“Patutnya bulan puasa ni lagi senang nak turunkan berat badan bukan, tapi hampir seminggu puasa ni rasanya makin naik adalah. Di mana silapnya?”
Di samping memfokuskan pada ibadah puasa, ramai yang memasang niat untuk memanfaatkan bulan Ramadan untuk menurunkan berat badan. Ironinya, ia nampak mudah tetapi ramai yang terkandas dalam misi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Antara Senaman Dan Menu Diet, Manakah Yang Paling Cepat Menurunkan Berat Badan?
Pelbagai juadah berbuka dan sahur yang mungkin mengoda untuk anda menikmatinya, ruang antara dua waktu makan ini mendorong bertambah berat badan. Kemahuan berlebihan itu akan memusnahkan goal kita untuk turunkan berat badan di bulan Ramadan.
Puan Siti Norsafiah Mohd Yusoff, Pegawai Pemakanan (Nutrisi) Bahagian Pemakanan KKM menekankan agar kita faham erti sebalik perkataan PUASA.
P – PILIHAN: Buat pilihan yang sederhana kerana semua pilihan di tangan anda. Pilih makanan yang sederhana yang mempunyai rendah kalori, boleh menurunkan berat badan yang tidak boleh mendatangkan risiko penyakit.
U – UTAMA: Dahulukan makanan atau menu yang sihat, contohnya, seperti makanan yang kukus, panggang, sup dan rebus. Jika boleh, hadkan makanan yang bergoreng dan bersantan serta berminyak.
A – AIR: Minum 8 gelas atau 2 liter air kosong antara waktu berbuka sehingga sahur, supaya anda bertenaga sepanjang hari dan terhidrat. Alternatif lain untuk menggantikan air, gantikan sup atau minuman seperti jus dan sebaik-baiknya tanpa gula.
S – SEIMBANG: Masalah sembelit sering timbul ketika bulan Ramadan, akibat dari pengambilan yang tidak seimbang. Pastikan pngambilan sayur dan buah bagi menjamin kesihatan yang optimum.
A – AMALKAN: Jadikan gaya hidup sihat ini bukan sahaja di bulan Ramadan, sebaiknya teruskan bukan sahaja untuk turunkan berat badan tetapi untuk kekalkan kesihatan di tahap yang baik.
Amalkan pemakanan sihat seperti gaya hidup, untuk mengelakkan anda dari didatangi penyakit-penyakit yang tidak diingini. Kekalkan istiqamah menjaga kesihatan anda untuk memudahkan beribadah.
ARTIKEL BERKAITAN: Menu Diet ‘Singgang Mat Salleh’ Jer, Atikah Suhaime ‘Maintain’ Berat Badan. Ramai Akui Terbukti…
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.