Pasangan Ini TEKAD Sama-Sama Turunkan BERAT Badan & Hasilnya Mengagumkan. Ini Rahsia Menu DIET Mereka!

Share

Biasanya usaha untuk menurunkan berat badan hanya berlaku pada sebelah pihak sahaja. Dan kaum wanita memang paling teruja untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan pelbagai cara. Tetapi perkongsian Rabiatul Yusuf dari Kelab Diet Kalori (Malaysia) di mana dia suami isteri yang sama-sama berazam untuk menguruskan berat badan.

Sama-sama berazam untuk mendapat berat badan ideal.

Diet dilakukan bermula Julai 2016 dan daripada tempoh itu kedua-duanya berjaya mendapat berat badan ideal

. Bagi si isteri, dari berat 105 kilogram berjaya menurunkan sehingga 67 kilogram. manakala suaminya pula dari 90 kilogram berjaya mendapat berat 60 kilogram.
Perubahan cukup menakjubkan.

Apa yang dilakukan pasangan ini hanyalah dari segi menjaga diet pemakanan dengan begitu berdisiplin. Menurutnya tidak kisah jika berat turun sedikit tetapi dalam tempoh setahun akan nampak hasil yang tidak mengecewakan. Dia juga turut menyarankan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih mudah jika dilakukan bersama pasangan.

Tidak mudah putus asa.

Ikuti perkongsian menu diet pasangan suami isteri ini. Admin memang salute melihat kesungguhan dan hasil yang ditunjukkan terutama isteri. Memang kelihatan perubahan cukup ketara.

Hai semua

Hari ni nak share sikit tentang perjalanan diet saya suami isteri

Tarikh start : july 2016

 Permulaan diet just control makan dan totally cut air manis.Setiap pagi jalan kaki lebih kurang 8-10 km.

Pada saya proses turunkan berat badan lebih mudah jika kita buat bersama partner ( husband /wife), (kawan baik), (ibu /anak) sebab boleh motivate each other

Yang paling penting sekali jangan give up walaupun berat kita turun sikit sangat.Macam saya average turun dlm 3 kg je per month.Hari ni kita gagal esok kita try lebih baik.Dalam setahun InshaAllah boleh nampak hasilnya.Memang lama, sebab kita kalau boleh esok jugak nk kurus betul tak hehe

Cara makan saya :

Pagi : makan buah/ scramble egg/oat

Tengahari : nasi campur/subway/Kenny rogers/pasta

Malam : buah/ roti peanut butter

Air +/- 3 litre

Snacking : greek yogurt/ nuts

 Diet kalori memang the best sebab takde istilah cheating kan..pandai2 lah adjust kalori makanan sendiri..

Saya belum achieve target lagi sebab nak berat 48 kg.Husband dah achieve

Sekian sahaja perkongsian dari saya.Harap bermanfaat

Published by
Siti Zurina