Siapa yang suka dengan parut yang ada pada kulit terutamanya di bahagian wajah? Ia menjejaskan seluruh penampilan dan juga mengurangkan keyakinan diri.
Kesan parut akibat jerawat, luka dan sebagainya memang sukar untuk dihilangkan. Usah bimbang kerana kami akan kongsikan kepada anda lima cara tradisional ini yang mampu untuk mengatasi masalah parut pada kulit anda dengan segera.
Untuk cara yang pertama ini, anda harus menyediakan asam jawa. Sangai atau goreng ia tanpa minyak selama lima minit. Biarkan ia sejuk seketika dan kemudian geserkan pada batu atau permukaan yang kasar untuk mengeluarkan serbuknya. Ambil serbuk tersebut dan titiskan sedikit air lalu sapukan pada bahagian yang berparut.
Cara kedua pula, sediakan beberapa keping kulit kayu manis. Tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk. Titiskan dengan sedikit air dan kemudian sapukan pada bahagian yang berparut atau bintik hitam pada wajah.
Cara 3:
Seterusnya, ramas asam jawa dengan sedikit air (jangan terlalu cair). Sapukan ia pada bahagian yang berparut dan biarkan ia hingga kering.
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan bawang putih. Tumbuk halus kesemuanya. Titiskan dengan sedikit air dan kemudian sapukan pada parut sambil digosok perlahan. Biarkan ia hingga kering sebelum dibilas bersih.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ada apa dengan sehelai kardigan? Bukan hanya sebagai sebuah metafora untuk memberi keselesaan pada tubuh badan di kala dingin, malah ia lebih dari itu!
Hari ini, terlalu banyak jenis rekaan kardigan yang dijual di pasaran. Dari segi potongan, warna, fungsi dan juga fabrik, ia menjadikan pilihan kardigan lebih menarik dan ‘rambang mata’. Untuk mencipta stail anda yang lebih moden, apa kata anda cuba gayakan kardigan ini dengan pilihan stail dari team Hijabista! Selamat mencuba!
Bukan sahaja dapat menjadikan gaya anda lebih bonus dan moden, malah penggayaan tali pinggang juga menjadikan anda tampak lebih kurus dan menawan. Usah pilih tali pinggang yang terlalu tebal, tetapi cukup sekadar jelas dilihat sebagai aksesori tambahan untuk menaikkan seri aura anda!
2. Stail berlapis
“Tak panas ke pakai berlapis-lapis ni?”
Pasti anda risau kala ingin menggayakan stail sebegini. Ah! Hiraukan pandangan mereka asalkan anda tampil yakin dan bergaya saat melakukan aktiviti anda. Apa yang penting, pastikan tidak menyarung helaian yang menggunakan fabrik yang terlalu tebal. Gaya berpakaian layers ini juga sesuai untuk anda yang bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin! Stail ini bukan sahaja memberi kepanasan pada tubuh badan malah membuatkan penampilan anda lebih bergaya!
Triknya, pilih rona kardigan yang tidak begitu terang dan juga kosong dan padankan dengan helaian dalam yang bercorak ataupun warnanya yang lebih terang dari kardigan! Pasti edgy dan fashionable!
Pasti ramai yang tidak tahu mengenai trik ini! Bagi anda yang ingin tampak tinggi dan ramping, sarungkan saja potongan kardigan yang lebih panjang! Ini mampu memberi ‘muslihat’ untuk kelihatan tinggi dan kaki lebih panjang! Malah, stail ini juga lebih bersahaja namun mewah bila kena dengan suai padannya!
Anda boleh gayakan bersama kemeja sebagai helaian dalam serta celana potonggan skinny. Untuk potongan labuh ini, pilihan kasut tidak menjadi masalah! Sama ada kasut jenis sukan ataupun tumit tinggi, semuanya boleh digayakan bersama kardigan berpotongan labuh!
Ketepikan pengayaan yang ‘bosan’! Apa kata anda cuba gayakan kardigan di bahu. Anda boleh ikat bahagian tangan kardigan dan biarkannya terletak di bahagian dada anda atau lepaskan sahaja. Kedua-dua cara ini bisa menjadikan gaya lebih mewah persis golongan elit. Bukan sahaja boleh digayakan di pejabat, malah dikala anda bersantai bersama rakan-rakan dan juga saat membeli barangan dapur, stail ini antara pilihan bijak untuk penggayaan ‘less is more’!
5. Stail tuck in
Sesuai bagi anda yang menyarungkan celana potongan high waisted, masukkan hujung kardigan ke dalam celana. Ini mampu menonjolkan sisi moden anda serta menaikkan lagi volum tubuh anda! Bukan hanya dengan celana, malah anda boleh menggayakan stail ini bersama dengan high waisted skirt yang mampu menonjolkan aura sofistikasi dalam pengayaan! Apa yang penting, pilih kardigan yang tidak terlalu tebal untuk mengelakkan masalah saat ingin dimasukkan ke dalam celana ataupun skirt.
6. Gaya si hijabi dengan cropped cardigan!
Siapa kata cropped cardigan tidak boleh digayakan meskipun anda memakai hijab? Itulah sebabnya wujud rekaan pakaian dalam ataupun inner. Untuk gaya yang lebih fashionable, edgy dan unik, stailkan gaya anda dengan pilihan cropped cardigan bersama dengan celana jenis boyfriend jeans! Untuk bahagian dalam, sarungkan pilihan inner yang sama warna dengan kulit ataupun nude brown. Jika anda berani, boleh sahaja sarungkan pilihan inner warna gelap seperi hitam untuk menaikkan elemen kontra dalam gaya anda!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika anda tidak pernah terfikir tentang masanya untuk memikirkan semula cara anda menyimpan/menggunakan limau dalam simpanan anda di rumah. Lemon secara keseluruhannya mempunyai khasiat yang menjadikannya hampir bersifat perubatan.
Malah, sebaiknya jangan membazirkan kulit lemon kerana ia adalah sihat. Penyelidikan mendakwa bahawa kulit lemon mengandungi 5 hingga 10 kali lebih banyak vitamin daripada jus itu sendiri.
Lemon sarat dengan vitamin dan mineral, seperti thiamin, riboflavin, zat besi, magnesium, vitamin B6, kalsium, kalium, tembaga, folat dan kalium. Lemon juga merupakan buah anti-mikrob, antibakteria yang kuat, yang membantu anda mencegah jangkitan dalam badan. Jumlah vitamin C setiap hidangan lemon adalah sekitar 187% daripada nilai harian, yang menjadikannya sangat cekap dalam memerangi jangkitan.
Ia juga mujarab dalam mengurangkan bilangan radikal bebas dalam badan anda, membantu mencegah kerosakan pada saluran darah dan pembentukan kolesterol. Selain itu, sebatian semula jadi yang terdapat dalam limau yang dipanggil, limonoid, telah terbukti dapat menyekat pertumbuhan sel-sel kanser payudara.
Adalah dicadangkan bahawa cara terbaik untuk mempunyai lemon organik adalah dengan mencucinya dan meletakkannya di dalam peti sejuk. Anda memarutnya atau menggunakannya sebagai keseluruhan buah pada hidangan anda tanpa perlu mengupasnya sebaik sahaja lemon telah beku, seperti sedia ada.
Begini cara anda boleh membekukan dan mendapatkannya:
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak ada pil ajaib yang akan membantu anda menurunkan berat badan 30 paun seminggu tanpa menjejaskan kesihatan anda. Walau bagaimanapun, hijabista ingin berkongsi resipi untuk minuman yang lazat dan sihat yang akan membantu anda menurunkan berat badan lebih cepat daripada yang anda lakukan tanpanya.
Bahan yang diperlukan:
Basuh sayur-sayuran dengan teliti dan keluarkan kulit nanas. Campurkan kesemuanya dalam pengisar. Jangan tambah garam, lada sulah, gula, atau penggantinya kepada minuman.
Anda perlu minum jus nenas dan sayur-sayuran dalam masa 15 minit selepas membuatnya supaya ia tidak kehilangan khasiatnya. Minum pada waktu pagi dan hanya dalam keadaan berpuasa. Jika anda menggabungkan minuman ini ketika bersukan dan diet yang sihat, anda akan melihat hasilnya dalam masa seminggu. Perut anda akan kelihatan lebih kempis.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.