Kecantikan

Pakar Perbidanan, Dr Hamid Arshat Kongsi Cara Mudah Kuruskan Badan Untuk Faktor Kesuburan. Patut Cuba!

Share

Ramai wanita mahukan cara paling mudah untuk turunkan berat badan. Namun ada kalanya aktiviti yang sukar menyebabkan mereka rasa terbeban. Jadi bagi mereka yang tetap bersemangat untuk kurangkan berat badan , apa kata boleh cuba cara yang dicadangkan oleh Dr Hamid Arshat ini. Dalam satu poster dimuat turut di laman sosial facebook miliknya Pakar Perbidanan ini memberitahu cara mudah kuruskan badan terutamanya untuk faktor kesuburan.

Menurutnya ada beberapa perkara disarankan olehnya antaranya hanya makan lauk dan sayur sahaja. Jauhkan pengambilan nasi, mi, roti canai serta kuih-muih manisan.

Elak ambil kuih-muih manisan.

Beliau turut mengingatkan untuk mengamalkan aktiviti senaman seperti jogging, lari atau ke gym selama 30 minit.

Amalkan selama 30 minit.

Selain itu Dr Hamid Arshat turut berpesan supaya minum teh hijau dan juga mengamalkan yoga dan deep breathing exercise

.
Minum teh hijau juga bagus diamalkan.

Insya-Allah jika diamalkan secara konsisten, apa yang diharapkan (mendapatkan badan kurus) akan tercapai dengan jayanya.

Usaha tangga kejayaan.

 

Published by
Siti Zurina