Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama.
Malah, ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana tidak mampu menerima hakikatnya yang memeritkan. Sama seperti artis terkenal, Zulin Aziz yang juga pernah mengalami patah hati dalam satu episod cinta yang memeritkan sebelum dipertemukan dengan cinta sejati, Farhan Norzaini.
Menerusi satu muatnaik video di laman Instagram miliknya, Zulin pernah berkongsikan bagaimana cara yang dilakukanya untuk ‘move on’ dan meneruskan kembali kehidupan hingga pandangan berkenaan menjadi inspirasi kepada para hijabi di luar sana.
“Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu.
“Apa yang boleh saya katakan adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya.
Ads
Jangan Tutup Pintu Hati, Yakin Ada Yang Lebih Baik Menanti
“Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
“InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.
Ads
Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga hijabi dan para wanita di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua.
Kini Zulin Aziz telah pun bahagia bersama suami tercinta setelah diijabqabulkan sejak lebih setahun yang lalu pada tanggal 20 Februari 2022 yang lalu. Meski masih belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, Zulin tetap terlihat bahagia disamping suami tercinta!
Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.
Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti solat.
Melancong bersama keluarga mahupun teman-teman memang menyeronokkan. Walau bagaimanapun sebagai Muslim, kewajiban untuk mengerjakan solat mesti dijaga sebaik-baiknya. Semasa melancong atau bermusafir kita dibenarkan atau diberi kemudahan untuk melakukan solat jamak dan qasar.
Berikut perkongsian Azie Sam dari Kembara Impian tentang percutian di bumi Korea.
HARI PERTAMA
Jadual penerbangan ke Seoul Korea kira-kira jam 2.15 petang. Sebelum menaiki kapal terbang, kami sempat solat jamak zohor asar di surau lapangan terbang. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam perjalanan. Waktu perbezaan pula adalah di Korea 1 jam awal berbanding di Malaysia.
Sampai je di airport Incheon kami menaiki mpv untuk ke hotel. Airport ke hotel mengambil masa selama 45 minit. Kami mengerjakan solat jamak takhir maghrib isyak di hotel sahaja. Untuk makan malam pula kami cuma makan di bilik hotel sahaja kerana kepenatan berada lama di dalam flight.
HARI KE DUA
Bermula pengembaraan kami di bumi Seoul Korea. Seawal pagi kami keluar hotel menuju ke Istana Gyeongbokgung yang menjadi mercu tanda istana lama yang dikenali sebagai istana yang diberkati syurga. Kami sempat menyaksikan persembahan upacara pertukaran pengawal dengan penuh istiadat.
Perjalanan diteruskan di Insadong street di mana pelbagai cenderahati yang bermotifkan kebudayaan Korea ada dijual di sini. Ianya tidak jauh dari Istana Gyeongbokgung. Di sini juga kami menikmati makan tengahari di restoran Nirvana Halal Kitchen yang menyediakan makanan menu india muslim. Kami juga mengambil kesempatan solat jamak zohor asar di restoran ini dan mereka juga menghormati dan memahami permintaan kami untuk bersolat di situ.
Setiap kali makan di restoran halal dan lazimnya waktu tengahari, kami akan pastikan telah masuk waktu zohor untuk memudahkan kami menumpang solat di restoran tersebut kerana bagi kami restoran halal dan pastinya ada menyediakan ruang solat untuk pekerjanya dan kami meminta izin untuk memnunaikan solat di situ.
Perjalanan diteruskan ke Bukchon Hanok Village dan Namsangol Hanok Village di mana tempat ini memaparkan perkampungan lama penduduk Korea pada zaman dahulu.
Waktu solat Maghrib dan Isyak kami akan lakukan di bilik hotel.
HARI KE TIGA
Perjalanan hari ketiga diteruskan untuk ke Pulau Nami di mana pulau ini sangat terkenal dengan drama Korea ‘Winter Sonata’ Saya yakin ramai yang mengetahui drama tersebut. Ia dipanggil Pulau Romantik Winter Sonata kerana penggambaran drama tersebut di Pulau Nami ini. Sangat cantik dan indah. Seharian kami menyelusuri pulau ini. Untuk makan tengahari, ada restoran Asian cuisine yang menjanjikan restoran ini adalah restoran halal. Kami menikmati makan di sini.
Dan untuk solat, ada disediakan Musolla Prayer Room yang sangat selesa dan luas di sebelah restoran tersebut dan selepas makan tengahari kami terus menunaikan solat jamak zohor asar. Pulau ini mesra muslim. Setelah seharian menikmati indahnya pulau ini, kami pulang ke hotel dan menunaikan solat jamak maghrib isyak dan berehat.
HARI KE EMPAT
Rugi rasanya jika ke Korea tidak merasai taman tema yang terbesar dan paling seronok iaitu Everland. Perjalanan mengambil masa kira kira 1 jam setengah dari Bandar Seoul dengan menaiki bas. Kami menghabiskan masa setengah hari di sini, bermain dan merakam gambar untuk kenangan. Kami makan tengahari dengan membawa bekal dari hotel untuk alas perut.
