Pancake Gebu Gebas Ala Mekdi, Sesuai Sangat Untuk Sarapan Atau Minum Petang

Share

Lempeng atau pancake sangat sesuai dihidangkan semasa sarapan pagi bersama keluarga atau menu untuk minum petang. Tidak susah pun hendak memasak pancake. Bahan-bahannya pun tidak banyak.

Melalui perkongsian Siti Hajar Masran di Facebooknya, wanita ini ‘menurunkan’ resipi cara membuat pancake ala restoran makanan segera kegemaran ramai yang cukup terkenal di kalangan peringkat usia itu.

Memang cantik kejadiannya.

BAHAN A
2 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar minyak
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Secubit garam

BAHAN B
2 biji putih telur
1 sudu besar gula

CARA CARA MEMBUAT:
1) Asingkan putih dan kuning telur.

2) Campurkan semua BAHAN A dan whisk..

3) Ayak tepung dan serbuk penaik, campurkan pada bahan-bahan tadi dan gaul sebati.

4) Pukul BAHAN B sehingga menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, aduan tidak jatuh).

5) Masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit dengan menggunakan teknik kaup balik hingga sebati.

6) Panaskan non stick pan, sapu sedikit butter.

7) Tuangkan adunan dan terbalikkan bila nampak keperangan.

8) Angkat bila sudah masak dan hidangkan dengan topping kegemaran sama ada madu, mentega, maple syrup atau coklat. Makan begitu sahaja pun sedap.

Sumber kredit: Siti Hajar Masran

Published by
Norhasliza