Sejak semalam wanita cantik ini dihujani ucapan tahniah dari followernya. Ini gara-gara ucapan sweet suaminya yang mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Walaupun sepatutnya pengumuman dibuat setelah perut besar sedikit, tetapi nampaknya Norman Hakim tidak sabar menghebahkan berita yang tidak dijangka itu. Inilah dinamakan berkat ‘honeymoon’ sekali lagi setelah beberapa bulan majlis persandingan yang lalu.
Sebelum ini memang tular di media sosial betapa ‘sweet’nya cinta mereka. Masih inat lagi di mana Norman Hakim memberi kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki helikopter. Dan September lalu juga menyaksikan mereka bersanding sekali lagi dengan bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany.
Saat itu terpancar kebahagian keluarga ini. Majlis itu turut disambut dengan kehadiran anak-anak mereka (perkahwinan pertama) yang turut merestui majlis persandingan semula itu. Sememangnya keakraban hubungan keluarga ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat luar sana.
Walaupun pernah berlaku kontroversi sebelum itu,tetapi demi anak-anak semuanya sudah dilupakan. Malah hubungan mereka sekeluarga cukup rapat dengan usik mengusik antara satu sama lain.
Dan dua hari salu pastinya berita gembira buat Memey dan Norman Hakim dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga mereka. Nampaknya majlis persandingan semula mereka menjadi kerana dalam tempoh bulan madu itu, keduanya bakal dikurniakan zuriat lagi.
Patutlah sebelum itu kika dilihat di laman IGnya, Memey kelihata berseri-seri. Rupa-rupanya seri ibu mengandung. Dia yang sebelum ini tidak lagi berlakon, tetapi lebih senang menguruskan keluarga di rumah. Dalam masa sama, Memey juga turut mengusahakan butik dan dilantik menjadi duta kepada satu produk.
Walaupun tidak terbabit dalam dunia seni secara aktif, wanita cantik ini tetap sibuk dalam urusan seharian. Memey dilihat senang membesarkan dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah. Dia juga dilihat sangat rapat dengan Abby yang dipanggil kakak. Malah anak-anak Norman turut dianggap sebagai anaknya sendiri.
Ternyata hubungan Memey dan Abby memang cukup baik. Di mana ada Memey dan Norman di situlah juga aka nada Abby bersama suaminya. Gurau senda dan usik-mengusik antara mereka adalah ‘real’ dan yang bukan dibuat-buat.
Sebelum itu, mereka baru sahaja menyambut majlis Maulidur Rasul beserta sambutan hari jadi Abby dengan memanggil pelajar tahfiz di rumah mereka yang memang sebelum ini menjadi rutin bulanan dengan membaca Yasin.
Biarpun tidak berlakon tetapi penampilan Memey tetap dijaga sepenuhnya. Walaupun kadang-kadang foto dimuat turun tanpa mekap, wajahnya tetap cantik dan jelita. Dengan senyuman terpamer di bibirnya menampakkan sifat keibuan dalam dirinya.
Ads
Admin doakan kandungan Memey akan selamat hingga saat untuk melahirkan. Moga kehadiran bayi ini nanti memberi rezeki berlipat ganda buat pasangan ‘sweet’ ini.
Jom intai beberapa #OOTD Memey yang sedap mata memandang. Ternyata Memey cukup bijak bergaya dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah walaupun tampil sedikit stailo.
Ramai yang terkejut apabila penyanyi Elyana peserta Gegar Vaganza musim ke 4 menyatakan dia adalah penghidap kanser tahap 4. Sejak itu semua media dalam cetak atau digital menyiarkan kekuatan dirinya yang bertahan melawan sakit itu sejak tujuh tahun lalu. Dia yang disahkan menghidap sebaik melahirkan anak sulungnya, Cinta dan sejak itu cerita Elyana memang sunyi dari paparan di media.
Dalam satu tembual video eksklusif bersama penyampai Sinar FM, Abby Fana atau Kak Bed, Elyana menceritakan satu kisah yang cukup meruntun jiwa dan perasaan kita, lebih-lebih bagi yang bergelar ibu.
A post shared by abby fana official (@abbyfana) on
Menurut Elyana dia di kesan menghidap kanser hampir 7 lalu, tetapi sebenarnya mengetahuinya sekitar lima enam tahun lalu. Ketika tahu dia sebenarnya sudah sampai ke tahap 2.
Malah Ramadan lalu dia sempat ke hospital menjalani sekali lagi ‘scan’ dan ketika itu barulah dia tahu kanser itu sudah sampai ke tahap 4.
Sebelum menyertai program Gegar Vaganza sekali lagi Elyana sempat menjalani rawatan kimoterapi. Namun dia tidak berniat untuk menyambung rawatan itu kerana kesan kimoterapi itu menyebabkan dia hanya terperuk sahaja di rumah. Malah akan menjadikan dirinya lemah dan sakit.
Jadi atas nasihat ramai Elyana berhasrat untuk menjalani rawatan alternatif seperti tradisional dan jika ia boleh menguat dan membahagiakan dirinya, Elyana tidak kisah untuk mencuba.
JANGKA HAYAT TIDAK LAMA
Ketika ditanya Abby Fana adakah doktor memberitahu tempoh jangka hayat selepas mengetahui dirinya pengidap kanser tahap 2. Elyana menjawab sebelum itu ketika dia menjalani rawatan kimoterapi (sehingga 6 kali rawatan) di sebuah hospital, doktor tidak memberitahu apa-apa. Ketika itu dia berhenti membuat kimoterapi dan hanya menjalani rawatan itu semula tahun lalu.
Dia hanya diberitahu jangka hayatnya tidak lama apabila menjalani sekali lagi rawatan kimoterapi di sebuah hospital lain. Ketika diberitahu keadaan itu dia jadi marah kerana baginya doktor itu bukan Tuhan yang boleh tetapkan umur dia sampai berapa.
Oleh kerana marah, dia terus berhenti menjalan rawatan kimoterapi itu dan Elyana mahu buktikan bahawa bukan rawatan itu menyembuhkan dirinya tetapi Allah yang berkuasa atas segalanya.
A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on
Sejak itu dia berusaha berubat di mana-mana ceruk yang dikatakan boleh merawat penyakitnya itu. Sepanjang berubat, Elyana akan berdoa pada Tuhan biarlah ini adalah rawatan yang terakhir dan boleh memulihkannya.
Walaupun ia belum pulih sepenuhnya dan Elyana tidak putus asa dan akan terus bersabar berhadapan dengan penyakit kritikal ini.
Ketika ditanya apa perasaan sebenar yang dirasai olehnya sepanjang proses mencari penawar dan setiap kali berdepan dengan orang akan berkata ‘sabar’.
Dalam hal ini Elyana mengakui dia adalah manusia biasa dan sebenarnya memang benci apabila orang menyebut perkataan ‘sabar’ itu. Sepanjang tempoh itu kesabaran apa lagi yang perlu dilalui tetapi dia tersedar dalam hal sekarang ini memang dua perkataan ini yang perlu dia pegang iaitu sabar dan ikhlas.
Sebenarnya dalam situasi sekarang Elyana terus terang memberitahu dia tidak suka berada dalam keadaan ‘stress’, tidak suka melihat orang bergaduh dan kalau boleh biarlah hanya situasi ‘happy’ sahaja berada di sekelilingnya. Dan dia cukup bahagia kalau bercakap mengenai ‘Cinta’.
Elyana sedikit sebak tatkala Abby Fana mengalih pada persoalan mengenai Cinta. Cinta Sumayyah merupakan anak tunggalnya dan dia faham apa yang dialami oleh bondanya itu.
AJAR CINTA BERDIKARI
Elyana turut memberitahu pada Cinta proses dia menjalani rawatan kimoterapi agar dia faham. Dia turut setiap hari menerangkan pada Cinta bahawa dirinya sedang sakit yang bukan biasa dan ianya teruk dan susah untuk baik.
Bukan itu sahaja sebagai persediaan, dia kini turut mengajar anak tunggalnya itu hidup berdikari, berpesan belajar rajin-rajin dan jangan nakal. Malah ibu muda ini juga sering meninggalkannya di rumah seorang diri. Elyana akui Cinta memang manja dengan dirinya dan mereka biasanya akan tidur bersama.
Namun Elyana sering mengingatkan Cinta untuk terus berdikari dan sebab sayang menyebabkan dia perlu belajar jaga diri sendiri pada anak tunggal kesayangannya itu. Cinta sering diingatkan jika dia tiada siapa yang akan menjaganya nanti dan Cinta perlu jaga diri sendiri.
A post shared by Cosmopolitan Malaysia (@cosmopolitanmy) on
Menurut Elyana juga ada sesuatu yang ditakutkan oleh Cinta. Cinta tidak boleh melihat dia tidur di depan matanya. Cinta takut bondanya akan mati dan jika sebelum ini Elyana yang takut untuk tidur. Jika meihat Elyana tutup, anaknya itu akan marah dan memukul tangannya dan berkata ‘bonda please don’t die’.
Malah penyanyi Kalis Rindu ini juga pernah menguji situasi di mana dia sengaja buat tidur dan mahumelihat reaksi Cinta bagaimana jika keadaan berlaku bila mereka berdua sahaja di rumah.
Ketika itu anaknya itu menangis tanpa henti sambil berlari ke pintu dan mahu keluar. Situasi ini menyebabkan Elyana rasa kasihan. Sejak itu dia berazam untuk kuat semangat dan mahu melihat anaknya itu besar dan sempat berkahwin. Malah itu memang menjadi impian setiap yang bergelar ibu.
Dia juga turut mengakui sepanjang tujuh tahun terpaksa menyembunyikan penyakityang dideritaya itu dan memang membebankan. Orang hanya tahu dia adalah pesakit kanser tahap 4 tetapi ada sesuatu yang dia sembunyikan dari pengetahuan umum hingga menganggu dia sehingga ke hari ini.
LEGA BUAT PENDEDAHAN
Namun Elyana dalam video berkenaan berkata dia belum berani untuk memberitahu perkara itu kepada orang. Cuma Elyana memberitahu dia cukup lega apabila sudah membuat pendedahan tentang penyakitnya itu.
Selepas pengumuman minggu lepas dia tidak berniat untuk menagih simpati sebaliknya untuk memberitahu dan mengharapkan orang lain juga akan buat seperti biasa.
Namun dia harus terima kenyataan bahawa begitu ramai yang memberi respon positif pada pendedahannya itu. Sehingga ke hari ini tidak henti orang mendoakan kesejahteraan dirinya bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga Brunei juga di Singapura. Saat itu Elyana merasakan itu adalah rahmat terbesar pada dirinya. Dan keputusan membuat pengumuman itu adalah betul.
Paling mengharukan sehingga ada netizen yang membuat tanda pagar #prayforelyana dan ini memang tidak dijangka oleh penyanyi yang sering berkaki ayam ini.
Bukan itu sahaja, dia turut tidak menyangka penerimaan rakyat Malaysia yang memang ambil berat pada dirinya di mana ketika sedang mengisi minyak, ada orang menegur dan terus memeluknya dari belakang.
Ini secara tidak langsung menghapuskan tanggapan dia selama ini menyangka orang akan menjauhkan diri daripadanya.
Dia turut mengucap syukur pada Tuhan kerana Allah memberi dia hikmah yang cukup besar dalam menghadapi dugan ini. Elyana juga turut memberitahu dirinya kini lebih dekat dengan Allah.
JANGAN RASA ‘DOWN’
Selain itu, sambutan yang diterima dari kelab penyokongnya juga tidak berbelah bagi walaupun setelah dia terkeluar dari Gegar Vaganza. Mereka sanggup buat solat hajat akan datang di masjid dan kumpul ‘charity’ untuk dirinya dan pesakit kanser lain. Inilah moral ‘support’ yang dia harapkan untuk sentiasa kekal positif.
Sebelum mengakhiri perbualan itu, Elyana menitipkan pesanan cukup bemakna buat pesakait kanser yang baru tahu atau sudah lama agar tidak merasa ‘down’.
Jangan menangis selalu kerana akan merosakkan badan dan kalau boleh jalani kehidupan seperti biasa.Kena enjoy kehidupan dan sangat rugi jika hanya terperuk di rumah dan hanya meratapi sakit berkenaan.
Juga dia berpesan agar jaga kesihatan, jaga pemakanan, elakkan makanan bergula dan pengambilan daging merah dan ia sangat tidak bagus. Untuk keluarga pula, kena bagi support’ dan elakkan tanya soalan sedih dan perlu ‘chill’ seperti pergi bercuti ataupun borak perkara yang kelakar dan ia sangat membantu. Kalau boleh cuba gembirakan hatinya untk terus kekal positif menghadapi dugaan dariTuhan ini.
Rezeki itu datangnya dari Tuhan. Begitu juga dengan urusan jodoh dan ajal maut. Dalam zaman teknologi yang hanya mengejar kemajuan ini, pelbagai cara boleh diusahakan untuk mencari rezeki. Dan salah satunya adalah dengan berniaga online khususnya bagi yang masih belum berpeluang makan gaji ataupun surirumah tangga. Seperti yang diceritakan oleh seorang wanita yang menggunakan nama di media sosial ‘Datin Nurr Hidayah Hassan’. Dia bekerja keras berniaga secara online demi kelangsungan hidup memandangkan suaminya tidak bekerja.
Bukan kerana suaminya malas atau mengharapkan pendapatan isteri semata-mata, tetapi kerana alergik ubat menyebabkan suaminya hilang penglihatan dan punca pendapatan. Oleh sebab itu, dia terpaksa bekerja dalam caranya tersendiri bagi menampung kehidupan mereka berdua.
Admin tertarik cari wanita ini menarik perhatian pelanggan melalui laman sosial. Dengan gayanya berkaca mata besar, solekan serta penampilan tak ubah seperti seorang ‘Datin’. Ditambah dengan sikap peramahnya, sedikit lucu dan usikan nakal pada follower menjadikan bisnes diusahkan ‘LAKU KERAS’.
Dia yang menjual produk kecantikan dan makanan tidak menyangka rezekinya makin mencurah dan bertambah. Dalam satu posting, dia terkejut apabila bangun pagi melihat friend request yang banyak dan barulah sedar gara-gara gambar yang dimuat naik ketika bersama suaminya yang sakit. Kisahnya tiba-tiba sahaja menjadi viral kerana postingnya itu menzahirkan rasa simpati netizen.
Namun menurutnya, tujuan posting itu bukanlah untuk menarik simpati, tetapi sekadar luahan pengalamannya menjaga suami yang sedang bertarung melawan sakit. Bagai tidak menyangka perwatakan dirinya yang seperti happy go lucky ini rupa-rupanya terselit sifat kasih sayang dan cinta tak berbelah bagi pada suaminya.
Betapa wanita yang cantik berhijab ini begitu setia menjaga suaminya yang kelihatan tidak sempurna. Dia yang sebelum ini jika upload gambar suaminya menutup muka sehingga menimbulkan persoalan orang ramai. Bukan sengaja dia berbuat demikian, tetapi disebabkan tidak mahu orang mengutuk melihat keadaan suaminya yang kurang sempurna itu.
Menurut Hidayah, suaminya bukan diserang sakit kulit tetapi berpunca dari sakit mata dan alergik dengan ubat menyebabkan terbakar satu badan. Alergik ini dipanggil (‘Steven Syndrome Johnson’), sakit ini jarang berlaku dan terkena orang lain. Bukan itu sahaja penyakit ini juga susah untuk dirawat.
Walaupun diduga begitu, namun tidak terdetik di lubuk hatinya, untuk meninggalkan IMAMNYA ini. Allah memberi hambanya dugaan sakit dan Allah jua yang menjadi penawar kepada sakit dalam dunia ini.
Namu dia juga seperti insan lain. Walaupun aksinya kelihatan sentiasa ceria tetapi jauh di sudut hati dalam kegigihan mencari rezeki, dia tetap mendoakan agar suaminya ketika ini cepat sembuh.
Biarpun hatinya sedih melihat suaminya yang dulu sempurna fizikal kini hidup menjadi insan kurang upaya. Walau seburuk mana, dia berjanji tidak akan tinggalkan dan akan menjaga suaminya hingga akhir hayat.
Menurut Hidayah perjalanan masih jauh dan dia akan terus berdoa agar mata suaminya dapat melihat seperti dulu. Dia tidak akan sesekali mengeluh kerana bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, dia mahu suaminya dapat melihat seperti dulu walaupun hanya sebelah mata.
Lebih mulia lagi hati wanita ini yang tidak kisah jika suaminya tidak bekerja asalkan dapat melihat isterinya yang comel ini. Katanya lagi, duit boleh dicari tetapi kasih sayang sampai mati.
Walaupun terdapat teknik dan amalan yang tidak berkesudahan yang boleh kita ikuti untuk mempunyai rutin penjagaan kulit yang betul, adalah selamat untuk mengatakan bahawa mencapai kulit yang dibersihkan adalah langkah penting.
Dan walaupun terdapat pelbagai jenis pembersih yang sentiasa berkembang daripada berasaskan minyak kepada gel kepada pembersih balsem, pakar mendedahkan bahawa ia lebih kepada proses dan bukannya produk.
Dalam ritual pembersihan unik yang berasal dari Jepun, memecahkan kaedah pembersihan 4-2-4 langkah demi langkah, ideologi dan manfaat penuh di sebalik ritual itu dan mengapa untuk mencapai kulit yang sihat memerlukan masa.
Konsep kaedah 4-2-4; ia adalah sistem di mana anda bermula dengan minyak dan mengurut kulit selama empat minit, kemudian melapisi kulit anda dengan pembersih krim di atas dan mengurut selama dua minit untuk mengemulsikan minyak dan disusuli dengan membilas dengan air selama empat minit yang selama sesetengah orang berasa seperti keabadian.
Bahagian yang paling sukar, tetapi ia sebenarnya yang paling penting. Ia adalah satu disiplin, tetapi kunci untuk menyepadukan ini adalah benar-benar menggunakan 4-2-4 pada waktu malam. Anda tidak perlu melakukannya setiap malam untuk mendapat manfaat daripada hasilnya. Cuba 4 malam seminggu adalah sangat baik. Apabila melakukan kaedah 4-2-4 pada waktu malam dan meneruskan urutan pelapisan, anda tidak perlu mencuci muka pada waktu pagi. Jadi dalam erti kata itu, ia sangat jimat masa.
Nyahkan kotoran
Kaedah 4-2-4 benar-benar menggunakan minyak wajah. Dengan mengurut dengan minyak, anda meningkatkan peredaran aliran darah ke permukaan kulit. Semasa mengurut, anda juga melembutkan lapisan atas tisu dan membantu membuang serpihan dan melonggarkan sebarang liang tersumbat. Anda benar-benar memerlukan minyak wajah.
Pilih minyak muka dengan bahan seperti minyak jojoba, selepas 4 minit ia diserap ke dalam kulit. Terdapat banyak masalah kulit berpunca daripada peredaran yang lemah. Dengan kaedah 4-2-4 individu yang mempunyai jerawat dan juga situasi cystic, ini benar-benar membantu untuk memulihkan jerawat dengan cepat dan menyamarkan kesan parut.
Pembersihan
Pakar cadangan memggunakan pembersih berkrim dan apabila anda menggunakannya di atas, ia mempunyai rasa yang menyegarkan dan membantu mengemulsikan minyak tanpa mengeringkan kulit sepenuhnya. Jadi apabila anda memohon pada kulit ia putih dan berkrim ia disepadukan sepenuhnya. Wajah akan menjadi jelas, anda akan merasakan bahawa minyak terasa lebih nipis dan akan lebih mudah untuk dikeluarkan.
CADANGAN PRODUK: Tatcha The Rice Wash
Fasa Pembilasan
Langkah yang sangat penting, jadi mulakan dengan air suam selama dua minit dan kemudian selesai dengan air sejuk. Air suam adalah apa yang akan membantu untuk membilas lebihan minyak dari kulit, tetapi juga akan benar-benar membawa aliran darah ke permukaan. Ia akan membuka saluran tersebut, darah akan mengalir dan kehangatan adalah satu bentuk penyembuhan dengan sendirinya.
Anda benar-benar memerlukan kehangatan untuk mencipta pergerakan, supaya boleh memulakan proses detoksifikasi. Jadi selepas dua minit, mulakan dengan air sejuk dan ia akan mengetatkan segala-galanya dan malah akan mencipta kesan sama dengan teknik mandi air panas dan sejuk. Mencipta bukaan dan kemudian mengecut, lalu membuang toksin tersebut keluar dari kulit.
Oleh itu, apabila selesai, muka akan benar-benar memerah seperti anda baru keluar dari sauna, tetapi kulit tampak gebu dan benar-benar terhidrat. Hampir semua masalah kulit yang anda hadapi benar-benar mendapat manfaat daripada kaedah ini kerana anda menyokong keupayaan semula jadi kulit untuk menyembuhkan dengan sendiri.
Jadi jika Anda berhadapan dengan kulit yang benar-benar kering, ini akan membetulkan kekeringan. Jika mereka mempunyai kulit matang, ini akan menggalakkan dan melindungi kolagen dan keanjalan pada kulit. Jadi hampir semua orang boleh mendapat manfaat daripada rejimen ini. Sebaik sahaja mencuba 4-2-4, ia adalah hasil yang benar-benar mengajar anda disiplin diri. Kaedah 4-2-4 benar-benar menekankan kepentingan meluangkan masa anda untuk mencuci muka.
Ritual ini benar-benar memberi kesan pada seluruh badan, kerana terdapat bahagian muka kita yang sesuai dengan bahagian tertentu badan. Sebagai contoh, kawasan dahi dikaitkan dengan sistem saraf.
Kawasan pipi dikaitkan dengan paru-paru dan pernafasan, ia membantu anda untuk memperlahankan dan mendalamkan nafas. Dagu lebih metabolisme dan hormon, jadi ia akan merehatkan badan. Terdapat begitu banyak titik tekanan dan kawasan di muka yang sesuai dengan badan, jadi ini adalah ritual yang hebat untuk penyahmampatan.
Perbezaan antara pembersihan 4-2-4 dan pembersihan berganda
Fasa pembersihan selama empat minit adalah sangat tersendiri dan kunci kepada proses terakhir itu, teknik mengurut dan membilas sangat berbeza daripada apa yang anda lihat. Pembersihan berganda telah menjadi agak popular, jadi banyak jenama telah keluar dengan putaran mereka sendiri, tetapi kaedah ini unik kerana memberikan garis panduan yang sangat spesifik tepat pada masanya. Ia seperti orang Jepun suka mandi dan benar-benar memanfaatkan air untuk kelebihan mereka.
Pembersihan paling penting dalam penjagaan kulit
Dari perspektif Asia, ia adalah asas kulit yang benar-benar sihat. Mereka juga merasakan jika kulit anda mungkin tidak dibersihkan, daripada produk lain tidak akan berfungsi, mereka benar-benar mengaitkan pembersihan dengan kesihatan. Terdapat sistem kepercayaan dalam “menukar air dalam kulit anda”, dan mereka juga menggunakan konsep yang sama pada wajah.
Dan apa yang menarik tentang 4-2-4 ialah apabila anda selesai, sentuh wajah anda, ia terasa seperti menahan air. Jadi orang Jepun, dengan cara mereka sendiri, begitulah cara mereka menggambarkan proses genangan dan toksin.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...