Tampil berniqab dan berpurdah, penghijrahan bekas pengacara Meletop, Hajah Noor Neelofa Mohd Noor sememangnya mengejutkan ramai orang, sekaligus menjadikannya sumber inspirasi dan role model dalam menutup aurat dengan lebih sempurna.
Bagaimanapun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, Neelofa akui bukan perkara mudah baginya untuk kekal istiqomah dalam penghijrahannya yang kini sudah menginjak dua tahun.
Ketika menghadiri program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, Neelofa turut berkongsi tip kekal istiqomah kepada para peminatnya yang mahu berubah kearah lebih baik.
Cara Nak Kekal Istiqomah, Kena Paksa Diri
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Antara pendekatan yang dilakukan ibu kepada Muhamad Bilal, untuk kekal Istiqomah adalah dengan ‘berubah secara paksaan’. Menurut Neelofa, teknik ini adalah yang termudah untuk diamalkan.
“Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah adalah paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.
“Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati. Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!
“Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu.
“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung,” katanya.
Sokongan Dari Keluarga dan ‘Circle’ Terdekat Penting!
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Selain itu, Neelofa menegaskan, sokongan keluarga dan orang sekeliling yang rapat dengan kita juga memainkan peranan yang penting baginya untuk kekal Istiqomah.
“Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna itu is another story. Saya bukan la orang yang tepat nak bagitahu, tapi kalau sekadar pengalaman itulah.
“Maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya itu tapi yang banyak membantu juga adalah teman-teman dan pasangan,” katanya.
Sumber Gambar: Instagram Neelofa
Artikel berkaitan: Ramai Puji Neelofa Sweet Teman Pu Riz Main Futsal. Nampak Comel Macam Cikgu Sukan Sekolah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI