Baru-baru ini tular di media sosial tentang trend terkini tang sohor di aplikasi Tik Tok yang dikenali sebagai parodi geng marhaban. Terdahulu, pelakon Sharifah Shahora berjaya menghiburkan netizen ketika melakukan parodi berkenaan.
Tidak mahu ketinggalan, penyayi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga turut serta melakukan trend geng Marhaban berkenaan, sekaligus membuatkan netizen terpukau dek kecomelan ibu kepada Siti Aafiyah itu.
Datuk Siti Tolong Jangan Join Marhaban, Nanti Semua Hilang Fokus! – Netizen
Perkara berkenaan telah ditularkan oleh kelab peminat @sitizonemy setelah rakaman parodi berkenaan ditularkan menerusi laman Instagram milik kelab berkenaan.
Menerusi video yang bertajuk POV: Bila Artis Tetiba Join Geng Marhaban, dapat disaksikan gelagat Siti yang comel meniru tindak tanduk geng marhaban sambil membawa bag tangan serta bersalaman dengan gaya sama yang selalu ditonjolkan oleh geng Marhaban.
Malah, netizen turut terhibur dengan lakonan dan gaya Siti yang berjaya melakonkan watak geng Marhaban telah berjaya mencuti hati netizen dan lebih membuatkan netizen tidak keruan apabila suara emas Siti mendendangkan lagu Marhaban yang tular berkenaan.
Ads
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat maklum balas wargamaya berhubung tindakan Siti itu. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan pada hantaran berkenaan.
“Datuk Siti tolong jangan join Marhaban nanti semua orang tak boleh fokus hahaha,”
Ads
“Tu dia, bila bonda ratu dah buat terpelanting semua guys,”
“Hahahaha Datuk Siti paling win guys! Terhibur aku, tengok pun senyum je,”
“Hahahah Datuk Siti ni makin kelako kenapa, dah lah comey,”
Ads
Sekadar info, video tular merakamkan gelagat geng Marhaban mendapat sambutan hangat sehingga ramai yang melakukan parodi termasuklah artis dan juga pempengaruh.
Baru-baru ini, nama usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida menjadi tular disebabkan reaksi yang diberikannya mengenai sesetengah individu yang hanya mengharapkan bantuan tanpa berusaha.
Ramai yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan beliau termasuklah usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Bonda Rozita.
Ujarnya, tiada siapa yang suka meminta-minta namun disebabkan desakan hidup mereka tidak jalan lain untuk mendapatkan bekalan makanan dan pendapatan.
Dato Vida ” janganlah gunakan alasan PKP pendapatan terjejas sampai nak beli Pampers anak pun tak boleh – usaha ”
Sy minta maaf dulu pd datuk Vida apa sy ulas ni adalah baik2 belaka utk semua orang.
Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja ..!! Kalau dulu xda COvid mana ada org kibar bendera putih nak minta makanan ..!! Byk lagi pemalas jahat penipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malas yg lebih jahat. menakutkan ,dibenci oleh negara.
Sy pernah lalui kemiskinan tp bukan dlm Covid – Tak semua org miskin meminta2 ..!! ayat malas x sesuai digunakan dlm rakyat stress. Kita simpati kita kena ada sensitivity sbb manusia sekarang sgt teruk perasaannya.
Posting berhati2 utk menjaga perasaan hati semua orang ” rakyat tolong rakyat – kami x nak ada yg kelaparan & bunuh diri ..!!
Org bersimpanan RM byk ada sikit % je, klu lama mana pun x boleh bertahan. Covid ni x tau lama mana lagi
lihat saja berapa byk company besar bankruptcy. Berapa byk hilang kerja & bercerai sbb Covid. Dlm isu sekarng kita jgn salahkan sesiapa pun ..!!
Kita semua dah cukup tertekan. Kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan.
Beliau bagaimanapun turut memuji Dato Seri Vida yang telah memberikan motivasi pada orang ramai untuk terus berusaha namun mungkin nasihatnya itu tidak berapa sesuai pada situasi saat ini.
LOGIKNYA tak da org suka naikan bendera putih. Sy tengok pun sedih dan sy tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sbb rakyat kita bukan jenis meminta minta.
Semua org nak kerja, x harap duit kerajaan ..!! Kita nak kehidupan bebas dulu. Kita semua dh usaha mcm2.
kalau dah Kawat besi, saman sana sini, Viral langgar SOP, sedangkan anak rumah lapar itu tekanan besar pd Kami. Belum lagi sakit risau ,rindu mak ayah tua di kampung.
Bonda respect Dato Vida juga sbb niat dia bagus nak kasi motivasi pd rakyat Msia yg mana niat dia baik sangat. Tetapi rakyat kita x perlu motivasi begitu saat begini. mereka lagi down nanti.
Mereka dlm gelora & down , jgn kita tambah kepedihan mereka. Kita org tua Dato Vida, byk pengalaman suka duka.
Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.
Walaupun kita sudah berusaha mencarinya dengan cara bekerja keras siang dan malam jika itu bukan rezeki kita maka hasil yang kita dapat hanyalah rezeki yang telah diperuntukkan kepada kita. Namun jika sudah
Allah tetapkan rezeki itu, meskipun kita tidak menginginkannya, maka rezeki ini akan datang sendiri kepada kita dengan tidak disangka-sangka.
Namun ada golongan yang selalu dikejar-kejar rezeki. Yakni golongan orang-orang yang telah dijamin Allah rezekinya. Allah menjamin dan mencukupkan rezekinya melalui berbagai perkara.
Allah SWT berfirman, “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Dia akan memberikannya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At-Thalaq:2-3)
Berikut dikongsikan beberapa amalan menjemput rezeki.
1. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hambaNya, seperti firmanNya dalam hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (H.R Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah R.A)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN INGAT PADA ALLAH
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya. Lalu, Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi SAW, “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (H.R Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas R.A.)
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Istighfar ‘tidak laku’ di sisi Allah SWT jika masih buat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi SAW.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (H.R At-Tirmizi)
4. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda SAW. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (H.R Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (H.R al-Hakim dan ad-Dailami)
5. BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
6. BANGUN PAGI
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. Jangan tunggu sehingga matahari naik baru hendak memulakan sesuatu kerja.
7. MENJALINKAN SILATURRAHIM
Nabi SAW bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (H.R Bukhari)
8. SENTIASA BERADA DALAM KEADAAN BERWUDUK
Seorang Arab desa telah menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan oleh Sayidina Khalid al-Walid)
9. BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah untuk membuka pintu rezeki. Nabi SAW. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (H.R ad-Daruquthni dari Anas R.A.)
10. MELAZIMKAN SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang lain sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”(H.R al-Hakim dan Thabrani).
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!