Pasangan Raikan Perlantikan DSAI Sebagai PM10 Di Atas Pesawat Bersama Sate

Share

Pelbagai ragam rakyat yang dapat kita lihat sewaktu menanti pengumuman siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Ada juga yang meraikan pentauliahan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perlantikan itu dengan keadaan yang berbeza dari rata-rata orang.

Begitulah kisah kedua pasangan ini yang meraikan perlantikan DSAI sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam penerbangan. Cara mereka terima maklumat juga unik dan meraih perhatian orang ramai atas perkongsian mereka itu.

Artikel berkaitan: Lelaki Ini ‘Bongkar’ Nasi Ayam Kunyit DSAI Dah Beri ‘Isyarat’ Sebagai PM10

Tahu keputusan Perdana Menteri ke-10 dengan cara yang unik!

Sumber TikTok Rnrmzi

Berlainan buat Nur Hazreen Mohd Ramzi meraikan detik bersejarah bersama suami tercinta, Muhammad Afiq Faisal Shamsuri sewaktu penerbangan mereka dari India balik ke Malaysia.

Ditemu bual oleh mStar, mereka menjelaskan ketika itu masih lagi samar mengenai keputusan PM10 yang menjadi tanda tanya orang ramai. Mereka yang berada di India juga dapat rasakan debaran itu meski pun berjauhan di sana.

“Suami saya ada night stopi tiga hari dekat Delhi jadi dia ajak ikut bersama. Biasanya jarang saya ikut tambah-tambah lagi kalau penerbangan ke luar negara. Tapi kali ini saya ikut suami ke India,

“Masa itu Malaysia tiada PM lagi. Jadi suami masih tak senang duduk selagi belum tahu siapa PM baharu,

“Sehinggakan masa dalam perjalanan balik masih tak ada keputusan. Saya minta supaya dia bersabar.” katanya.

Penantian mereka berakhir apabila DSAI kini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Apa yang uniknya, mesej yang mereka terima mengenai berita itu disampaikan melalui sistem pautan data digital dalam bentuk mesej ringkas antara pesawat.

Sumber TikTok Rnrmzi

Khabar berita itu cukup menggembirakan Reen bersama suaminya yang merupakan salah seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan serta anak kapal yang lain di dalam pesawat ketika mereka sedang melintasi ruang udara Andaman Sea, Myanmar.

Sumber TikTok Rnrmzi

“Kami tak jangka pula akan dapat keputusan masa dalam flight. Suami ada bertanya beberapa controllers Pusat Dispatch Operasi (ODC) yang jaga laluan udara menggunakan ACARS (alat komunikasi dan sistem pelaporan tenatng kondisi pesawat),

“Salah seorang daripada mereka membalas dengan PM10-DSAI,

“Waktu itu suami saya tengah rehat untuk ke tandas, dia setkan mod auto pilot. Lepas itu, dapat tahu sahaja terus dia beritahu saya. Dia tunjuk video rakaman yang dia tanya ODC itu,

“Kami pun sambut kegembiraan itu dengan makan sate dalam flight. Saya tenfok muka suami ceria betul sampai tak boleh sorok.” katanya lagi.

Alhamdulillah, meski pun berjauhan dari Malaysia, Reen dan suami dapat mengetahui juga mengenai perkembangan yang berlaku di dalam negara. Semoga Malaysia lebih maju dalam masa akan datang!

@rnrmzi To DSAI, even kat atas awan, we celebrate you Sir. Congrats 🌸 ! @anwaribrahimofficial #fyp ♬ suara asli – Mursiah Memey

 Artikel berkaitan: Dapat Berjumpa Dua Kali, Farid Kamil Bangga Bawa Watak DSAI

Sumber: mStar

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee