Kolaborasi SIMPLYSITI bersama Epie Temerloh telah menawarkan satu rangkaian eksklusif iaitu Epie X SITI. Menerusi kerjasama itu, para pelanggan SIMPLYSITI dan juga peminat Epie Temerloh kini boleh memiliki Epie X SITI Pro Set, Epie X SITI Pro Palette dan Epie X SITI Pro Brush Set.
SIMPLYSITI telah diasaskan pada tahun 2010 di bawah aspirasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang ingin berkongsi tentang ilmu dan rahsia kecantikannya dengan semua golongan wanita tanpa mengira sempadan. Jenama kecantikan tempatan yang memiliki ciri dan tarikan bertaraf antarabangsa, SIMPLYSITI menawarkan produk kecantikan Halal yang berkualiti tinggi setanding dengan jenama antarabangsa yang terkemuka.
Memberi kepercayaan penuh pada pengilang dari Korea yang terkenal dengan lambakan pengeluar bahan kecantikan yang menjadi perhatian dunia.
Dato Siti satu nama yang tersohor penglibatannya dalam industri memberi ruang dan peluang untuk jurusolek menata rias wajahnya. Namun peluang keemasan ini juga menarik perhatian ramai juru solek di luar untuk maju satu peringkat sama seperti Epie Temerloh.
Epie Temerloh telah menjalin kerjasama dengan peneraju produk kecantikan halal di Malaysia, SIMPLYSITI. Beliau juga memiliki lebih dari sembilan tahun pemgalaman dalam menatarias wajah penyanyi nombor satu negara yang juga Presiden SIMPLYSITI, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Epie Temerloh juga antara jurusolek yang telah di beri kepercayaan dalam menatarias wajah beliau. Persahabatan yang telah terjalin hampir sedekad akhirnya telah mencetuskan satu kolaborasi istimewa diantara SIMPLYSITI dan Epie Temerloh.
Penglibatan Epie Temerloh dalam industri solekan Malaysia tidak hanya terbatas sebagai jurusolek, beliau juga pernah menganjurkan dan menjadi juri untuk pertandingan “Next Top MUA” yang pertama di Malaysia dalam usaha mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap untuk dijadikan sebagai pelapis jurusolek di tanah air. Beliau turut menerima jemputan selaku ketua juri bagi mengadili pertandingan solekan di seluruh Malaysia.
Kolabrasi Kali kedua ini bersama jurusolek terkenal yang terdahulu bersama Nurul Syukor dengan rangkaian SIMPLYSITI GOLD.
Keakraban Dato Siti dengan Epie tidak bermakna beliau akan menyekat peluang pada juru solek lain untuk bekerjasama untuk menghasilkan produk sendiri. Katanya lagi di dalam pelancaran EPIE X SIMPLYSITI, peluang yang diberi pada Epie adalah ruang dan penyuntik semangat pada juru solek di luar sama ada yang sudah lama di industri mahupun yang baru untuk berusaha untuk capai ke puncak ini.
Rangkaian Epie X SITI ini dilengkapi dengan tiga set eksklusif iaitu Epie X SITI Pro Set, Epie X SITI Pro Palette dan Epie X SITI Pro Brush Set. Setiap pemilihan warna bagi rangkaian tersebut diilhamkan dan di pilih teliti oleh Epie Temerloh sendiri. Menurut beliau, set ini merupakan hadiah buat para peminat beliau dan para pelanggan bagi memudahkan mereka mendapatkan hasil solekan seakan sentuhan professional dan “advanced’. Bahkan, bahan yang digunakan juga adalah premium dan berkualiti tinggi bagi memastikan para pelanggan mendapatkan produk yang terbaik dari beliau.
Di kelilingi dengan pelbagai ragam orang dan mereka yang terlibat dalam industri, Affiyah seolah-olah memahami rutin harian ibunya. Malah Affiyah serba sedikit menunjukkan minat dengan solekan. Walaubagaimanpun Dato Siti tidak akan menyekat minat Affiyah malah memberi jaminan Affiyah akan menwarisi perniagaannya.
Walaubagaimanapun beliau tidak menggalakkan anaknya bersolek sepanjang masa bergantung pada perkembangan masa. Tekan beliau lagi biarlah Affiyah perkembangan anaknya seperti kanak-kanak yang lain selebihnya beliau serahkan kepada Allah s.w.t.
SUMBER PHOTO: IG OFFICIAL SIMPLYSITI