Kecantikan

Parut Jerawat Hilang Dengan Masker Bancuhan Tepung Pulut/Beras + Asam Jawa, Kulit Pun Jadi Lembut Je

Share

Memiliki kulit bebas jerawat menjadi idaman ramai namun bukan semua orang bertuah memiliki kulit wajah yang tiada sebarang masalah. Masalah jerawat adalah masalah biasa yang sering dialami.

Namun apabila jerawat sembuh, masalah parut jerawat pula yang perlu dihadapi.
Bagi kebanyakan individu, jerawat pulih tanpa meninggalkan kesan kekal pada kulit. Sebaliknya, ada individu yang terpaksa berdepan parut jerawat, sekali gus mempengaruhi semangat dan keyakinan.

Photo by anna-nekrashevich from Pexels.

Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika ia disebabkan jerawat dan dapat dilihat dengan jelas di bahagian kulit wajah. Parut jerawat berlaku disebabkan jerawat yang teruk.

Sesetengah parut disebabkan jerawat ringan boleh pudar dengan sendirinya. Namun, tanda dan parut jerawat gelap selepas kemunculan jerawat sederhana atau teruk biasanya memerlukan masa untuk dirawat. Keadaan ini tentunya membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.

Photo by anna-nekrashevich from Pexels.

Selain menggunakan produk perawatan kulit wajah, tak salah jika kita usahakan cara semula jadi, iaitu menggunakan bahan-bahan dapur. Berikut perkongsian Rubiey Redzuan

Boleh cuba cara ini jika anda mengalami masalah parut jerawat. Selepas pakai masker ini parut jerawat pudar, jerawat kecut dan paling ‘best’ muka jadi cerah.

Apabila sentuh pipu, terasa lembut sahaja. Menurut Rubiey Redzuan sebelum ini dia ada terlihat perkongsian seorang gadis yang berkongsia petua untuk pudarkan parut jerawat. Menakjubkan, daripada wajah penuh berparut jerawat, wajahnya kembali bersih apabila parut semakin pudar/hilang berkata amalan memakai masker tersebut.

Selain menggunakan bedak sejuk, boleh juga guna bancuhan tepung beras/tepung pulut.

BAHAN-BAHAN: 
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras

CARA MEMBUAT:

1. Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji asam jawa,kemudian masukkan tepung pulut. Kacau, kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.

 

2. Selepas itu bolehlah sapu pada kulit wajah. Sebelum pakai baca bismillah dulu,ketika sapu pada kulit wajah,selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.

3. Apabila sudah kering, bolehlah cuci muka. Anda akan rasa kulit anda lebih lembut bak kulit bayi. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Rubiey Redzuan Top image: Photo by shiny-diamond from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza