Tidak mudah memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan wanita yang mempunyai pelbagai saiz. Jika berbadan kecil, memang tidak jadi masalah.
Tetapi sebaliknya jika hijabi mempunyai pinggul yang berisi. Memang agak sukar memilih seluar yang berpadanan.
JIka tersalah pilih akan menyebabkan si pemakai serba tak kena pada padangan orang lain. Lebih sakit hati jika seluar itu dibeli dengan harga yang mahal. Tentu tidak berbaloi rasanya menyimpan duit untuk membeli jean yang disukai, tetapi hasilnya mengecewakan.
Di sini admin nak kongsi sedikit panduan yang mungkin boleh membantu anda, wahai hijabi memilih seluar jeans yang tepat.
Tetapi perlu diingatkan jangan sesekali memilih yang ketat ataupun koyak. Pilih yang selesa dan berpadanan dengan gaya anda.
1. KENAL PASTI UKURAN ANDA
Pertama sekali, anda perlu tahu ukuran anda. Cara yang paling mudah untuk mengetahui ukuran adalah dengan mengambil salah satu jeans atau lain-lain seluar yang anda rasakan paling sesuai anda guna setiap hari.
Antara kriteria yang lebih terperinci untuk mengukur saiz jeans terutama bagi yang membeli secara atas talian ialah :
• WAIST (UKURAN PINGGANG)
Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat.
IKLAN
Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan didarab dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.
• INSEAM (UKURAN PANJANG DARI CAWAT KE KAKI)
Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.
• LEG OPENING / HEM (BUKAAN PADA HUJUNG KAKI)
Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• UPPER THIGH (UKURAN BUKAAN PAHA)
Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• KNEE (UKURAN BUKAAN LUTUT)
Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
IKLAN
• FRONT RISE ( UKURAN PANJANG BAGI CAWAT HADAPAN)
Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
• BACK RISE (UKURAN BAGI PANJANG CAWAT BELAKANG)
Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
2. KENALPASTI BAJET ANDA
Berat denim adalah satu aspek penting yang menentukan kualiti dan ketahanan. Oleh itu, lebih tinggi berat denim (17 oz. dan ke atas) secara tradisinya lebih mahal. Terdapat juga perbezaan harga yang besar antara jeans buatan tangan dan yang dibuat di kilang pengeluaran besar.
Harga jeans antara RM300 sehingga mencecah harga ribuan ringgit dimana harga jeans dipengaruhi oleh antaranya berat jeans, buatan, teknik pembuatan, kualiti jeans tersebut.
3. KENALPASTI TAHAP PERUBAHAN JEANS
(SANFORIZED DAN UNSANFORIZED)
IKLAN
Sanforized jeans merupakan jeans yang telah melalui proses rawatan dimana tahap pengecutan jeans yang minimum apabila ia sekali basuh (one-washed). Sanforized jeans akan mengecut antara 1% – 5% atau antara 0.5 inci-1 inci sahaja.
Manakala Unsanforized jeans yang tidak melalui proses seperti Sanforized jeans dimana jeans tersebut akan mengecut antara 7%-10% atau 1.5 inci-3 inci setelah dibasuh (one-washed).
4. SAIZ PADA TAG
Kebanyakan saiz pinggang sebenar jeans tidak sama seperti yang dinyatakan di tag. Sebagai contoh, jika pada tag tertera 30, maka saiz sebenar jeans 30.5 inci @ 31 inci.
5. MEMILIH BENTUK ‘CUTTING’ YANG SESUAI
Terdapat banyak jenis cutting jeans antaranya REGULAR, SLIM, TIGHT, SKINNY, TAPERED, LOOSE.
PANDUAN VIDEO INI JUGA ANTARA TIP UNTUK PILIH JEANS SESUAI DENGAN SAIZ ANDA
CARA UBAH SUAI JEANS LAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seorang organisasi dan guru pembersihan telah berkongsi rahsianya untuk menghilangkan kotoran solekan pada pakaian dan dia hanya menggunakan satu bahan ruji rumah.
Ibu dua anak, Chantel Mila, lebih dikenali sebagai Mama Mila, berkata dia menggunakan krim pencukur untuk menghilangkan kotoran solekan seperti asas dan gincu daripada pakaian.
Video ini tular hack kecantikan menghilangkan kesan kotoran di leher baju tular di APL TikTok
Chantel mula-mula menyapu krim pencukur ke seluruh noda dan biarkan ia meresap selama sepuluh minit. Selepas itu, dia menggunakan berus atau kain untuk menggosok noda dalam gerakan membulat. ‘Anda boleh melihat noda berkurangan serta-merta,’ katanya. Dia kemudian hanya membasuh pakaian seperti biasa di dalam mesin basuh dan kotorannya hilang sepenuhnya.
Video Chantel menerima lebih 40,000 tontonan dan beberapa komen.
Terima kasih banyak dia atas hack mudah dan berkongsi kaedah mereka sendiri untuk menghilangkan kotoran degil.
‘Ini sangat bagus,’ kata seorang wanita. ‘Saya juga membuat pes dengan baking soda dan lemon dan saya sapukan dengan lembut.’
‘Anda benar-benar superhero,’ tulis wanita lain.
Dia menambah, ‘Saya mempunyai begitu banyak kotoran solekan pada pakaian saya tanpa tahu bagaimana untuk menanggalkannya – sehingga sekarang!’
Chantel juga berkongsi formula untuk semburan DIY yang menghilangkan kotoran peluh dari pakaian dalam masa sepuluh minit sahaja. Dia menggunakan campuran hidrogen peroksida dan cecair pencuci pinggan untuk menghilangkan kotoran peluh dari pakaian dengan mudah.
