Minggu lepas menyaksikan pasangan Instafamous Natasya Nazreen dan Asyraff Mazlan selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja. Majlis berlangsung cukup meriah di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu Kelantan.
Pasangan ini sebelum itu telah mengikat tali pertunangan selama 9 bulan sebelum mengakhirinya sempena cuti sambutan Aidil Adha lalu.
Dan setiap kali adanya majlis perkahwinan, appa yang menarik perhatian adalah persalinan kedua mempelai terutama ratu sehari.
Untuk majlis akad nikah, pengantin perempuan, Natasya mengenakan persalinan busana moden rona coklat. Dengan hijab dan layah rona senada menjadikan penampilan instafamous ini mencuri tumpuan netizen. Wajahnya juga dirias cantik oleh jurusolek kegemaran, Erin Lola.
Sebaik di muat naik beberapa keping foto di majlis pernikahan, ramai memuji kecantikan Natasya lebih-lebih lagi apabila bergambar bersama ibu kesayangannya. Kedua-duanya dikatakan sama-sama cantik, malah penampilan mereka juga seperti adik dan kakak.
Hubungan Natasya juga dilihat begitu rapat dengan ibunya. Dalam kapsyen statusnya, dia menganggap bahawa ibunya yang dipanggil Ummi ini sebagai kawan baiknya. Dan turut berterima kasih kerana membesarkan dirinya dan menjadi ibu yang baik.
Ummi, terima kasih kerana membesarkan kakak dengan baik. Terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang baik. . Ummi lah best friend kakak, tempat kakak mengadu dan orang yang selalu back up i? . walaupun lepas ni kakak dah ada kehidupan baru, tapi Ummi tetap no satu. i love you and always do
Untuk majlis resepsi pula, keduanya tampil menawa dalam busana moden. Jika Natasya menggayakan dress rona putih, pasangannya pula memilih persalinan baju Kot rona gelap.
Keduanya yang popular di media sosial ini tidak terlepas menerima ucapan tahniah dari follower masing-masing yang mendoakan mereka bahagia till jannah.
Tampil dengan memakai niqab pada majlis ilmu tempoh hari, pelakon Aprena Manrose terima pujian dari orang ramai. Namun, Aprena cuba untuk menjelaskan bahawa penampilannya belum sampai ke tahap itu bagi menjawab dakwaan orang ramai.
Meski pun begitu, Aprena akui dia masih dalam proses untuk mempelajari agama ini sebaik-baiknya. Ramai jua yang mendoakan atas percubaannya untuk menutup aurat dan semoga dia kekal istiqamah.
Masih belajar dan cuba-cuba sahaja
Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, terima banyak pujian apabila dia muncul ke majlis agama baru-baru ini dengan berniqab. Ramai yang terkejut dan mendakwa Aprena sudah mula berniqab meski pun dia belum lagi membuat keputusan tersebut.
Namun, pelakon yang berasal dari Kelantan itu mengucapkan terima kasih atas semua yang sudi menitipkan doa buatnya untuk mencuba dengan penampilan tersebut. Dia tidak menafikan bahawa masih dalam proses untuk belajar dalam mendidik diri menjadi muslimah sebenar juga mendalami agama dengan sebetulnya.
Menerusi temubual bersama Kosmo! Online, Aprena menjelaskan lagi perkara ini khuatir ada yang salah anggap. Tambahan pula, dia sempat mengucapkan rasa terharu oleh kerana ramai yang memuji dan mengeluarkan kata-kata semangat dari mengeji penampilannya.
“Terima kasih atas doa yang di beri tetapi saya masih lagi belum berniqab sepenuhnya. Berpakaian begitu kerana belajar ilmu agama,
“Masih belajar dan hanya cuba-cuba sahaja, teruskan doa yang baik-baik,” katanya.
Perbualan mengenai perubahan imejnya yang mula berniqab terjadi apabila ada berlaku salah faham oleh kerana kemunculannya di sebuah majlis agama.
