Ada sebab mengapa kita mesti mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Janganlah ingkar denganarahan tersebut kerana ia untuk kebaikan kita bersama. Ia bertujuan bagi ‘memutuskan’ jaringan penularan Covid-19. Bersabarlah untuk menghadapi dugaan ini dan bersama-sama bekerjasama menjayakan usaha ini.
Tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin berlanjutan dua bulan lagi, jika penguatkuasaan sehingga 31 Mac ini, gagal mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, tidak menolak kemungkinan itu jika rakyat terus berdegil mengingkari PKP, mengabaikan pelaksanaan penjarakkan sosial serta tidak mengutamakan amalan batuk dan kebersihan yang baik.
“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.
“Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Selain kedegilan rakyat, Sazaly berpandangan, faktor lain mungkin menyumbang kepada kegagalan mengakhiri penularan jangkitan COVID-19, adalah tindakan ribuan orang ramai pulang ke kampung halaman selepas PKP diumumkan.
Ads
“Adalah satu kesilapan apabila orang dari kawasan tinggi jangkitan, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, balik ke kampung.
“Kita seolah-olah tidak belajar pada kesilapan sama dilakukan Itali, yang akhirnya menyebabkan wabak coronavirus bertambah kronik di negara itu,” katanya, yang berharap strategi penguatkuasaan lebih agresif.
Sazaly mencadangkan kerajaan mencontohi Korea dan Jepun serta Taiwan, yang bertindak agresif melaksanakan ujian komuniti dengan mengerah jentera perubatan mereka membuat ujian daripada pintu ke pintu.
“Ketika ini, kita masih menunggu orang sakit atau disahkan positif (melalui pengesanan kontak) datang ke hospital. Ibaratnya menunggu sama ada mangsa sakit, pulih atau meninggal dunia.
Ads
“Sekarang ‘darurat’ dan sedang berperang, tak boleh guna cara lama. Di Korea dan Jepun, mereka kerah jentera perubatan cari pesakit. Misalnya, Korea buat 20,000 ujian COVID-19 dalam sehari.
“Kita perlu masuk ke kawasan yang dikategorikan tinggi wabak dan uji semua orang dalam kawasan itu. Jika positif, ajar kaedah kuarantin dan terus beri ubat, tidak semestinya mereka perlu ke hospital.
“Ujian komuniti ini bukan saja oleh KKM, malah polis, tentera, pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan juga boleh dikerah membantu. Dalam saat perang ini, gunakan apa saja sumber yang ada, tak boleh bergerak sendirian,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Malaysia menjadi seperti Itali jika langkah agresif itu tidak dilakukan.
Ads
Dalam pada itu, beliau turut membangkitkan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang tidak berkait dengan kluster tabligh, sekali gus menggesa KKM segera melaksanakan penjujukan genom virus bagi mengenalpasti punca jangkitan berkenaan.
Penjujukan genom itu juga perlu disegerakan bagi mengenalpasti punca mengapa majoriti kes kematian akibat coronavirus di Malaysia, adalah membabitkan golongan berusia 60 tahun ke bawah, berbeza dengan kes di China, Itali, Jepun dan negara lain.
“Tujuh daripada 10 kes kematian di Malaysia adalah 60 tahun dan ke bawah, sedangkan negara lain majoriti kes kematian adalah individu 60 tahun atau 80 tahun ke atas.
“Kita perlu kenal pasti menerusi penjujukan genom, sama ada virus yang menyerang di Malaysia lebih bahaya serta dari mana datangnya virus yang menjangkiti jemaah tabligh dan kes-kes lain,” katanya.
Sumber kredit: Berita Harian
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Waktu-waktu menghabiskan cuti hujung tahun ni, bila waktu petang mesti rasa nak mengunyah sesuatu sambil meluangkan masa bersama keluarga atau ketika ‘movie marathon’ di Netflix kan.
Tapi tak kan lah tiap-tiap hari nak makan cekodok untuk minum petang kan? Bosan! Kadang-kadang tekak ni teringin juga nak hi-tea ala-ala mat salleh gittew~
Hi-Tea Ala Mat Salleh Dengan Hidangan Mewah Ini!
Sesekali apa kata Hijabi tukar selera dengan cuba resipi-resipi baru yang banyak ditularkan dilaman sosial, bahan-bahan pun senang nak jumpa, paling best, sedap dan cara nak masak serta penyediaanya pun mudah je!
Selalu kita dengan lasagna ayam dan daging kan? Tapi itu dah terlampau biasa, jadi tak salah kalau sesekali hijabi lari dari kebiasaan, untuk penggemar seafood. Jom cuba buat ‘Fish Lasagna’ untuk hidangan minum petang!
Hidangan Hi-Tea: Fish Lasagna
Bahan A:
1 ikat bayam
1 biji bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (Dicincang)
1 sudu besar cuka makan
1 sudu kecil serbuk cili
Garam dan lada hitam secukup rasa
Bahan B:
3 sudu mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 ½ cawan susu segar
½ cawan parutan parmesan cheese
1 peket kulit Lasagna
1 peket Alaska Pollock Fillet
Garam dan lada hitam hitam (secukup rasa)
Dah siap sediakan semua bahan? Kalau dah, ini dia langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memasak ‘Fish Lasagna’ tu.
Kalau tak nak masakan tak jadi, jangan derhaka pada resii sis! Ikut je seketul-seketul apa yang diarahkan, confirm jadi punya!
Cara Penyediaan Fish Lasagna
1. Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan bayam dan diikuti dengan cuka, serbuk cili dan garam dan lada hitam secukupnya.
3. Tumis sehingga layu dan ketepikan.
4. Cairkan mentega di dalam pan dan masukkan tepung gandum dan kacau sebati sehingga mendidih.
5. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau.
6. Setelah mendidih masukkan cheese ke dalam adunan bersama garam dan lada secukupnya (Elakkan garam terlalu banyak kerana cheese parmesan sudah masih).
7. Setelah sebati letakkan ke tepi.
8. Goreng Alaska Pollock Fillet selama 7 minit.
9. Tuangkan sos putih tersebut ke dalam loyang dan susun beberapa keping kulit lasagna sehingga menutupi sos, lapiskan sayur, kemudian Alaska Pollock Fillet di atas.
10. Ulangi langkah tersebut dan lapisan terakhir letakkan kulit lasagna dan taburkan parmesan cheese.
11. Bakar di dalam air fryer selama 30 min pada suhu 195 Celcius.
Memakai hijab merupakan kewajipan bagi setiap wanita. Yang menjadi masalah adalah untuk memilih warna hijab. Memang sukar untuk memilih warna hijab terutama bagi gadis yang memiliki kulit sawo matang. Tersilap pilih warna, muka pun akan nampak kusam.
Bagi anda yang berkulit sawo matang ala Halima Aden, Hijabista kongsikan 10 inspirasi warna hijab yang sesuai dengan tona kulit anda.
Hitam
Putih
Beige
Mustard
Jingga
Baby Blue
Merah
Gold
Pink
Multicolour
Haa.. Kini anda pun boleh tampil yakin dan bergaya seperti Halima Aden ni, apa yang perlu anda lakukan adalah berani dalam bermain dengan warna serta dalam berfesyen! Keyakinan adalah ‘Pakaian’ terbaik yang seorang wanita boleh gayakan tau! Selamat mencuba.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.
Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.
1. Ikat Rambut Ala Ponytail
Rambut yang diikat ke belakang atau high ponytail akan menyebabkan rambut menjadi stress kerana akar rambut akan tertarik dan menegang akibat ikatan yang terlalu ketat. Sebaiknya, ikat rambut pada bahagian tengkuk atau ikat dengan rendah. Barulah rambut menjadi lebih relaks.
2. Sikat Rambut Dengan Sikat Bergigi Rapat
Sikat rambut bergigi rapat juga akan membuatkan rambut kita tertarik secara paksa dan ia tidak baik untuk rambut. Sebaliknya, pakai sikat yang bergigi jarang untuk merapikan rambut. Rambut juga tidak akan gugur.
BACA ARTIKEL INI:
3. Gosok Rambut Dengan Kasar
Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.
Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.
4. Tak Beri Nutrisi Pada Rambut
Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.
5. Salah Pilih Bahan Hijab
Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...