Tidak lengkap rasanya kalau sedang bercuti tanpa pemakaian kaca mata hitam. Bercuti di negara panas mahupun tika musim luruh menyebabkan kita wajib membawa kaca mata hitam bagi melindungi mata kita daripada teriknya mentari yang akan mengakibatkan kerosakan retina mata. Lebih daripada itu, wanita berhijab kini juga menjadikan kaca mata hitam sebagai aksesori penambah gaya agar tampak lebih menarik dan ‘trendy’. Namun, harus diingat, ada beberapa tip yang anda harus ambil peduli sebelum mengenakan kaca mata ini. Sebagai menyemarakkan ‘mood’ bercuti anda. Ayuh, semak beberapa tip yang HIJABISTA kongsikan!
Jika anda memilih untuk memakai hijab lilit, anda boleh memakai kebanyakan bentuk kaca mata hitam kerana kainnya longgar, serta anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian kaca mata hitam tersebut.
Jika anda memilih untuk memakai tudung Syria atau Al-Amira hijab, elakkan daripada memakai kaca mata hitam berbingkai kecil kerana ini akan menyebabkan kepala anda kelihatan lebih besar. Namun, gaya tudung ini menyerlahkan bentuk wajah anda. Oleh itu, gunalah panduan pemilihan bentuk kaca mata hitam mengikut bentuk muka anda seperti berikut.
Hijab empat segi sesuai dikenakan dengan kebanyakan bentuk kaca mata hitam, tetapi elakkan bentuk yang terlalu kecil atau segi empat sama supaya muka anda tidak tenggelam di dalam hijab tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih kaca mata hitam yang menepati lebar muka anda supaya apabila hendak menanggalkan kaca mata hitam tersebut, hijab tidak ikut tertanggal atau terkeluar. Oleh itu, sangat penting untuk anda mencuba kaca mata tersebut dahulu sebelum membelinya.
Opps! Namun, haruslah pastikan bahawa anda menutupi dada dengan sehelai hijab lagi, ya?
P/S: Fabrik tudung daripada jenis sifon ketika bercuti satu pilihan yang bijak kerana teksturnya yang lembut, beralun dan ringan sentiasa memberikan keselesaan yang berpanjangan ideal dengan cuaca panas dan lembap. Anda yang memakainya pasti terlihat hebat dan bergaya, anggun serta terserlah personalitinya.