara penjagaan diri hijabista sejajar dengan #sayasayangsaya.
Hadir dengan seleksi tiga varian iaitu losyen Safi Hijabista Bodycare, losyen ini terdiri daripada Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture, Safi Hijabista Bodycare Healthy White dan Safi Hijabista Bodycare Soothing Fresh.
TIGA PILIHAN LOSEN TANGAN DAN TUBUH UNTUK KEPERLUAN HIJABISTA
Ads
Losen Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture menjanjikan kelembapan yang sempurna. Ia melembapkan kulit secara intensif serta melindungi kulit tubuh daripada bau yang tidak menyenangkan.
Oh, meskipun kini kita perlu menjalani gaya hidup norma baharu dengan kerap mencuci tangan dan mandi membersihkan diri, namun jangan sesekali abaikan soal kelembapan kulit tau? Mujur ada Losen Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture dengan gabungan minyak badam organik dan shea butter. Lapisan losen yang disapu pada kulit mampu membantu mengekalkan kelembapan kulit, juga menjadikannya halus dan lembut.
Safi Hijabista Bodycare Healthy White pula menjadikan kulit cerah sekata dengan perlindungan anti bau. Cukup selesa disapu pada kulit kerana ianya tidak berminyak, tidak melekit dengan daya penyerapan yang cepat ke dalam lapisan kulit.
Ads
Formulasi ekstrak buah aprikot membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Kandungan serbuk mutiara pula memperbaiki sel-sel kulit. Formulasi ringan dan selesa menjadikan kulit terasa halus, lembut dan wangi sepanjang hari serta terlindung daripada bau badan.
Bagi memastikan kulit kekal segar sepanjang hari, losen Safi Hijabista Bodycare Soothing Fresh wajib ada dalam beg tangan setiap hijabista. Lapisan ringan pada tangan dan kulit tubuh sangat menenangkan dan menyegarkan kulit dengan perlindungan daripada bau badan bagi memastikan tubuh kekal segar, terhidrat dan wangi sepanjang hari.
Tekstur losen Safi Hijabista Bodycare juga tidak berminyak, tidak melekit dan pantas menyerap menjadikan losen ini cukup selesa sekali disapu pada seluruh tubuh. Bahan utamanya, aloe vera pula melembapkan serta menyegarkan kulit.
Dengan perlindungan daripada bau badan, hijabista akan rasa segar, selesa dan kekal wangi sepanjang hari. Ekstrak timun organik yang kaya dengan kandungan air dan mineral berfungsi untuk menyejukkan kulit bagi memastikan kulit tubuh kekal terhidrat. Personaliti hijabista kini lebih terserlah dengan perlindungan kulit tubuh yang serba lengkap.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kehidupan tiap hari kini bagi seorang gadis menjadi makin mencabar. Ada sahaja dugaan yang mendatang tidak kira dari kiri atau kanan apatah lagi ketika pandemik covid-19 yang sedang melanda dunia pada saat ini.
Aktiviti bersosial bersama teman baik pun menjadi makin sukar. Nak bercuti ke luar negara pun tak boleh. Sedihnya segala perancangan terpaksa dibatalkan. Namun, yang paling menyedihkan adalah apabila mereka turut kehilangan kerja dan mata pencarian disebabkan pandemik ini. Macam mana nak terus survive?
Misi Mengecap Impian
Ops! Jangan mengalah sis! Tarik nafas dalam-dalam dan kembali bertenang. Fikirkan segala kemungkinan positif yang bakal terjadi dalam hidup anda nanti. Ya, ‘Rethink Possibilities’!
Pada bulan Oktober lalu, jenama rangkaian produk rambut No.1 di Malaysia telah memulakan misi bagi memberi inspirasi kepada gadis-gadis di luar sana untuk mengecap impian dengan segala kemungkinan. Fikirkan semula segala kemungkinan yang ada dalam hidup anda untuk mencapai cita-cita walau apa jua rintangan yang terpaksa ditempuhi.
Jangan toleh ke belakang. Ia tidak mustahil kerana Bunga, Amira Ayob dan Vivian Foo telah membuktikannya. Gadis-gadis ini telah memecahkan tembok penghalang dalam hidup mereka untuk menjadi hebat seperti hari ini. Mereka tetap yakin dan tidak takut untuk mencapai impian masing-masing.
Rebut Peluang
Kini, tibalah waktu anda pula untuk menjadi gadis hebat seperti mereka. Ini saat kita!
Gapailah impian anda dengan menyertai ‘Kelas Inspirasi Sunsilk Challenge’ dimana pemenang berpeluang memenangi peralatan video bernilai RM10,000 bagi kategori content creator atau Sunsilk Internship & Sijil Profesional Pemasaran Media Sosial Facebook untuk kategori usahawan.
Lebih menarik lagi, Kelas Inspirasi Sunsilk ini dikelokakan oleh selebriti terkenal seperti Shalma Ainaa, Ain Edruce dan juga Bunga. Haih, untung sangat tu!
FB live dengan tiga selebriti terkenal ini boleh anda tonton di sini, banyak ilmu menarik yang dikongsikan oleh mereka. Dalam masa yang sama memberi idea, motivasi dan inspirasi kepada anda untuk bangkit kembali untuk kejar impian anda!
Dah, jangan berangan lagi. Sertailah cabaran ini sekarang juga bagi merealisasikan impian anda. Tarikh penyertaan bermula 1 November hinggalah 7 Disember 2020. Tidak kira kuarantin ataupun tidak, kita tetap boleh berjaya kerana #IniSaatKita untuk menyerlah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wanita dan solekan memang tidak dapat dipisahkan! Walaupun mungkin solekan di wajah tidak dapat dilihat kerana dilindung pelitup muka, namun ia sama sekali tidak menghalang kita untuk tetap menata rias wajah agar terasa lebih gembira dan yakin dengan diri sendiri. Kalau bukan kita yang bahagiakan diri sendiri siapa lagikan?
Memahami kehendak wanita yang sentiasa mahu tampil cantik, jenama unggul WonderDewi menampilkan rangkaian produk terbaharu iaitu ‘Koleksi Catz WonderDewi’ yang membawakan konsep seksi, menawan, menarik dan pintar persis haiwan kesayangan ramai iaitu kucing yang pandai menjaga diri mereka sendiri dan sentiasa menjadi diri mereka yang sebenar. Meow!
Penampilan manja Nabila Razali dalam pelbagai mood
Tambah menarik, penyanyi dan pelakon pujaan ramai, Nabila Razali telah dilantik sebagai duta jenama Koleksi Catz WonderDewi ini. Patutlah gaya solekan Nabila sentiasa on point dan purr-fect! Kini, anda boleh tampil jelita sepertinya dan tiru makeup look serta trik solekan Nabila tanpa rahsia lagi.
Terdapat enam jenis alat solek berkonsepkan kucing yang boleh menampilkan pelbagai mood dan juga membebaskan watak felis dalam diri seorang wanita yang diperkenalkan dalam koleksi terhangat Catz WonderDewi ini.
Apa jua gaya yang dibayangkan di minda pasti akan dapat ditampilkan dengan hebat apabila menggunakan koleksi ini. Umpama Meow Seribu Manja, Dewi Seribu Gaya Koleksi Catz bagi Wanita Sempurna!
Rangkaian produk dalam koleksi ini datang dengan ciri lengkap untuk anda yang mahukan solekan yang sempurna lagi flawless. Antara produk yang tidak boleh dilepaskan ialah :-
1 WonderDewi Palet Eyeshadow (Earth Tone & Warm Tone)
4 warna setiap palet (1 matte, 2 shimmer, 1 glitter)
Formula tahan lama, pigmented, mudah diadun & kalis comotan
WonderDewi Bedak Kusyen O₂ (Natural & Warm)
Tidak berminyak dan tidak mengeringkan
Ringan dan tahan lama di kulit serta mengandungi SPF 50+ dan PA +++
WonderDewi Pen Kening (Black & Grey)
Plumbum persegi yang mudah digunakan
Reka bentuk hujung dua dengan spoolie terbina dalam, formula tahan lama
WonderDewi Eyeliner (Brown & Black)
Senang digunakan, kalis comotan
Formula pengeringan cepat, tip berus halus
Pastinya anda terasa teruja bukan untuk mendapatkan kesemua koleksi ini! Jika tak mahu terlepas, langgani segera WonderDewi Flexi GOOODPLAN™. ‘Dengan hanya RM50, anda dapat menikmati Catz Collection dan produk lain yang bernilai hingga RM1,900. Selain dari produk penjagaan kulit dan kecantikan, anda juga boleh dapatkan minuman sihat WonderDewi-C Vitamin Drink yang baru dilancarkan dengan harga yang lebih berbaloi. Menariknya lagi akan datang tawaran istimewa untuk WonderDewi Flexi GOOODPLAN ™ tidak lama lagi! ‘ Wow, menariknya!
Untuk maklumat yang lebih lanjut, segeralah hubungi agen Wonder Star atau lawati www.wonderlab.com.my, dan juga laman sosial WonderLabOfficial di Facebook dan Instagram.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seluruh dunia sememangnya terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada saat ini. Ada yang hilang kerja, tempat tinggal dan lebih menyedihkan lagi kehilangan insan yang tersayang.
Mengabadikan kisah bersejarah ini, Astro telah menerbitkan sebuah dokumentari khas iaitu ‘Malaysia vs Covid-19’. Ia menampilkan beberapa kisah istimewa mengenai rakyat Malaysia yang berjuang untuk terus hidup dan menentang wabak ini seperti Cikgu Nazmi, Sugu Pavithra dan pereka fesyen terkenal Melinda Looi.
Berkesempatan menemu bual Melinda, beliau akui sangat teruja untuk terlibat sama dalam dokumentari ini dan berharap agar rakyat Malaysia turut dapat mengambil iktibar daripada rancangan tersebut.
“Dokumentari ini merupakan satu peringatan kepada rakyat Malaysia yang kita semua bersatu melawan wabak ini. Ia adalah musuh yang kita tidak boleh nampak. Jadi kita mestilah ikut SOP, jaga kebersihan dan sebagainya kerana kita masih belum menang. Ada yang lepak tidak mengikut SOP dan tidak melanggar kuarantin.
“Sepatutnya kita kena ingatlah setiap tindakan kita itu akan memberikan kesan pada orang lain. Ia akan menyusahkan frontliners dan perniagaan juga akan terkena impaknya.
“Sekarang ini risau angka tiba-tiba naik mendadak. Kita kena ingat jika berlaku lockdown, ramai yang akan kehilangan pekerjaan di saat masing-masing sedang mencari kestabilan dalam hidup semula pada masa ini,” jelasnya.
Selain itu, Melinda juga mengakui perniagaannya terjejas disebabkan wabak ini namun tetap berusaha menanganinya dengan sebaik mungkin.
“Sebagai pereka fesyen pastinya saya sangat terkesan kerana pakaian saya banyak dibuat khas untuk majlis, parti dan sebagainya. Sewaktu raya juga kami tidak dapat keluarkan koleksi istimewa kami. Pereka lain juga mengalami nasib yang sama jadi kerana itulah ramai yang mengeluarkan produk lain seperti face mask dan sebagainya.
“Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menangani masalah ini dengan begitu baik. Tidak seperti rakan saya yang berada di luar negara, dia langsung tidak kisah untuk ke luar rumah tanpa memakai mask dan sebagainya. Seperti tiada apa-apa yang berlaku baginya,” tambahnya lagi.
Gembira dapat menolong petugas barisan hadapan dengan menghasilkan sut PPE, beliau juga rasa teruja apabila menerima respon positif daripada kakitangan hospital yang mengenakan sut yang dihasilkannya.
“Terharu bila ramai frontliners mesej terima kasih. Sebelum ini mereka rasa tertekan terpaksa buat sut PPE gunakan plastik sampah namun tidak lagi selepas memakai sut PPE yang kami buatkan. Rasa seronok sangat! Mereka terus ada rasa semangat untuk pergi bekerja.
“Ada yang kata seperti ada persembahan fesyen pula di hospital apabila masing-masing memakai sut PPE daripada pereka fesyen. Ini adalah penghargaan yang begitu besar buat saya. Ada juga pereka lain yang tidak menghasilkan sut PPE namun mereka tetap menyumbang dengan cara lain seperti wang.
“Kesimpulannya, tidak kisahlah bagaimanapun caranya, kita sentiasa ada cara tersendiri untuk membantu mereka yang memerlukan.”
Rasa tidak sabar pula untuk menonton dokumentari ini. Pastinya banyak perkara yang akan terungkai nanti.
Anda juga jangan lupa saksikannya pada 12 September ini, Sabtu jam 6 petang di saluran Astro Ria, AEC, Vinmeen HD, Hello & Awani atau strim sahaja di Astro GO. Rugi kalau terlepas!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...