‘Ini adalah cara paling mudah untuk menghilangkan kotoran deodoran ketiak selamanya,’ dia menulis kapsyen TikTok tularnya.
Dia mencampurkan dua bahagian hidrogen peroksida dengan satu bahagian cecair pencuci pinggan untuk menghasilkan semburan. Dia kemudian menuang campuran itu ke dalam botol dan menyemburkannya pada pakaian yang bernoda, biarkan ia berendam selama sepuluh minit. ‘Campuran yang kuat akan menghilangkan noda dengan segera,’ katanya. Dia kemudiannya membasuh pakaian dalam mesin basuh seperti biasa.
Walaupun helah biasanya digunakan pada pakaian putih, Chantel berkata 3% hidrogen peroksida dan masa rendam yang lebih singkat sepatutnya berfungsi dengan baik pada pakaian gelap.
Walau bagaimanapun, dia masih mengesyorkan ujian tampalan terlebih dahulu kerana bahan yang berbeza mungkin bertindak balas secara berbeza terhadap campuran DIY. Kedua-dua cara ini boleh juga diaplikasikan pada tudung yang terkesan dengan alat solekan. Selamat mencuba sis!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap wanita tentunya mahu memiliki bibir yang sihat dan kemerah-merahan persis seorang bayi. Tetapi, ramai wanita mengalami masalah bibir yang hitam dan kering sehingga membuatkan mereka malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Pelbagai faktor yang menjadi punca bibir menjadi gelap dan hitam. Antaranya adalah kerap memakai gincu bibir, kurang minum air, terdedah kepada cahaya matahari dan banyak lagi sebabnya.
Tentunya anda akan mencari pelbagai penyelesaian untuk menghilangkan masalah ini. makkumlah dari bibir lahirnya senyuman paling menawan.
Tak perlu berhabis wang ringgit untuk mengatasi masalah ini. Hanya amalkan petua ini, pasti masalah anda selesai.
Petua miliki bibir ‘pinky’ macam bayi ini dikongsi oleh Fahaniza Bakri menerusi akaun Facebooknya.
Berikut merupakan perkongsiannya. Selamat mencuba!
Bibir dah kusam kan, yela segala mak nenek lipstik kita dah letak ni. Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.
Tambah pulak sekarang musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu. Kesian bibir, jangan pulak pegi kopek. Kang bertambah luka nanti.
Meh Kak Niza ajar buat lips scrub.Mudah sangat guna 3 bahan je.
Bahan yang mudah dapat kat dapur korang je ni.
Paling penting korang kena rajin la scrub baru bertambah suwitt nanti.
Bahan-bahan:
Minyak zaitun (boleh diganti dengan madu atau minyak kelapa dara)
Sesiapa yang menjalani ibadah umrah mahupun haji pasti tidak akan melepaskan peluang menziarahi Makam Nabi SAW, tetapi ramai yang tidak dapat mengawal perasaan dan tingkahlaku. Nampak seperti remeh tapi itulah yang patut kita jaga iaitu adab ketika menziarah makan rasulullah.
Ketika menziarahi Makam Nabi SAW bersama Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Umar al-Khattab nanti, jagalah juga adab-adab dan tingkah laku kita. Menyampaikan salam kepada mereka haruslah dilakukan dengan sopan sekali.
Antara perbuatan yang dilarang ketika menziarahi makam adalah:
1. Menadah tangan ketika memberikan salam buat Nabi SAW. Ia tidak terdapat dalam sunahnya yang mulia.
2. Meminta agar Nabi SAW memenuhi segala kehendak, menyembuhkan penyakit dan mengeluarkan daripada kesulitan hidup. Sesungguhnya hanya kepada Allah sajalah tempat kita sebagai hamba-Nya untuk bermohon, meminta dan merintih.
Rasulullah SAW sendiri telah bersabda dalam sebuah hadis yang panjang. Katanya, apabila meminta, pintalah daripada Allah, apabila memohon pertolongan, pohonlah daripada Allah.
3. Berdoa menghadap ke arah Makam Nabi SAW. Sebetulnya hendaklah berdoa dengan menghadap ke arah kiblat.
4. Menyapu, mengusap serta mencium dinding-dinding serta pintu makam berkenaan. Sesungguhnya perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh para sahabat yang mulia.
5. Mengangkat serta meninggikan suara ketika berada berdekatan dengan makam. Sesungguhnya Allah telah melarang perbuatan sebegini melalui ayat ke-2, surah al-Hujurat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.”
Menurut para ulamak, larangan ketika hayatnya ini berkekalan walaupun setelah wafatnya Baginda SAW. Demikianlah adabnya.
Harus diingatkan juga buat para jemaah yang ‘berhempas pulas’ masuk ke Raudhah. Bahawa kalian sebenarnya sedang berada bersebelahan dengan Makam Nabi SAW. Oleh itu, jagalah nada suara dan kelakuan ketika itu.
6. Mengambil masa yang lama berdiri di depan makam. Hal ini boleh mengakibatkan sesak jalan dan menyakiti para jemaah yang lain. Sebaiknya apabila dah selesai memberikan salam, berjalanlah keluar melalui laluannya dengan tenang.
Nota: Ada sedikit jarak antara laluan jemaah dengan dinding makam. Juga ditugaskan beberapa orang syeikh di sana bagi membantu dan memberikan penjelasan kepada mana-mana jjemaah yang bertanya.
Kelihatan dalam gambar ada 3 pintu besar. Kedudukan Makam Nabi SAW, Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar berada di pintu yang tengah sahaja. Ada labelnya di situ.
Sumber : Facebook Najmi Farisham
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!