Malang tidak berbau, disaat rakyat Malaysia ghairah melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam. Satu kemalangan maut telah meragut nyawa pasangan suami isteri di Johor.
Kemalangan itu turut mengakibatkan anak kepada pasangan malang yang berusia tiga tahun patah kaki, selepas kereta yang yang dinaikinya terlibat kemalangan sejurus pasangan itu selesai menjalankan tanggungjawab mengundi.
Hijabista difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kilometer 46, Jalan Johor Bahru-Mersing.
Alza Bertembung Hilux
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora berkata, kemalangan tersebut berlaku pada jam 12.08 tengah hari melibatkan kereta Perodua Alza dinaiki tiga beranak itu dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Hasil siasatan mendapati mangsa yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Skudai, Johor Bahru setelah selesai mengundi di Lok Heng dekat sini.
“Perodua Alza tersebut yang menghala ke Johor Bahru terbabas semasa melalui selekoh dan berpusing di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan menghala ke Mersing.
“Perodua Alza itu kemudian bertembung Toyota Hilux tersebut dalam keadaan jalan basah akibat hujan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya lagi, kecelakaan itu telah meragut dua nyawa iaitu lelaki berusia 37 tahun dan isterinya, berusia 31 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak pasangan itu berusia tiga tahun mengalami patah kaki kanan.
Bagaimanapun, pemandu Toyota Hilux yang berusia 60 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Hussin menjelaskan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Sinar Harian
Artikel Berkaitan: Baby Aqasha Alhaq Yang Tercampak Keluar Kereta Ketika Kemalangan Di Perak Semakin Pulih…Alhamdulillah..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rihanna Kongsi Rutin Penjagaan Kulit Untuk Wajah Bercahaya Sempurna Ketika Mengandung
Isi Kandungan
ToggleRihanna mempunyai salah satu kulit yang paling dicemburui kebanyakkan wanita yang berkulit gelap. Rihanna baru-baru ini mengejutkan industri hiburan apabila gambarnya telah dirakamkan di New York City, di mana Rihanna memulakan debutnya dengan baby bump sambil memakai jaket panjang berwarna merah jambu. Pakaian luarnya yang bersaiz besar dibuka di bahagian bawah untuk menampakkan perutnya yang semakin membesar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Rutin penjagaan kulit Rihanna
Fenty Skin, barisan produk kecantikan Fenty membuka pintu kepada wanita di luar yang mempunyai kulit yang sepertinya untuk kekalkan wajah bercahaya seperti RiRi. Berbadan dua tidak semestinya perlu mengabaikan penjagaan kulit wajah, jom kita semak rutin penjagaan kulit supaya anda kekal bermaya walaupun berbadan dua.
Anda mungkin pernah mendengar istilah “pembersihan dua kali”. Ia adalah teknik yang sering digunakan untuk menanggalkan solekan dengan satu pembersih, kemudian bersihkan kulit dengan yang berasingan sebelum penjagaan kulit tambahan digunakan. Tetapi Fenty Skin Total Cleans’R Remove-It-All Cleanser, katanya, adalah “dua dalam satu.”
Rihana menanggalkan solekan dan membersihkan kulitnya dalam satu laluan. Sama ada anda memakai solekan atau tidak, ia boleh mengeluarkan hanya kotoran dan minyak, atau memecahkan semua kotoran solekan dan menanggalkannya dengan mudah. Dia menggunakan pembersih pagi dan malam dan menambah bahawa ia tidak melucutkan, menjadikan kulit berasa dipelihara dan lembap.
Rawatan tambahan
Rawatan pengelupasan dengan Fenty Skin Pre-Show Glow Instant Retexturizing 10% AHA Treatment + Reusable Applicator yang sarat dengan 10% AHA (asid alfa hidroksi), rooibos, enzim buah-buahan dan ekstrak.
Rangkaian kulit ini membantu mengubah kulit dengan formula pekat yang dibungkus dengan AHA yang membantu mencerahkan, memudarkan rupa bintik-bintik gelap, dan mengurangkan rupa pori-pori sambil meningkatkan kandungan lembapan kulit. Gabungan enzim dan ekstrak buah membantu menjernihkan dan melicinkan. Aplikator boleh guna semula memberikan pengelupasan fizikal yang lembut, menjadikan kulit sangat lembut dan berseri. Mempunyai bauan buah-buahan yang ringan yang diinspirasikan oleh buah delima dan bunga raya.
Kemudian, Rihanna menggunakan toner
Fenty Skin Fat Water Pore-Refining Toner Serum unik kerana ia lebih likat daripada kebanyakan toner, merupakan toner dan serum dalam satu. Rihanna memakainya selepas membersihkan dengan menuangkannya ke tapak tangannya dan menepuknya ke kulitnya, yang meminimumkan sisa dengan menghapuskan keperluan untuk pad kapas. Beberapa bahan yang menonjol ialah niacinamide, ceri Barbados dan bunga kaktus.
Pelembap dengan SPF
Tanggapan terbesar dengan SPF, khususnya, adalah bahawa orang kulit hitam tidak memerlukannya dan sebagai seorang wanita kulit berwarna gelap, Rihanna mengatakan itu adalah satu pembohongan. Fikirkan bahagian badan anda yang terdedah kepada matahari, seperti tangan ketika memandu kereta, sangat terdedah dan ini adalah bahagian badan yang cepat menua. SPF adalah untuk semua orang dan setiap hari.
Pelembap Fenty Skin Hydra Vizor Invisible Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen juga merupakan produk kombo, sebagai pelembap dan pelindung matahari dalam satu. Selain itu, Rihanna memastikan bahawa ia meninggalkan sifar ‘wajah berkapur’ atau bau funky yang berlarutan. “Bagi saya, produk yang paling saya suka berbelanja ialah pelembap. Apa-apa kaitan dengan pelembap,” Sama ada muka atau badan, saya rasa menambahkan kelembapan yang baik pada kulit anda dan mempunyai sesuatu yang anda tahu berkesan dan sangat penting.” (sumber dipercayai)
Penjagaan kulit malam serikan solekan siang hari
Kecantikan wajah haruslah selari dengan penjagaan kulit badan, mujur jenama ini mempunyai set penjagaan lengkap. Lihat sahaja pengasas jenama ini, Rihanna masih mengekalkan kecantikannya walaupun berbadan dua. Hebat bukan!
Untuk Pre-makeup Glow
Kita semua tahu kepentingan menjaga kulit terutama semasa musim perayaan dan majlis rasmi tertentu. Sama ada untuk diri sendiri atau sahabat anda, Fenty Skin mempunyai semua set yang anda perlukan untuk membawa penjagaan kulit harian dan rutin penjagaan badan anda ke peringkat seterusnya.
Set cantik sebelum tidur
Set Fenty Skin The Before-Bed Skincare
Edisi terhad pertama ini akan membuatkan anda mengucapkan selamat malam kepada kulit kusam, kering dan selamat pagi kepada kulit lembap dan gebu. Hanya dalam seminggu, pori-pori dan bintik-bintik gelap juga kelihatan lebih baik. Pastikan bibir anda cantik dengan Pro Kiss’r Luscious Lip Balm, formula super berkrim dan ringan yang melicinkan, melembutkan dan meluncur ke atas bibir untuk menyuburkan dan mengunci kelembapan.
Mini Body Scrub + Moisturizer Essentials
Berikan kulit anda rawatan pantai Barbados musim cuti ini dengan set mini duo mesra perjalanan. Gosok kulit kasar dengan titisan dalam kilauan berkilat yang menghidratkan dengan pasangan sempurna ini, memberikan anda semua yang diperlukan untuk mencapai kulit licin, lembut dan anjal.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Gaya Solekan Rihanna Sepantas 10 Minit, Inspirasi Solekan Percutian Hijabi Kaki Travel.
Rihanna Tetap bersolek
Bukan mudah untuk kekal wajah segar dan berseri ketika mengandung, kerana alahan dan beberapa simptom yang merubah rutin kecantikan anda, cuba jangan tinggallkan wajah tanpa secalit mekap. Mujur rangkaian solekan Fenty Beauty tidak memerlukan anda solekan berat, cukup hanya sapuan yang memberi wajah anda warna kesegaran sepanjang hari.
Fenty Beauty Bomb Posse Eyeshadow Palette (Edisi Terhad)
Palet ini menampilkan pelbagai rupa untuk semua warna kulit. Daripada penampilan harian yang halus kepada glam yang menarik perhatian. Ia padat dengan kemasan matte, berkilauan dan metalik yang sarat dengan warna yang kaya, licin dan boleh dicampur. Selain itu, ia mempunyai formula tahan lama dan tahan lipatan.
Diamond Bomb Triple Drip All-Over Diamond Veil Palette
Diamond Bomb Triple Drip membolehkan anda menikmati tiga warna pastel yang paling kami gemari, diimaginasikan semula menjadi tiga warna penyerlah wajah untuk kemasan serba glitz tanpa berpasir yang kelihatan luar biasa pada semua warna kulit.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lama Tak Dengar Khabar Terbaru Arni Nazira, Netizen Puji Dua Puterinya Secantik Diri Pelantun Lagu Cinta Antara Benua
Rasanya masih terngiang-ngiang di telinga lagu Cinta Antara Benua dendangan penyanyi Arni Nazira. Terus terbayang kelembutan wajah penyanyi ini yang pernah mencipta nama seketika dalam bidang seni. Biarpun sudah meninggalkan bidang seni, namun peminat masih tetap mengikuti perkembangan beliau yang semakin ayu sejak berhijab. Bukan sahaja dia yang menjadi tumpuan, tetapi juga dua anak gadis hasil perkahwinan terdahulu.
Syawal 1439H #selamathariraya #maafzahirbatin #family #friends ?
A post shared by Arni Nazira Anuar (@arninazira) on
Jika dilihat melalui instagram Arni sendiri, walaupun tidak banyak muat turut foto bersama dua anak gadisnya itu, tetapi dapat dilihat perkembangan diri mereka yang semakin cantik apabila mengenakan hijab.
Malah foto yang dimuat turun ketika Syawal lalu turut mengundang pujian daripada netizen. Masing-masing bertanya apakah itu anak-anaknya dan Arni menjawab memang kedua-duanya adalah anak beliau.
sitirafeahnoor Cantiknya sis arni nazira.. Suka Sgt tgk.
yyusnita3 X pnh x cantik @arninazira
rosiejmalang ttp cantik @arninazira… anak2 pun cantik2
_kaklongshop Arni,masih mcm dulu,tu ank dara awak ke tu,cantik.mcm mak dia juga
Ternyata kedua-dua anak gadisnya itu, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha sudah semakin meningkat dewasa dan cantik seperti ibunya.
Selain itu, Arni juga turut mempunyai tiga lagi anak hasil perkahwinan kali keduanya. Biarpun tidak aktif tetapi ada kalanya terlihat juga kelibatnya menghadiri beberapa majlis membabitkan rakan artis lain.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARNI NAZIRA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nuha Bahrin Akui Terkesan Video Nyanyian Lama Kembali Tular, -“Awak Sebenarnya Sudah Mengguriskan Hati Ibu Saya”
Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Keluarga turut terkesan
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Sumber: Utusan, Gempak dan Instagram Nuha Bahrin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI