“Panas, Penat Tapi Exciting”- Azrinaz Mazhar Hakim Kongsi Pengalaman Berpuasa Bersama Suami Di Bumi Palestine

Share

Sebelum Ramadan lalu personaliti Azrinaz Mazhar Hakim telah selamat diiijabkabulkan bersama suami yang juga merupakan teman lamanya, Fairos Khan di kediaman beliau di Kuala Lumpur. Masih dalam tempoh berbulan madu dan kini pasangan ini sedang bercuti di Palestin. Kedua-duanya berkongsi gambar dan pengalaman menarik sepanjang berada di sana.

Azrinaz dan suami sebelum ini menyatakan tidak merancang pergi berbulan madu, sebaliknya memilih Palestin sebagai lokasi percutian.

“Alhamdulillah perjalanan kami melepasi sempadan Jurusalem yang dikawal rapi oleh tentera Zionis dan tidak mengalami sebarang kejaidan luar jangkaan.

“Dengan izin-Nya kami berpeluang menjejakkab kaki di masjid kedua tertua dan mendekati sejarah silam Rasulullah SAW dan para sahabat di bumi Ambia,” katanya dalan status dimuat turun di laman instagram beserta video.

Azrinaz juga turut memberitahu pengalaman berpuasa di sana panas, penat tetapi dalam masa sama mengujakan. Beliau juga turut ditanya netizen makan apa ketika berbuka puasa dan Azrinaz membalasnya dengan  meletakkan ikon ayam.

@azrinazmazharhakim@leenhms68 panas, penat tapi exciting

Dalam pada itu netizen sebenarnya masih kagum dengan bakatnya sebagai penyampai berita apabila menceritakan tentang keindahan masjid Dome Of Rock.

Lontaran kata dan lenggok bicaranya mengimbas kembali saat kegemilangan beliau sewaktu bertugas di stesyen televisyen TV3.

Ada juga kalangan netizen yang menyuruhnya kembali beraksi dalam dunia penyiaran.

@surayaanih Syukur AlHamdulillah Syukran Barakallah fik @azrinazmazharhakim for d’amazing info shared mmng mcm Majalah3 suatu ketika dulu & still cute

@mamarozahoe Ya ternyata skill dan bakat masih terserlah

@hidayahzamzuri Thank you CP for sharing this ???. Macam tengok TV3 and you didnt aging at all. Barakallah

Tidak kurang ada juga yang begitu meminati dirinya yang dulu adalah antara penyampai yang bagus dalam bidang ini.

@ruslinanawi_ Amazing spirit @azrinazmazharhakim , admire your guts… keep moving forward dear…..Allah bless in wtv you do…

@missmaziah47 CP..rindu zaman CP jd reporter dl. Suka gaya penyampain CP. perkataan sepatah sepatah..satu satu teratur. Dan lagi CP bercakap lg rasa nak dengar. Alhamdulillah. Dpt tengok apa ada dalam masjid tu. Terima kasih CP.

Artikel Berkaitan : Azrinaz Selamat Dinikahkan Bersama Imamnya

KREDIT FOTO: INSTAGRAM AZRINAZ MAZHAR HAKIM

Published by
Siti Zurina