Selepas berpuas hati Everland ini, kami meneruskan perjalanan ke Itaewon iaitu Bandar yang dikenali sebagai Bandar muslim. Sesampai je di Itaewon ini kami ke satu satunya masjid yang gah berada di Korea ini untuk menunaikan solat jamak takhir asar zohor.
Sepanjang perjalanan di Bandar Itaewon ini pelbagai restoran muslim yang kami jumpa.
Hampir kesemua restoran di sini adalah halal. Ramai juga jumpa orang orang muslim seperti Indonesia, Pakistan. Arab dan tidak kurang dari Malaysia sehinggakan kebanyakkan pekerja di restoran restoran ini fasih menggunakan bahasa Melayu. Patutla orang namakan ia Bandar muslim. Kami tidak melepaskan peluang makan makanan street food yang pelbagai.
Setelah beberapa jam menikmati Bandar muslim ini dan menikmati pelbagai makanan, kami sekali lagi solat di Seoul Central Korea ini untuk menunaikan solat jamak Maghrib Isyak.
Dan pulang ke hotel dengan senang hati.
HARI KE LIMA
Hari kelima masih bersemangat seperti hari hari sebelumnya. Pagi pagi kami keluar untuk ke Namsan Tower yang menjadi mercu gah orang Korea. Mendaki ke Namsan Tower ini dengan menaiki cable car dan apabila sampai di puncak, kita boleh menikmati panorama keseluruhan Bandar Seoul yang sangat indah. Banyak juga yang menarik di atas ini antaranya adalah padlock love di mana boleh abadikan nama yang digantung di sepanjang jalan di Namsan Tower ini.
Selesai menikmati, kami turun juga dengan menaiki cable car dan terus ke restoran yang famous di kalangan orang Malaysia iaitu ‘kampungku.’ Restoran ini sangat dekat dengan Namsan Tower dan terletak tengah Bandar Seoul.
Pelbagai hidangan yang disediakan dari makanan Korea itu sendiri, nasi lemak, nasi goreng, pizza, makanan barat dan banyak lagi. Seperti biasa waktu makan adalah waktu terbaik untuk kita mengambil kesempatan untuk solat jamak zohor asar sebelum meneruskan perjalanan. Di restoran ini ia juga menyediakan ruang solat yang luas dan selesa di tingkat 3 restoran tersebut.
Perjalanan di teruskan ke Myeongdong street. Syurga bagi wanita yang suka dengan barangan kosmetik dan penjagaan kecantikan. Di sini terdapat pelbagai street food terutaman makanan korea yang harus dicuba. Cuma perlu berhati hati dalam pemilihan untuk mencari makanan halal.
Kami mengambil inisiatif di mana memilih makanan yang tidak berasaskan haiwan dan memilih untuk mencari kedai yang ada mempamerkan logo halal. Sepanjang di bumi Korea, kami banyak mengambil buah buahan untuk mengalas perut dan memberikan tenaga yang baik sepenjang perjalanan.
HARI KE ENAM
Pagi ini kami sempat membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia di pasar Namdaemun kerana pasar ini buka seawal jam 6 pagi. Jam 11 kami bertolak dari hotel ke airport untuk pulang ke Malaysia. Selepas check in luggage, kami terus makan tengahari di restoran halal yang berasaskan indian food dan solat jamak zohor asar di sini.
Bagi saya, kemudahan makanan halal dan ruang solat di bumi Korea tidak susah jika kita berusaha mencari dan menjaganya walaupun sedang bermusafir. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Yang dipelajari adalah bumi Korea walaupun bukan negara Islam tapi ianya mesra muslim. Bermusafir ini banyak hikmahnya bukan sekadar berseronok sahaja. Menikmati kebesaran Allah swt adalah sesuatu yang sangat dituntut.
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
Sabda Rasullah SAW maksudnya:
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. (Hadis riwayat Ahmad).
*Meringan/memudahkan umat Islam untuk menunaikan solat dalam perjalanan.*Tanda kasih sayang Allah SWT kepada manusia. *Supaya solat fardu dapat dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun. *Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.
Godam kecantikan TikTok semakin hari semakin tidak masuk akal seiring dengan berlalunya masa. Apabila anda biasa dengan mekap pastinya anda sudah terbiasa dengan apa yang di aplikasikan.
Lain pula apabila anda menatal aplikasi Tiktok, pasti anda akui, kenapa anda tidak sekreatif sesetengah peminat kecantikan TikTok. Kali ini pula, cara pengodam kecantikan TikTok menggunakan semula pelindung matahari.
Cuaca panas di Negara 4 musim, jadi tidak hairanlah pelindung matahari yang melindungi kulit daripada melecur dan elak dari kanser kulit mendominasi carian Google dan TikTok. Di antara soalan tentang SPF dan pelindung matahari yang terbaik, ramai di antara kita berminat untuk mengetahui cara dan berapa kerap untuk memohonnya semula.
TikToker @kamgregory berjaya melakukannya. Dalam video viral ini, Kamille membuktikan bahawa cara paling mudah untuk memohon semula pelindung matahari bukanlah dengan melaburkan wang pada serbuk SPF (kebanyakan daripadanya adalah mahal) atau risiko meninggalkan pelindung matahari sepenuhnya tetapi menggunakan span mekap kering (seperti Beautyblender) untuk menekan produk ke dalam kulit anda. Dalam beberapa saat, Kamille menambah pelindung matahari tanpa mekapnya berganjak satu inci pun.
“Godam pelindung matahari sebenarnya apa yang saya cari terima kasih,” tulis seorang penonton dalam komen, dan beribu-ribu tanda suka bercakap untuk diri mereka sendiri.
Anda mungkin terfikir, tambahan nilai SPF adalah gunanya pelindung matahari semburan aerosol? Sudah tentu anda boleh menambah dengan spritz SPF tetapi penyelidikan baru-baru ini telah menunjukkan bahawa ia tidak berkesan untuk memesongkan sinaran UV seperti yang pernah anda fikirkan. Dan bagi mereka yang mempunyai bajet kecantikan, membeli dua jenis pelindung matahari yang berbeza mungkin bukan pilihan.
Jadi adakah span SPF ini pilihan untuk pemakai solekan? Pakar akui dengan pemakaian semula pelindung matahari ke atas mekap adalah berkesan, asalkan memakai pelindung matahari yang mencukupi. Bahagian yang perlu dititikberatkan juga adalah leher dan telinga.
Penggunaan semula pelindung matahari adalah penting di bawah mana-mana matahari, Indeks UV yang mengenal pasti kekuatan sinaran UV adalah melebihi tiga antara 9.30 pagi dan 4.30 petang. Jadi perlindungan matahari termasuk bahan teduhan seperti, pakaian, topi, cermin mata hitam dan pelindung matahari harus digunakan untuk melindungi kulit.
Sebagai pemakai mekap, anda akan rasa bersalah kerana tidak memakai semula pelindung matahari dengan kerap seperti yang sepatutnya ketika berada di bawah sinar matahari, alasannya takut tercabut foundation. Ohhh Tidak!!
Sekiranya anda biasa menggunakan solekan dengan span lembap tetapi kunci kepada penggodaman ini ialah memastikan ia kering. Nah! Segera capai Beautyblender, sapukannya dengan pelindung matahari yang disukai. Hasilnya melembapkan kulit, menghidrat dan menjadikan wajah anda bersinar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini seorang hijabi yang mempunyai nama unik Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain atau lebih mesra disapa sebagai Queen telah mengamatkan majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-97 di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.
Bukan setakat namanya yang unik, tetapi si cantik ini layak digelar ‘beauty with brain’ apabila senarai pencapaianya diumumkan sekaligus mengamatkan seluruh dewan ketika penyerahan skrol kepada graduan yang berjaya menamatkab pengajian berlangsung.
Terima Anugerah Graduan Terbaik Fakulti Dan Anugerah Naib Canselor UiTM
Perkara berkenaan, dimaklumkan oleh Queen sendiri apabila dia memuatnaik satu hantaran video menerusi laman Instagram miliknya, memaparkan dirinya sedang berada diatas pentas dan namanya berserta pencapaian diumumkan sebelum dia berjalan mengambil skrol ijazahnya.
“Penganugerahan ini didahului oleh penerima anugerah graduan terbaik fakulti dan program serta penerima Anugerah Naib Canselor, Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain,” demikian pengumuman yang dibuat oleh pengacara majlis dengan penuh bangga.
Hijabista difahamkan bahawa, Queen merupakan graduan bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM.
Mengulas berhubung pengalaman manisnya pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 22 Ogos lalu, Queen turut menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah atas pencapaian yang dikecapi.
Pernah Rasa Hampir Berputus Asa Dan Menangis! Mama Penguat Semangat
Queen akui dia berasa amat gembira dan tidak menyangka dia berjaya menamatkan pengajian dengan ‘flying colours’ meskipun jalanya tak mudah dna penuh liku serta beronak duri.
“Individu paling saya berterima kasih tentunya mama yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mama berpesan jangan putus asa, teruskan usaha dan sentiasa berfikiran positif.
“Saya pernah menangis ketika belajar, hampir putus asa sebab tak boleh buat kerana rasa susah sangat. Mama kata saya kena fikir positif dan boleh buat. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya,” katanya lapor Mstar.
Sekadar info, gadis manis ini dilahirkan di Pusat Perubatan Queen di Nottingham, United Kingdom sewaktu arwah bapanya menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di negara itu.
Queen menjadikan ibunya sendiri, Haznaidah Mat Zain, sebagai inspirasi kerana dia mengagumi kecekalan dan ketabahan wanita itu yang bergelar ibu tunggal yang berhempas pulas membesarkan serta menitikberatkan pendidikan anak-anak.
Pada masa sama, Queen juga tidak melupakan jasa dan pengorbanan bapanya, Allahyarham Wirakarnain Sani yang meninggal dunia 12 tahun lalu akibat penyakit hati.
Sopan menawan, gaya aktres Cut Syifa terima anugerah SCTV 2024 dalam persalinan dress biru rekaan Dimas Singgih raih pujian peminat.Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab...