Sejak semalam wanita cantik ini dihujani ucapan tahniah dari followernya. Ini gara-gara ucapan sweet suaminya yang mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Walaupun sepatutnya pengumuman dibuat setelah perut besar sedikit, tetapi nampaknya Norman Hakim tidak sabar menghebahkan berita yang tidak dijangka itu. Inilah dinamakan berkat ‘honeymoon’ sekali lagi setelah beberapa bulan majlis persandingan yang lalu.
Sebelum ini memang tular di media sosial betapa ‘sweet’nya cinta mereka. Masih inat lagi di mana Norman Hakim memberi kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki helikopter. Dan September lalu juga menyaksikan mereka bersanding sekali lagi dengan bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany.
Saat itu terpancar kebahagian keluarga ini. Majlis itu turut disambut dengan kehadiran anak-anak mereka (perkahwinan pertama) yang turut merestui majlis persandingan semula itu. Sememangnya keakraban hubungan keluarga ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat luar sana.
Walaupun pernah berlaku kontroversi sebelum itu,tetapi demi anak-anak semuanya sudah dilupakan. Malah hubungan mereka sekeluarga cukup rapat dengan usik mengusik antara satu sama lain.
Dan dua hari salu pastinya berita gembira buat Memey dan Norman Hakim dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga mereka. Nampaknya majlis persandingan semula mereka menjadi kerana dalam tempoh bulan madu itu, keduanya bakal dikurniakan zuriat
lagi.Patutlah sebelum itu kika dilihat di laman IGnya, Memey kelihata berseri-seri. Rupa-rupanya seri ibu mengandung. Dia yang sebelum ini tidak lagi berlakon, tetapi lebih senang menguruskan keluarga di rumah. Dalam masa sama, Memey juga turut mengusahakan butik dan dilantik menjadi duta kepada satu produk.
Walaupun tidak terbabit dalam dunia seni secara aktif, wanita cantik ini tetap sibuk dalam urusan seharian. Memey dilihat senang membesarkan dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah. Dia juga dilihat sangat rapat dengan Abby yang dipanggil kakak. Malah anak-anak Norman turut dianggap sebagai anaknya sendiri.
Ternyata hubungan Memey dan Abby memang cukup baik. Di mana ada Memey dan Norman di situlah juga aka nada Abby bersama suaminya. Gurau senda dan usik-mengusik antara mereka adalah ‘real’ dan yang bukan dibuat-buat.
Sebelum itu, mereka baru sahaja menyambut majlis Maulidur Rasul beserta sambutan hari jadi Abby dengan memanggil pelajar tahfiz di rumah mereka yang memang sebelum ini menjadi rutin bulanan dengan membaca Yasin.
Biarpun tidak berlakon tetapi penampilan Memey tetap dijaga sepenuhnya. Walaupun kadang-kadang foto dimuat turun tanpa mekap, wajahnya tetap cantik
dan jelita. Dengan senyuman terpamer di bibirnya menampakkan sifat keibuan dalam dirinya.Admin doakan kandungan Memey akan selamat hingga saat untuk melahirkan. Moga kehadiran bayi ini nanti memberi rezeki berlipat ganda buat pasangan ‘sweet’ ini.
Jom intai beberapa #OOTD Memey yang sedap mata memandang. Ternyata Memey cukup bijak bergaya dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah walaupun tampil sedikit stailo.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM MEMEY SUHAIZA