Pasangan Instafamous Ini Pilih Tema Biru Di Majlis Pertunangan. Netizen Puji Cantik & Doakan Bahagia Till Jannah

Share

Dewasa ini, rata-rata hijabi mahukan majlis merai hari bahagia cukup sempurna untuk dikenang seumur hidup. Bukan sahaja di majlis perkahwinan, tetapi juga pertunangan. seperti perkongsian pasangan instafamous ini yang tampil begitu cantik menggayakan persalinan rona biru di majlis pertunangan mereka.

Gambar yang dikongsi menjadi viral kerana keindahan majlis itu dengan padanan warna biru yang cukup memikat hati.

Majlis pertunangan antara Natasya Nazreen dan pasangannya Asyraff Mazlan ini di adakan di sebuah hotel di Kota Bharu dengan dihadiri sanak saudara serta teman-teman rapat pasangan ini.

Biarpun hanya majlis pertunangan, tetapi kemeriahannya seperti majlis perkahwinan. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama popular di media sosial. Justeru tidak hairanlah majlis pertunangan ini mendapat perhatian netizen.

Dalam majlis itu Natasya Nazreen tampil ayu menyarung dress rona biru yang dipadankan dengan penggayaan hijab bawal juga dari rona sedondon.

Sementara itu pasangannya Asfraff Mazlan juga segak dalam pakaian baju Melayu lengkap songkok dan samping juga dari rona yang sama.

Follower kedua-dua instafamous ini turut mengucapkan tahniah dan mengharapkan pasangan ini kekal bahagia till jannah.

sialekchin Congratulations! I like to see you both! Such a lovely couple. Wishing you both have a sweet and happy married life! (soon) 

dijamludbaalial akhir nya awk bertunang juga @natasyanazreen dn @asyraffmazlan …couple sempoiii giler..moga kekal hingga ke pelamin dan jannah my all dear 

rosmahaini Tahniah….semoga dpermudahkan sehingga kejinjang pelamin ….aamiin. 

rabiatulhazwanie Tahniah @natasyanazreen ..semoga sampai ke jinjang pelamin..Aaminn

Lagi Foto-foto Menarik:

#1. miss_eema tahniah tasha

#2. fa.rah6866 Cntiknyaaa

#3. irisyune Beautiful so beautiful

#4. aieshaaiziah nice

#5. puterikelate tahniah si cantik..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NATASYA NAZREEN & ASYRAFF MAZLAN

Published by
Siti Zurina