Tidak dapat nafikan dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini semua orang ingin cepat-cepat menyejukkan badan. Lantaran itu ada yang menghidupkan penghawa dingin dan kipas angin secara serentak. Kononnya dengan cara ini, udara sejuk lebih cepat dinikmati.
Sebenarnya tindakan menghidupkan penghawa dingin dan kipas (kipas siling) secara serentak adalah tindakan yang salah. Hajat anda untuk menyejukkan badan dengan lebih cepat tidak akan tercapai sebaliknya hanya rasa ‘angin’ sahaja yang anda dapati.
Berikut perkongsian Muhammad Noramin Mat
Hidupkan Penghawa Dingin Dan Kipas Biasa (Kipas Siling) Serentak
Tahukah anda bahawa apabila anda menghidupkan kedua-duanya iaitu penghawa dindin dan kipis siling secara serentak, suhu panas dengan suhu dingin boleh bercampur (bergaul). Keadaan ini tentunya akan menyebabkan filter penghawa dingincepat tersumbat.
Maka sebab itulah anda perlu kerap mencuci filter air cond anda. Jika tidak dicuci, penghawa dingin tidak akan sejuk dan memberikan sensasi dingin di ruang dalam rumah anda. Hasilnya anda hanya akan rasq angin sahaja berbanding rasa dingin.
Tentulah rugi sahaja apabila anda menghidupkan penghawa dingin dengan tujuan untuk menyejukkan tetapi hasilnya hampa. Hanya rasa ‘angin’ sahaja yang anda dapat. Boleh lihat rajah berikut bagaimana kitaran angin itu berlaku.
HIJABISTA: Dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini, tubuh mudah dan kerap berpeluh. Kerapkan mandi agar tubuh lebih segar dan bertenaga. Minum air secukupnya agar tubuh kekal terhidrasi.
Sumber kredit: Muhammad Noramin Mat Top image: Photo by Curtis Adams from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Niat Baiki Diri Sendiri Sewaktu Berdakwah, Ikon Dakwah Media Sosial Tak Gentar Dikecam Netizen.
Baru berusia 20 tahun, empunya nama Aisyah Hijanah Azhari ini sememangnya seorang yang gigih berusaha dan bijak menguruskan masanya sebagai seorang pelajar, isteri, ahli perniagaan dan juga duta kepada beberapa jenama pakaian. Jika anda suka melihat video dakwah di laman sosial Instagram, akaun @aisyahhijanah pasti menjadi antara pilihan.
Ketika ditanya bagaimana dia menggalas segala tanggungjawab itu pada usia yang masih muda, Aisyah mengakui ia bukanlah suatu perkara yang mudah.
“Sebenarnya sangat susah untuk seimbangkan segalanya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, saya akan selalu mengekpresikan perasaan di hadapan cermin. Apabila saya penat, saya akan cakap pada diri, ‘Aisyah, kau yang pilih jalan ini jadi you have to be strong in anything that you choose’.
“Jika Allah takdirkan jalan ini, maka ini adalah yang terbaik. Selalu kena bersyukur sebab banyak lagi insan kekurangan yang mahu berada di tempat kita. Saya akan bagi semangat pada diri sendiri sebab bila Tuhan sudah memilih kita, so you have to be the best! “ ujar anak sulung daripada dua beradik ini memulakan perbualan.
PENGALAMAN HIDUP MEMATANGKAN DIRI
Walaupun masih muda, pembawaan dirinya yang matang membuatkan ramai yang tidak menyangka usia sebenarnya. Aisyah ternyata ada kisah tersendiri yang menarik untuk dikongsikan bersama.
“Sebenarnya, ayah saya meninggal sewaktu saya masih kecil lagi. Ibu saya pula menghidap kanser tiroid sewaktu zaman belajarnya di luar negara. Jadi apabila dia melakukan pembedahan di sini, doktor secara tidak sengaja terputuskan urat suara ibu.
“Semenjak daripada itulah saya yang menjadi ‘suara’ buat ibu memandangkan dia sudah tidak boleh bercakap. Kami duduk menumpang di rumah nenek dan tiada kenderaan untuk bergerak dan hanya menggunakan teksi sebagai pengangkutan untuk ke mana sahaja,” ujar cinta hati kepada Alif Teega ini.
Petah berbicara, jelas Aisyah dia sememangnya suka melihat dan meniru aksi ustazah yang memberi ceramah di kaca televisyen sejak dari kecil lagi. Malah dia juga akan mengambil sejadah dan Al-Quran kemudian melakonkan semula di hadapan cermin di rumahnya.
Sememangnya bukan mudah menjadi terkenal kerana mudah terpalit kecaman orang ramai terutama sekali pengguna media sosial. Pernah rasa tertekan apabila video yang dimuat naik di laman Instagram disalah tafsir oleh netizen, namun Aisyah cepat bangkit daripada kesedihannya.
“Apabila dikecam, ia sangat susah kerana mereka di luar sana tidak tahu hal yang sebenar. Saya pernah juga menangis, rasa menyesal hingga mahu menutup akaun medial sosial. Tetapi disebabkan belajar dalam bidang psikologi, ia membuatkan saya mudah untuk memahami perangai masyarakat dan keadaan sekeliling. Mereka mungkin tiada niat sebegitu untuk mengecam saya.
“Saya juga akan memikirkan dari sudut sebagai seorang usahwan yang mana kita tidak perlu melayan perkara yang tidak penting dan hanya tertumpu pada matlamat dan anggap mereka memberi pemasaran percuma pada kita.
“Seterusnya, saya akan fikirkan daripada sudut sebagai seorang manusia biasa. Tidak mengapalah, mungkin ini ujian daripada Tuhan. Mungkin Allah mahu diri kita ini ubah sesuatu dan sentiasa ingat padaNya dan kerana itulah Dia datangkan kesedihan ini,” jelas pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini.
NIAT BAIKI DIRI SENDIRI SEWAKTU BERDAKWAH
Menggemari fesyen yang ringkas, manis dan yang pastinya mengikut syariah, Aisyah menjelaskan sasarannya dalam berdakwah adalah golongan remaja.
“Mungkin dengan karakter saya yang sememangnya hyper dan swag begini memudahkan golongan remaja untuk mengikuti dakwah yang ingin disampaikan. Saya mahu mereka berasa selesa dan tidak merasakan ianya sesuatu yang berat untuk diterima.
“Sebenarnya, saya menyasarkan untuk memperbaiki diri sendiri apabila membuat video dakwah di Instagram. Tidak pernah terniat langsung untuk mengecam sesiapa. Itu adalah cara untuk saya memberi semangat pada diri sendiri bagi mengubah diri ke arah kebaikan,” tambahnya lagi.
Bergelar isteri pada usia yang muda iaitu 19 tahun, Aisyah mengakui ianya tidak mudah namun segalanya akan jadi senang jika kita sandarkan sepenuhnya harapan pada Yang Maha Esa.
“Saya berkahwin awal di atas permintaan ibu. Sebenarnya cita-cita saya mahu menjadi doktor seperti arwah ayah. Namun, saya percaya apabila kita mengikut permintaan ibu, pasti Tuhan akan memberi yang lebih baik seperti yang terkandung dalam Surah An-Nur ayat 32.
“Kadang kala ada juga perasaan ingin berseronok dengan teman-teman tetapi alhamdulillah, saya dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan tetap memberi keizinan untuk saya meluangkan masa bersama rakan-rakan. Percayalah, aturanNya itu yang terbaik apabila kita redha dengan ketentuan Ilahi,” jelasnya mengakhiri bicara.
Foto : Nana Azman Solekan: Fatin Kamalia Busana: Minima Lace, Seksyen 7 Shah Alam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Miliki Kulit Glowing Dan Menawan, Hanya Amalkan Rutin ‘Seminit’ Ini!
Jika anda inginkan kulit yang cantik dan bersih, ia harus bermula dengan rutin kecantikan yang sempurna. Malah, rutin itu juga harus dilakukan dengan konsisten untuk memastikan kulit wajah terus kekal berseri dan cantik.
Sinaran UV tidak bagus pada kulit kita. Bukan sahaja ia menyebabkan kulit menjadi kering, malah ia juga menjadikan kita tampak lebh tua. Oleh itu, jadikan amalan harian dengan menyapu krim perlindung matahari SPF minimum 15 hingga 30 perlindungan setiap hari.
Jika anda tidak suka mengambil masa untuk meletakkan kedua-dua pelembap dan pelindung matahari, beli sahaja pelembap yang mengandungi pelindung matahari.
Membersih Wajah
Ini bukan mitos ya! Ramai yang beranggapan bawaha jika sering membasuh muka, muka akan sentiasa bersih dan berseri. Salah belaka! Sebenarnya, anda disarankan untuk membasih muka 2 kali sehari. Usah kerap membersihkan wajah kerana kulit anda akan menjadi kering. Apabila kulit menjadi kering, maka muka akan menghasilkan lebih banyak minyak dan berkemungkinan akan menyebabkan jerawat timbul dengan mudah.
Skrub Wajah
Antara salah satu rutin yang harus anda lakukan ialah skrub wajah anda. Gunakan skrub wajah dua kali seminggu untuk membuang sel kulit mati pada wajah. Banyak produk skrub dijual dipasaran dengan jenis tekstur dan fungsi yang berbeza. Jadi, pilihlah produk skrub yang betul mengikut jenis kulit anda!
Artikel berkaitan: Cuaca Terlampau Panas, Buat Kulit Hijabi ‘Berbelang’ Hingga Tona Tak Sekata? Ini Penyelesaianya!
Fahami Jenis Dan Masalah Kulit
Untuk memudahkan anda membeli produk kecantikan yang berkesan pada kulit, pastikan anda memahami jenis kulit anda. Kenal pasti tentang masalah kulit anda supaya anda dapat memilih produk yang bersesuaian. Cara ini juga dapat menjimatkan kos dan masa anda dari membeli produk yang tidak sesuai dengan kulit anda.
Amalan Gaya Hidup Sihat
Bukan sekadar mengharapkan kepada produk kecantikan, tetapi gaya hidup anda juga harus sihat dan berkualiti. Berhenti merokok kerana tembakau membuatkan kulit anda menjadi kusam. Amalan diet yang sihat dengan perbanyakkan makan buahan dan sayuran.
Artikel berkaitan: Sampai Bila Nak Pakai Filter? Jom Rawat Kulit Dengan Cara Ini Dan Tampil Lebih Yakin!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Sebab Ini Punca Kenapa Wanita Reject Lelaki Handsome & Pilih Rupa Yang ‘Biasa-biasa’ Saja
Melihat lakonan hebat beberapa aktor yang menampilkan pelakon lelaki tampan dan gagah pasti membuatkan hati kita berdegup kencang. Walaupun bukan kita yang berlaki tetapi seperti dapat membayangkan alangkah bagusnya jika berada di sisi lelaki berwajah kacak begini untuk dijadikan calon suami.
Namun itu adalah tanggapan sesetengah wanita yang terpengaruh dengan drama yang dilakonkan mereka mempamer sifat romantik. Hakikatnya hati wanita ini sukar untuk kita terjemah. Ada yang cukuplah sekadar mendapat pasangan yang rupanya ‘biasa-biasa sahaja’ asalkan sedap mata memandang dan tidaklah kita dihantui rasa cemburu 24 jam.
Agak-agak kenapa agaknya lelaki kacak, tampan dan sado ini sering kena tolak dengan wanita. Tidak ada penyesalan menolak lelaki yang pastinya menjadi pujaan setiap wanita. Cuma ada kalanya lelaki yang terlalu ‘handsome’ ini sebenarnya juga menakutkan wanita. Jom kita lihat di bawah ini kenapa mereka sering di reject dengan wanita.
1. Lelaki Kacak Kuat Perasan
Mereka sering anggap diri mereka cukup sempurna dan merasakan sering jadi perhatian setiap wanita. Ada juga yang bersikap sombong kerana bagi mereka tidak susah untuk mencari pengganti jika sudah putus hubungan dengan si dia. Dan ada juga sesetengah daripada mereka ini memang jenis tidak serius dalam setiap perhubungan. Mungkin belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.
2. Terlalu Memilih
Oleh kerana mereka perasan diri mereka kacak, pastinyalah juga mahukan pasangan yang sama sepadan. Biar nampak cantik bila bergandingan berdua nanti. Tetapi mereka perlu sedar kadang kala wanita juga pandai memilih, mereka tidak akan mencari yang bersandar kepada wajah kacak semata-mata, tetapi lebih memilih yang beriman dan memiliki ilmu di dada untuk dijadikan imam.
3. Dilabel Mata Keranjang
Siapa sahaja lelaki yang kacak pastinya akan dilabel kasanova. Biarpun mungkin ada sesetengah lelaki kacak tidak begitu, tetapi wanita mempunyai pandangan yang skeptikal mereka bimbang diri dikecewakan kelak dan daripada terus bermain api, baiklah berundur diri. Hati lebih senang memilih mereka yang biasa-biasa sahaja asalkan mencintai diri anda sepenuh hati.
4. Suka Cipta Alasan
Kalau perempuan memang asyik dengan perangai suka membebel, lelaki kacak juga tidak kurang hebatnya gemar memberi 1001 alasan. Maklumlah mereka tidak suka dikongkong dan jika si dia bertanya pasti akan mencipta pelbagai alasan untuk lari daripada situasi begini. Mereka ini suka bebas sebenarnya tanpa ada ikatan.
5. Mahu Yang Setaraf
Kebiasaannya lelaki kacak ini lahir dari keluarga mewah yang akan dapat apa sahaja yang dihajati. Jadi pastilah mereka juga menginginkan wanita yang juga sama setaraf dengan diri mereka. Malu pula nanti dilabel tidak setaraf atau jauh panggang dari api jika digandingkan bersama kelak.
6. Bersifat Pemalas
Tidak dinafikan, lelaki berwajah kacak ini juga ada antaranya yang bersikap malas. Mahu menjaga penampilan semata-mata dan tidak mahu melakukan kerja-kerja yang menjadi tugasan seorang wanita. Lebih parah lagi jika bertemu pula dengan lelaki yang malas bekerja. Silap hari bulan andalah yang menjadi tempatnya untuk menyara keperluan diri. Jadi agaknya lelaki beginikah yang mahu dijadikan calon suami. Sanggup ke begitu?
Artikel Lain: 5 Tahun Tak Kerja Tapi Hati Senang, Kongsi Amalannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI