Baru-baru ini tular di media sosial tentang trend terkini tang sohor di aplikasi Tik Tok yang dikenali sebagai parodi geng marhaban. Terdahulu, pelakon Sharifah Shahora berjaya menghiburkan netizen ketika melakukan parodi berkenaan.
Tidak mahu ketinggalan, penyayi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut serta melakukan trend geng Marhaban berkenaan, sekaligus membuatkan netizen terpukau dek kecomelan ibu kepada Siti Aafiyah itu.
Perkara berkenaan telah ditularkan oleh kelab peminat @sitizonemy setelah rakaman parodi berkenaan ditularkan menerusi laman Instagram milik kelab berkenaan.
Menerusi video yang bertajuk POV: Bila Artis Tetiba Join Geng Marhaban, dapat disaksikan gelagat Siti yang comel meniru tindak tanduk geng marhaban sambil membawa bag tangan serta bersalaman dengan gaya sama yang selalu ditonjolkan oleh geng Marhaban.
Malah, netizen turut terhibur dengan lakonan dan gaya Siti yang berjaya melakonkan watak geng Marhaban telah berjaya mencuti hati netizen dan lebih membuatkan netizen tidak keruan apabila suara emas Siti mendendangkan lagu Marhaban yang tular berkenaan.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat maklum balas wargamaya berhubung tindakan Siti itu. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan pada hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Teruja dan ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay, Telatah ‘Comel’ Siti Nurhaliza Jadi Bualan
“Datuk Siti tolong jangan join Marhaban nanti semua orang tak boleh fokus hahaha,”
“Tu dia, bila bonda ratu dah buat terpelanting semua guys,”
“Hahahaha Datuk Siti paling win guys! Terhibur aku, tengok pun senyum je,”
“Hahahah Datuk Siti ni makin kelako kenapa, dah lah comey,”
Sekadar info, video tular merakamkan gelagat geng Marhaban mendapat sambutan hangat sehingga ramai yang melakukan parodi termasuklah artis dan juga pempengaruh.
Artikel berkaitan: Pernah Alami Stress, Ini ‘Confession’ Siti Nurhaliza Bagaimana Dia Tanganinya
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.