“Foto tersebut di ambil ketika saya ke sebuah majlis agama. Mungkin ada yang salah faham tetapi doakanlah saya berubah ke arah itu.
“Bagusnya ialah ramai mendoakan dan ada menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama yang saya pergi.
“Saya sangat terharu dengan respons ramai dan berharap mereka terus doakan saya kekal istiqamah melakukan benda baik insya-Allah,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, telah tular foto dan videonya yang menggayakan pakaian sopan bertutup dan berniqab dalam persalinan berwarna hitam melalui aplikasi TikTok. Perkara tersebut meraih ramai pujian warganet dan juga mendoakan yang baik-baik buatnya.
Titipan doa dan pujian semoga istiqamah dengan penampilan
Apabila melihat reaksi warganet di sosial media, ramai yang memuji tentang keterampilan yang menggayakan niqab itu. Walaupun dia menidakkan imejnya yang di dakwa memakai niqab sepenuhnya dan hanya sekadar untuk pergi ke majlis ilmu, titipan doa tetap di berikan oleh semua.
“Masa I preggy duka tengok muka you kadang-kadang ulang tengok story ke video dekat TikTok! Sampai anak I pun ikut dagu terbelah macam you,
“Alhamdulillah muslimah sejati insya-Allah,
“Terima kasih kerana menjadikan perjalanan hijrah saya lebih bermakna,
“Tak minta banyak cuma nak perempuan zaman sekarang macam ini sahaja.” begitulah komen-komen yang di berikan oleh warganet terhadap penampilan Aprena.
Apa-apa pun kami dari Hijabista turut merasakan imej Aprena menjadi inspirasi buat mereka di luar sana supaya istiqamah dalam permulaan penghijrahan. Semoga kita kekal mengenali dan ingin mempelajari lebih banyak tentang ilmu agama.
Selebriti yang digemari di serantau Indonesia ini, seringkali diidolakan dengan cara pemakaiannya yang cukup sopan dan tetap bergaya. Laudya Cynthia menjadi ikon inspirasi bukan sahaja di Indonesia, lihat sahaja cara beliau bertutur sungguh menyenangkan.
Figura cantik ini mahu mengilhamkan rekaan baju yang tidak mengikut bentuk badan yang mempunyai gaya gadis seberang. Beliau betul-betul berubah setelah menjadi isteri kepada Engku Emran, penampilan gaya sopan dan bertudung melepasi dada adalah keselesaanya buat masa ini dan insyallah selamanya.
“Alhamdulilah sekarang saya tidak lagi rasa selesa memakai baju yang ‘bodyfit’ atau mengikut bentuk badan.
“Ada juga yang bertanya kenapa tidak ada koleksi baju kecil yang mengikut bentuk badan. Tapi sebenarnya saya sendiri sangat selesa dengan baju longgar jadi bagaimana mahu menjual baju yang ‘bodyfit’,” ujarnya yang turut mendapat sokongan suami tercinta, Engku Emran.
Menurut Bella lagi, suaminya itu tidak menolak idea yang dikemukakan Bella sebaliknya menasihati.
“Suami pesan jika ingin mendapatkan pahala apabila ramai orang yang akan memakai baju yang kamu reka nanti. Pastikan baju berkenaan harus disesuaikan dengan syariat islam.
“Alhamdulilah dengan dorongan dari mertua, suami dan sokongan peminat rezeki saya mencurah-curah dan saya tidak mahu mereka mengikuti saya dengan stail yang akan menambah lagi dosa saya.”
“Mungkin dengan ini saya dengan perlahan-lahan akan berhenti untuk memakai seluar mengikut pinggul yang boleh menampakkan susuk tubuh,” tambahnya lagi.
Sementara itu, ibu mertuanya juga turut memberi pesanan kepada Bella jika mahu menjadi Muslimah yang baik, wajib memakai skirt berbanding seluar kerana seluar itu lebih menyerupai lelaki.
Menolak Dengan Baik Permintaan Produksi
Tidak melepaskan pesanan mertuanya berlalu begitu sahaja Bella terus istiqomah dengan menolak permintaan produksi yang ingin dia menggayakan pakaian mengikut bentuk badan.
Malah Bella sendiri membuat permintaan agar pakaiannya juga biarlah rekaannya besar dari tubuh.
Dalam pada itu, Bella yakin dengan ketentuan rezeki yang ada dan tidak akan berkurangnya rezeki Allah SWT. sekiranya dia menolak permintaan sebegitu.
Tetapi sekiranya sebelum ini dia telah mengikat kontrak bersama, tanggung jawab berkenaan akan dilunaskan mengikut permintaan
Momen Perjalanan Ketika Travel Inspirasi L by LCB
Pada majlis serba ringkas dan indah ini, pelancaran L by LCB di mana setiap hijab yang direka mempunyai inspirasi tersendiri iaitu idea yang tercetus ketika Bella sendiri melancong ke luar negara.
Momen dan perjalanan ketika travel adalah satu perasaan yang senang bagi Bella untuk diilhamkan dalam setiap rekaan tudungnya.
Bergerak secara pasaran di atas talian, Bella melangkah ke setapak lagi pertama kalinya Bella membuka fizikal stor yang menjual semua barangan di atas label L by LCB.
Fizikal stor yang di buka pertama di Robinson dan seterusnya di Publika Kuala Lumpur sekitar lima bulan lalu di atas permintaan ramai dan setelah menetap terus di Malaysia.
Tidak Meletakkan Sasaran Atau Kelas Tersendiri
Populariti yang dimiliki sebagai pelakon, Bella tidak meletakkan standard untuk mereka memiliki hijabnya.
Bagi Bella sesiapa sahaja mampu memilikinya walaupun fizikal stor L by LCB ini terletak di Robinson mahupun Publika Kuala Lumpur.
Bezanya kedua-dua stor ialah Robinson mempunyai pelanggan yang memang mahu membeli belah manakala Publika ramai yang mengunjunginya kerana tempat ini lebih santai dan strategik.
Selain daripada koleksi hijab, Bella juga mengeluarkan baju RTW, persediaan umrah, LBroochSwarovski dan yang menariknya kek chees Bandung Makuta yang segar dan sedap dari Bandung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hijabi masa kini perlu bijak memilih produk kecantikan yang berlambak dijual di pasaran supaya tidak mudah terjebak dengan barangan yang tidak selamat. Memilih masker yang berfungsi dua dalam satu adalah sebagai salah satu langkah yang bijak dan jimat.
Melalui entri di laman sosial facebook Herry Rozular, berkongsi cara menggunakan masker dua fungsi dan admin tertarik untuk berkongsi 11 masker untuk kegunaan hijabi. Jom semak kelebihan 11 masker ini.
1. Feeling Beautiful Apple Cider Vinegar 4-in-1 Foaming Clay Mask
Produk Ini:
Pembersih muka bertindak sebagai skrub dan mask.
Produk Bertindak:
Ia masker, skrub, pembersih, dan toner dalam satu.
Bahan Utama:
Cuka cider epal (cerah); tanah liat bentonit (menyerap minyak); pumice (exfoliates)
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Ia pembersih berwarna merah jambu, berkrim dengan bau permen yang kuat yang memungkiri betapa lembutnya rasa pada kulit.
“Scrub + mask. Maksudnya sebelum pakai yang ni tidak perlu skrub dahulu pakai apa-apa skrub lain. Jimat masa lah. Cara nak pakai, basahkan dulu muka. Selepas itu aplikasikan sedikit skrub sambil mengosok ke muka dan biar 3-5 minit selepas itu baru bilas. This one all skin types boleh pakai ya. Produk ini boleh purifies dan kurang minyak dipermukaan kulit.”
2. Golden Grain Brightening Mask
Produk Ini:
Masker Gel.
Produk Bertindak:
Gel Illuminating dengan Bijian Emas semula jadi membantu mengangkat tahap lembapan untuk kulit. Manfaat kulit triple vitamin C dikenali membantu kawalan pembentukan tempat gelap dan cerah. Sesuai untuk kulit yang kering dan tidak diuji ke atas manusia.
Bahan Utama:
Bijirin Emas, Vitamin C, Ekstrak Kelapa ; tidak diuji ka atas haiwan
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Kaya dengan gel (gliter) dan apabila disapukan di muka terasa dingin / Masker ini tidak mengering dan seharusnya bilas selepas 5 hingga10 minit / Aroma segar .
“This one if skin sunburn, ada dark spot, then ambil yang ini. Dia bentuk gel ye. Cuci muka bersih-bersih atau lepas mandi, kemudian keringkan muka. Sapukan sahaja ke muka kemudian bilas lepas biarkan 5 – 10 minit di muka. kandungan vitamin C boleh firmkn kulit jugak ye.”
3. Green Tea + Orange Blossom Peel Off Mask
Produk Ini:
Masker Penglupasan.
Produk Bertindak:
Membantu memperbaiki bintik gelap kembali berseri.
Bahan Utama:
Ekstrak Bunga Asam Ascorbic Niacinamide Saccharum Officinarum (Sugar Cane) Ekstrak Citrus Medica Limonum (Lemon) Buah Ekstrak Pyrus Malus (Apple) Ekstrak Ekstrak Daun Camellia Sinensis (Teh Hijau).
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Gel lut sinar yang segar/Aroma herba ringan.
“This one for normal n combination skin boleh pakai. Boleh refines kita punya pores dan tolong improve kita punya dark spot. Yang ni juga boleh cerahkan skin ye.”
4. Cucumber + Pink Salt Clay Mask
Produk Ini:
Masker Detok
Produk Bertindak:
Meremajakan, mengelupas dan membersihkan kulit dengan ekstrak Timun dan garam merah Himalaya. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Sensasi segar/Aroma segar hirisan timun.
“Clay mask sesuai untuk semua jenis kulit. Bila cakap all skin types jadi tak kira la kering atau berminyak, memang boleh pakai. Yang ni untuk detok kulit dan pores kita untuk pembaharui kulit.”
5. Dead Sea Minerals Clay Mask
Produk Ini:
Merawat dan merehatkan kulit.
Produk Bertindak:
Mineral laut mati dan garam laut menambah dan mengimbangi kelembapan sambil membersihkan liang tersumbat.
Bahan Utama:
Garam laut Kaolin
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Seperti warna tanah kebiruan / berbau segar
“Yang ni pun sama dalam bentuk clay mask n boleh pakai utk semua jenis kulit. Yang ni katanya boleh balancekan kelembapan kulit kita dan Lavender & Bergamot boleh lembutkan kulit. Yangg kulit kasar tu ha this one.”
6. Avocado + Oatmeal Clay Mask
Produk Ini:
Menyuburkan dan membersihkan
Produk Bertindak:
Tanah liat kaya menyelam jauh untuk membersihkan kotoran dan minyak dari liang-liang. Kulit kelihatan dan dirasakan bersih dan lembut untuk disentuh. Sesuai untuk kulit kombinasi biasa.
Bahan Utama:
Vitamin E yang kaya nutrien, Avocado dan Oatmeal .
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Produk ini meninggalkan kekeringan yang sangat sedikit di wajah /rasa yang segar/ bau yang menyenangkan.
“Yang ni khas utk cuci jauh ke dalam pores ! Yg rasa pores tersumbat dan tak sihat tu, ambik yang ni yea. Avocado, Oatmeal n Vitamin E dalam ni boleh buat skin lembap dan lembut.”
7. Charcoal + Blacksugar Gel mask + Scrub
Produk ini:
Topeng mengklarifikasi mengelupas
Produk Bertindak:
Mengelupas, memurnikan, dan melembutkan kulit.Sesuai untuk semua jenis kulit.
Bahan Utama:
Arang yang diaktifkan (membersihkan); gula (exfoliates).
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Pekat hitam yang tebal dan licin mempunyai aroma yang manis dan terasa hangat pada kulit.
“Yang ni utk detok kan pores dan exfoliate. So sama ye if dah pakai, takyah scrub dah. Dah include skali. Yang ni all skin types boleh pakai. Yang betul-betul rasa pores dia kotor, ambik yangg ni sebab charcoal ni mmg terkenal untuk cuci pores ke dalam.”
8. Cucumber Gel Mask
Produk Ini:
Topeng mengklarifikasi pengelupasan
Produk Bertindak:
Kulit kelihatan segar tetapi hasilnya hanya bersifat sementara; tidak bertahan lebih daripada sejam. Oleh itu, mask ini hanya boleh merawat untuk kulit yang letih untuk berehat dan bernafas secara percuma,
Bahan Utama:
Ekstrak Cucumber, Chamomile, Vitamin A.
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Lembut mengupas kekotoran sementara dengan haruman ekstrak Timun terang meninggalkan kulit licin. Sesuai untuk kulit kombinasi biasa.
“Yang ni utk normal dan kulit kombinasi. Kalau kulit kusam dan kasar go with this one. Cucumber dan Aloe dalam ni akan pastikan skin soft dan smooth!”
9. Mint + Lemon Clay Mask
Produk ini:
Penghapus jerawat.
Produk Bertindak:
Topeng tanah liat sejuk lemon ini memberikan kelegaan daripada keradangan yang disebabkan oleh jerawat.
Bahan Utama:
Ekstrak Mint, ekstrak lemon dan Kaolin Clay.
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Tanah liat menyerap minyak untuk mengurangkan bersinar dan liang besar. Mint dan Lemon sejuk dan menyegarkan. Sesuai untuk kulit rawan dan kulit berminyak.
“Skin oily teruk ambik yang ni ! Breakout dan open pores pun boleh yang ni. Skin type : Oily dan breakout ! Digalakkan!”
10. Pomegranate Peel Off Mask!
Produk ini:
Mengawal radikal bebas dan tekanan alam sekitar
Produk Bertindak:
Topeng yang disemai Delima ini perlahan-lahan membersihkan kotoran dan minyak berlebihan dari kulit untuk permukaan yang lebih bersih dan halus
Bahan Utama:
Delima, Vitamin A dan E, Campuran antioxidant: Goji, Delima, Mangosteen, Noni, Acai, Mango, Cranberry, Blueberry.
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Menjadikan kulit saya sangat sejuk dan segar. Bersifat gel.
“Yang ni untuk protect skin dari radikal bebas dan gently cuci pores untuk skin bersih. This one also all skin types boleh pakai. Tkde masalah apa jenis type pun ya.”
11. Diamond Mineral Clay Mask + Scrub
Produk ini:
penghidratan / pelembab
Produk Bertindak:
Ekstrak Sparkleberry antioksidan membantu melawan serangan alam sekitar untuk meningkatkan rupa dan rasa kulit dari masa ke masa. Pembersih topeng unik yang bersih untuk kemasan yang sangat tahan lama dan hebat.
Bahan Utama:
Serbuk Diamond, Ekstra buah-buahan
Bagaimana Rupa / Rasa / Bau:
Menyegarkan dan Bau produk itu adalah gabungan yang bersih & sedikit buah.
“If skin kusam, parut, ambik yg ni ya. Ni dah asa scrub n mask jugak. Cara pakai, cuci muka then keringkan pastu pakai je n biar 5 10 minit. Pastu bilas.”
Sumber: Facebook Herry Rozular
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...