Tidak mudah memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan wanita yang mempunyai pelbagai saiz. Jika berbadan kecil, memang tidak jadi masalah.
Tetapi sebaliknya jika hijabi mempunyai pinggul yang berisi. Memang agak sukar memilih seluar yang berpadanan.
JIka tersalah pilih akan menyebabkan si pemakai serba tak kena pada padangan orang lain. Lebih sakit hati jika seluar itu dibeli dengan harga yang mahal. Tentu tidak berbaloi rasanya menyimpan duit untuk membeli jean yang disukai, tetapi hasilnya mengecewakan.
Di sini admin nak kongsi sedikit panduan yang mungkin boleh membantu anda, wahai hijabi memilih seluar jeans yang tepat.
Tetapi perlu diingatkan jangan sesekali memilih yang ketat ataupun koyak. Pilih yang selesa dan berpadanan dengan gaya anda.
1. KENAL PASTI UKURAN ANDA
Pertama sekali, anda perlu tahu ukuran anda. Cara yang paling mudah untuk mengetahui ukuran adalah dengan mengambil salah satu jeans atau lain-lain seluar yang anda rasakan paling sesuai anda guna setiap hari.
Antara kriteria yang lebih terperinci untuk mengukur saiz jeans terutama bagi yang membeli secara atas talian ialah :
Ads
• WAIST (UKURAN PINGGANG)
Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat.
Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan didarab dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.
• INSEAM (UKURAN PANJANG DARI CAWAT KE KAKI)
Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.
• LEG OPENING / HEM (BUKAAN PADA HUJUNG KAKI)
Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• UPPER THIGH (UKURAN BUKAAN PAHA)
Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
Ads
• KNEE (UKURAN BUKAAN LUTUT)
Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• FRONT RISE ( UKURAN PANJANG BAGI CAWAT HADAPAN)
Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
• BACK RISE (UKURAN BAGI PANJANG CAWAT BELAKANG)
Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
2. KENALPASTI BAJET ANDA
Berat denim adalah satu aspek penting yang menentukan kualiti dan ketahanan. Oleh itu, lebih tinggi berat denim (17 oz. dan ke atas) secara tradisinya lebih mahal. Terdapat juga perbezaan harga yang besar antara jeans buatan tangan dan yang dibuat di kilang pengeluaran besar.
Harga jeans antara RM300 sehingga mencecah harga ribuan ringgit dimana harga jeans dipengaruhi oleh antaranya berat jeans, buatan, teknik pembuatan, kualiti jeans tersebut.
Ads
3. KENALPASTI TAHAP PERUBAHAN JEANS
(SANFORIZED DAN UNSANFORIZED)
Sanforized jeans merupakan jeans yang telah melalui proses rawatan dimana tahap pengecutan jeans yang minimum apabila ia sekali basuh (one-washed). Sanforized jeans akan mengecut antara 1% – 5% atau antara 0.5 inci-1 inci sahaja.
Manakala Unsanforized jeans yang tidak melalui proses seperti Sanforized jeans dimana jeans tersebut akan mengecut antara 7%-10% atau 1.5 inci-3 inci setelah dibasuh (one-washed).
4. SAIZ PADA TAG
Kebanyakan saiz pinggang sebenar jeans tidak sama seperti yang dinyatakan di tag. Sebagai contoh, jika pada tag tertera 30, maka saiz sebenar jeans 30.5 inci @ 31 inci.
5. MEMILIH BENTUK ‘CUTTING’ YANG SESUAI
Terdapat banyak jenis cutting jeans antaranya REGULAR, SLIM, TIGHT, SKINNY, TAPERED, LOOSE.
PANDUAN VIDEO INI JUGA ANTARA TIP UNTUK PILIH JEANS SESUAI DENGAN SAIZ ANDA
CARA UBAH SUAI JEANS LAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Salah satu aspek K-beauty yang paling menarik ialah rangkaian luas produk berkualiti tinggi yang tersedia pada harga yang berpatutan. Tidak perlu mengosongkan dompet anda untuk merasai beberapa tawaran K-beauty terbaik di pasaran.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk merombak rutin solekan atau penjagaan kulit anda, Jom cuba senarai tujuh jenama K-beauty kos efektif yang anda patut terokai!
Sangat terkenal dengan garis musin siput mereka, CosRx mempunyai beberapa produk penjagaan kulit terbaik yang bagus untuk semua jenis kulit!
Etude House
Jika ada pembungkusan ace jenama, ia pastinya Etude House. Bukan sahaja pembungkusan yang comel, malah produk mereka juga berkualiti tinggi! Terutamanya maskara curl-fix mereka yang tidak akan berganjak langsung!
3CE
Jika anda lebih menyukai nada neutral yang diredamkan, anda akan menyukai 3CE, yang asalnya dipanggil tiga mata konsep. 3CE mempunyai beberapa gincu dan palet pembayang mata yang terbaik!
Clio
Setakat ini beberapa celak terbaik di pasaran dan pewarna bibir, Clio terkenal kerana menjual pewarna bibir Peripera yang sangat terkenal, tetapi ia tidak berhenti di situ, jika anda tidak pernah mencuba celak mereka kedua-duanya dalam pensel dan bentuk pen, anda akan terkejut kerana ini tidak berganjak langsung!
Sudah tentu, satu lagi jenama K-beauty yang ikonik, anda tidak boleh ketinggalan menggunakan Innisfree! Garisan teh hijau mereka memberikan keajaiban untuk kulit anda, dan jika anda mencari cara yang berpatutan untuk mendapatkan kulit kaca, maka anda ingin mencuba pelembap ‘Jeju Cherry Blossom’ mereka!
Missha
Jika anda sedang mencari krim BB yang hebat yang berfungsi, tetapi tidak kelihatan seperti kek, maka Missha adalah jenama yang sesuai. Memberi perlindungan sempurna kepada anda, krim BB Missha memberikan anda banyak produk tanpa berbelanja!
Nature Republic
Memberikan suasana yang serupa dengan Innisfree, Nature Republic juga menawarkan beberapa produk K-beauty murah yang terbaik; pemerah pipi bunga mereka, krim super aqua moist, dan air pembersih berkarbonat mereka adalah beberapa produk yang lebih terkenal!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan usahawan terkemuka, yang namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra disapa sebagai Lofa.
Baru-baru ini, ibu kepada Mohd Bilal dan juga isteri kepada pendakwah bebas dan juga aktor kacak, Haris Ismail itu begitu teruja meraikan kejayaan suaminya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ke-38 di di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM.
Sapa Suruh Bawa Bini Datang Convo.. #suamimudakauada?
Perkara itu dimaklumkan Neelofa menerusi hantaran video di laman InstaStory miliknya. Dalam video berkenaan dapat dilihat Neelofa merakam saat-saat penuh bersejarah ketika suaminya naik ke atas pentas untuk menerima skrol.
Lebih mencuit hati apabila, sebaik sahaja nama Hariz diumumkan, dapat didengar pengacara program Next To Neelofa itu bersorak untuk meraikan kejayaan suaminya, sehingga seluruh isi dewan turut gamat dan riuh dengan tepukan serta sorakan daripada graduan lain.
“Siapa suruh bawa bini (isteri) datang konvo,” tulis Neelofa pada ruangam kapsyen berserta tanda pagar #suamimudakauada.
Selain itu, pada hantaran berbeza, Neelofa turut mrmuat naik beberapa keping foto dirinya yang kelihatan gembira dan bangga disisi Haris yang segak mengenakan jubah konvokesyen berwarna biru firus.
Untuk rekod, Haris atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan minor Pembelajaran Islam (Islamic Education).
Kulit yang bersinar dan bersih merupakan asas kepada kecantikan yang natural. Kulit yang sihat, bersinar dan sihat ini mampu dicapai dengan paduan rutin penjagaan wajah yang betul.
Dengan amalkan rutin ini, insyaAllah anda mampu memiliki kulit idaman anda. Hijabista kongsikan lima perkara yang wanita berkulit sihat lakukan pada setiap pagi.
1. Cuci Wajah 2 Kali Sehari
Jika anda sudah amalkan rutin ini, tahniah! Anda berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit anda merengsa.
Dengan cucian dua kali (pagi dan malam), ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui jenis kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
2. Sapu SPF Tanpa Gagal
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen secara konsisten. Tahukah anda bahawa ia sangat penting untuk kesihatan kulit wajah? Jangan sesekali anda skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang mengakibatkan kemunculan tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.
3. Guna Produk Antioksidan
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
4. Merawat Bintik Seperti Pro
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.
5. Pakai Produk Mekap Yang Betul
Tidak bermakna produk mekap yang popular itu sesuai untuk kulit anda. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan pastikan anda memakai produk mekap yang sesuai dengan kondisi kulit wajah anda. Anda boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan tentang bahan yang boleh dan tidak boleh anda pakai.
Nota kaki: Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membuat rawatan di klinik atau spa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meskipun perkahwinan yang terbina ini, merupakan perkahwinan kali kedua buat Yatt, namun Yatt akui bahawa dia amat seronok menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat cahaya mata kerana...