Pasangan Instafamous Sah Kahwin, Tapi Mak Pengantin Perempuan Dipuji Netizen Sama Cantik Macam Anaknya

Share

Minggu lepas menyaksikan pasangan Instafamous Natasya Nazreen dan Asyraff Mazlan selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja. Majlis berlangsung cukup meriah di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu Kelantan.

Pasangan ini sebelum itu telah mengikat tali pertunangan selama 9 bulan sebelum mengakhirinya sempena cuti sambutan Aidil Adha lalu.

Dan setiap kali adanya majlis perkahwinan, appa yang menarik perhatian adalah persalinan kedua mempelai terutama ratu sehari.

Untuk majlis akad nikah, pengantin perempuan, Natasya mengenakan persalinan busana moden rona coklat. Dengan hijab dan layah rona senada menjadikan penampilan instafamous ini mencuri tumpuan netizen. Wajahnya juga dirias cantik oleh jurusolek kegemaran, Erin Lola.

Sebaik di muat naik beberapa keping foto di majlis pernikahan, ramai memuji kecantikan Natasya lebih-lebih lagi apabila bergambar bersama ibu kesayangannya. Kedua-duanya dikatakan sama-sama cantik, malah penampilan mereka juga seperti adik dan kakak.

lizarissa_adam Cantiknya lahai maknye

farahhhhhhhhhh.h No wonder lah anak cantik giloss. Ummi pon duh tak telan dek usia

nsyammi_ mcm adik kakak je

mdm_pistachio ummi napok mudo lgi..igt kn kakak

nrlhdyhrsd Supo adik bradik dgn umi

emma_aqlima Like mother like daughter …sma2 cntikkk

Hubungan Natasya juga dilihat begitu rapat dengan ibunya. Dalam kapsyen statusnya, dia menganggap bahawa ibunya yang dipanggil Ummi ini sebagai kawan baiknya. Dan turut berterima kasih kerana membesarkan dirinya dan menjadi ibu yang baik.

Ummi, terima kasih kerana membesarkan kakak dengan baik. Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang baik.
.
Ummi lah best friend kakak, tempat kakak mengadu dan orang yang selalu back up i?
.
walaupun lepas ni kakak dah ada kehidupan baru, tapi Ummi tetap no satu. i love you and always do

Untuk majlis resepsi pula, keduanya tampil menawa dalam busana moden. Jika Natasya menggayakan dress rona putih, pasangannya pula memilih persalinan baju Kot rona gelap.

Keduanya yang popular di media sosial ini tidak terlepas menerima ucapan tahniah dari follower masing-masing yang mendoakan mereka bahagia till jannah.

bykakmek 

Congratulations. Cantik sng

shukrina._ fav love birds

norazakh30 Tahniah..sm cntik sm padan..Semoga bahagia kekal hingga ke jannah..Aamiin

ain_ruz Cantiknyaa dik. Moga kekal bahagia hingga syurga

cik_suezainal Tahniah kak @natasyanazreen dan suami..moga bahagia hingga ke jannah..insyallah..amin3

FOTO LAIN DI MAJLIS PERKAHWINAN NATASYA & ASHRAFF:

1. bykakmek Perfect pretty

2. raifana.mk Cantiknya pengantin. Mmg deboom makeup kak erin

3. intanshafinasaid So cantikkkk

4. syf_aynie So sweeet

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NATASYA NAZREEN, ASYRAFF MAZLAN & ERIN LOLA

 

Published by
Siti Zurina