Kebanyakan hijabi pasti akan mencuci rambut pada waktu malam kerana kadangkala tidak sempat untuk mencucinya pada waktu pagi dek kerana mengejar waktu mahu ke tempat kerja ataupun ke kelas. Tambahan lagi kalau lewat bangun, manalah sempat nak cuci rambut kan? Rambut tak kering nanti akan menyebabkan kepala berbau pula.
Yang menjadi masalah bila cuci rambut pada waktu malam adalah tertidur awal tanpa sempat mengeringkan rambut. Jangan begitu hijabi. Sebenarnya tidur dengan rambut yang basah tidak baik untuk kesihatan.
Hijabista kongsikan 3 kesannya pada kesihatan sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah.
Keadaan ini akan menyebabkan kelembapan di kepala bertahan lebih lama hingga mempengaruhi peredaran darah pada kulit kepala. Darah menjadi tidak lancar dan akhirnya menyebabkan anda sakit kepala.
Jika anda tidur dalam bilik yang sejuk ditambah dengan rambut yang basah, tubuh akan lebih mudah terkena jangkitan selesema. Ketika tubuh terkena udara sejuk, sistem pembuluh darah pada hidung akan menyempit. Keadaan itu akan mempengaruhi sel darah putih di mana ia akan menjadi lebih lambat untuk melawan infeksi tubuh.
Tidur dengan rambut basah akan membuatkan pori-pori pada kulit kepala dan helaian rambut menjadi lembap serta rapuh kerana ia dibiarkan lembap semalaman. Akhirnya, rambut pun akan menjadi lebih mudah gugur dan rosak.
Bantal merupakan tempat untuk bakteria berkembang kerana ada peluh, kotoran, debu, sel-sel kulit mati dan air liur. Jadi sekiranya anda tidur dengan rambut yang basah, bakteria akan lebih aktif berkembang pada bantal sekali gus meningkatkan risiko infeksi atau iritasi pada kulit kepala.