Ramai pasangan hari ini yang berkahwin pada usia yang masih muda. Ada yang masih belajar dan ada yang baru habis pengajian terus meminta izin untuk berkahwin. Nawaitu mereka ini memang mulia kerana boleh mengelak gejala maksiat daripada berlaku tanpa ibu bapa sedari.
Namun begitu, bukan mudah untuk melayari kehidupan berumah tangga tanpa ilmu di dada. Ini kerana sebaik berkahwin, fasa kehidupan akan berubah 360 darjah daripada biasa. Setiap pasangan perlu bersikap toleransi dan menganggap tanggungjawab bukan pada dirinya sahaja tetapi ada orang lain perlu dititikberatkan.
Sebenarnya untuk mengukuhkan hubungan suami isteri baik yang baru atau lama berkahwin, perlu tahu pantang larang dalam sesebuah rumah tangga. Ini pesanan Ustaz Kazim Elyas yang boleh dijadikan panduan agar rumahtanggan dibina kekal hingga ke jannah.
1. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
2. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
3. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
4. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
5. Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!
Sumber: Facebook Ustaz Kazim Elyas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI