Skrub adalah gabungan 3 fungsi dalam 1 produk. Pembersihan, pengelupasan dan urutan. Fungsi-fungsi ini tidak dapat dilakukan dengan menggunakan pencuci wajah yang biasa sahaja.
Skrub bukan hanya membantu untuk mengekalkan kulit yang sihat, bersih, licin, lembap, lembut dan kelihatan segar tetapi memelihara kulit wajah agar kelihatan awet muda. Namun ada perkara-perkara yang perlu dielakkan ketika melakukan skrub pada kulit wajah.
PANTANG LARANG SKRUB
1. Melakukan skrub terlalu kerap terutama untuk anda yang memiliki kulit kering dan sensitif. Lebih baik lakukan satu hingga dua kali dalam seminggu.
2. Melakukan skrub pada kulit yang sedang berjerawat. Skrub boleh membuatkan jerawat jadi lebih teruk. Biarkan kulit wajah pulih terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan skrub.
3. Jangan guna skrub badan pada kulit wajah. Kulit akan luka dan pedih.
4. Hindari bahagian mata dan bibir kerana ia sensitif. Untuk menyingkirkan sel kulit mati pada bibir, gunakan skrub khas bagi mengangkat sel kulit mati.
5. Ketika menggunakan skrub, jangan menekan atau menggosok terlalu kuat. Ia boleh merosakkan kulit atau terjadinya pengelupasan secara paksa.
Anda juga boleh cuba hasilkan sendiri skrub dengan mengunakan bahan-bahan semulajadi yang terdapat di rumah anda.
SKRUB WAJAH UNTUK KULIT BERMINYAK
penggunaan garam halus dan bijiran gandum menjadi pilihan utama dalam membuat skrub untuk wajah berminyak, perahan lemon, yogurt dan pelembap wajah yang berbahan dasar air boleh dijadikan sebagai bahan campuran skrub. Haluskan garam yang masih kasar bagi mengelakkan kulit wajah terluka. Bagi anda yang memiliki kulit berminyak, hindari membuat skrub dengan memggunakan gula merah atau kupi.
SKRUB WAJAH UNTUK KULIT KERING
Bagi anda yang memiliki kulit kering, gunakan serbuk kopi sebagai skrub.Campuran kopi, gula pasir dan minyak zaitun dapat melembapkan kulit wajah anda. Gosok skrub dengan cara memutar pada bahagian wajah. Mulakan dari bahagian bawah wajah lalu teruskan hingga bahagian atas wajah. Simpan baki skrub di dalam peti sejuk. Gunakan semula pada keesokan harinya.
Jika kita jarang skrub wajah, kulit kita akan mudah breakout atau penggunaan skincare tidak berkesan kerana terhalang dengan sel-sel kulit mati. Oleh itu pastikan jangan lupa memanjakan diri untuk melakukan perawatan skrub seminggu dua kali ya.
Untuk memiliki kulit yang sihat dan cantik sesungguhnya tiada jalan mudah. Rajin dan konsisten selain pemilihan produk yang tepat adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri.
PB MILD CLEANSING SCRUB
COLLAGEN WITH REGENERATION
NATURAL BY WATSONS
EUCERIN PRO ACNE SOLUTION
SAFI RANIA GOLD
SIMPLE CLEAR PORE SCRUB
DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk membeli produk skrub yang tepat.
Sumber kredit: Hafiz Adham dan TK Legacy SPA Top image: thespotlyte.com