Alat solek dan wanita berpisah tiada, itu ungkapan yang tepat untuk menzahirkan bertapa akrabnya alat solek dengan diri seorang wanita. Malah, alat solek kini merupakan satu keperluan terutamanya bagi wanita berkerjaya untuk tampil cantik, menawan dan dalam masa sama menambah keyakinan dalam diri.
Tapi dek kerana selalu sangat menggunakan alat solek, mesti hijabi pernah alami masalah palet solekan menjadi kusam, kotor dan berdebu dengan beberapa warna pada palet yang hampir bercampur. Haa.. Jangan cepat sangat nak buang palet solekan tu sis!
Di sini Hijabista berkongsikan cara mudah untuk membersihkan palet solekan anda agar kelihatan seperti baharu! Barulah senang hijabi nak menatarias wajah pada Hari Raya nanti!
Perkara pertama yang perlu anda tahu ketika membersihkan palet solekan adalah, jangan membersihkanya menggunakan cecair alkohol secara terus. Kerana ia akan merisikokan palet untuk bercampur aduk dan berlakunya penggumpalan pigmen warna.
Tidak salah jika hijabi mahu menggunakan alkohol untuk tujuan membasmi kuman yang mungkin membiak pada palet solekan anda. Tapi cukup sekadar menggunakan hand-sanitizer ataupun tisu basah yang dijual di farmasi kecantikan.
Ini kerana kedua-duanya mempunyai jumlah alkohol yang sedikit dan sudah dicampurkan dengan bahan lainya. Malah, cara menggunakan kedua barangan ini untuk membersihkan palet solekan menjadi lebih mudah.
Caranya mudah, hijabi hanya perlu menyediakan tisu basah tidak kira dari jenama apapun, hand sanitizer dan Loose Powder atau sebarang kotak berpermukaan rata.
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah, ambil sekeping tisu basah dan titiskan hand sanitizer tadi untuk tujuan menyahkuman yang membiak pada palet solekan anda, sekaligus membersihkan habuk dan debu solekan yang mengotori sekitar palet hingga palet kelihatan kusam.
Langkah kedua, anda perlu membungkus loose powder atau kotak kecil yang telah disediakan dengan tisu basah yang telah disapu hand sanitizer tadi. Pastikan permukaan tisu yang membalut kotak itu tegang dan rata tanpa kedutan.
Artikel berkaitan: Sayang Nak Buang Kalau ‘Make Up’ Jatuh Pecah, Ini Caranya Boleh Kembali Ke Bentuk Asal
Setelah itu, layarkan loose powder atau kotak kecil yang telah berbalut tisu basah itu ke atas palet solekan anda. Layarkan beberapa kali pada permukaan palet solekan sehingga benar-benar bersih.
Tujuan penggunakaan kotak kecil yang rata ini adalah untuk memastikan tisu basah itu dapat membersihkan palet solekan anda tanpa menyentuh mahupun menjejaskan pigmen warna solekan yang terdapat di dalamnya.
Justeru, akan mengurangkan risiko pigmen solekan rosak dan bergumpal, tapi dalam masa sama palet solekan anda kembali bersih seperti baharu. Mudah bukan? Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: 10 Produk Solekan Tak Sampai RM200 Mampu Milik Dan Berbaloi Untuk ‘Make Up Hunters’.
Sumber: Instagram J.N Beauty
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.