Pakaian Warna Hitam Nampak Cantik Kalau Kena Gaya Padanannya. Buktinya Lihat Stail Selebriti Ini Di FFM29!

Share

Tidak ramai wanita yang gemar menyarung busana warna hitam, lebih-lebih lagi untuk digayakan sebagai pakaian harian. Malah busana warna hitam ini hanya dipakai terutama jika ada majlis tertentu sahaja seperti kematian ataupun mengikut tema.

Namun jika mereka yang bijak bergaya dan cintakan stail ‘classy’, tentunya rona hitam menjadi pilihan dari ‘top to toe’. Misalnya selebriti Najwa Mahiaddin atau Ella yang dilihat  cukup gemar menggayakan busana rona hitam. Mungkin lebih konfiden kerana hitam sebenarnya boleh di mix & match dengan padanan lain.

Ella antara artis yang gemar menggayakan busana warna hitam setiap kali membuat persembahan pentas.

Warna hitam ini adalah warna yang elegan dan selamat terutama jika si pemakai adalah seorang yang berisi. Dikatakan dapat menutup kelemahan di bahagian tertentu anggota badan dan menampakkan sisi kurus anda.

Ada aturan tertentu yang boleh disuai padan ketika anda menyarung busana hitam. Terutama pemilihan hijab, aksesori dan juga solekan. Ini adalah bagi menyerlahkan lagi penampilan anda walaupun menyarung warna yang gelap yang seakan tidak berona ini.

1. Pilihan Aksesori

Apa kata untuk menyerlahkan penampilan, anda tampil dengan aksesori sederhana tetapi kelihatan elegan. Tanpa aksesori lain cukuplah sekadar menggayakan ‘clutch’ besar rona keemasan. Ataupun jika berkaca mata, kasut ataupun gelang tangan pilih warna terang agar kelihatan ‘balance’

.

2. Fabrik Lembut

Untuk pilihan fabrik, jangan sesekali menyarung yang kain tekstur keras kerana akan menampakkan anda berisi. Jika boleh pilih cotton lembut sama ada untuk seluar atau blaus. Boleh juga memilih satin atau Thai Silk lembut yang cutup cantik direka seperti ‘dress’ atau kurung moden.

3. Solekan Sesuai

Untuk solekan pula, jika untuk acara malam, apa kata anda serlahkan sedikit solekan bahagian mata. Riaskan dengan warna terang yang boleh memberi imej anggun pada diri anda. Untuk lebih menyerlah sapukan bibir rona merah terang yang bisa memukau pandangan.

4. Hijab Pastel

Bagi pilihan hijab pula, disarankan memilih rona pastel yang bersesuaian. Atau boleh juga gayakan padanan rona gold atau merah untuk lebih menyerlah. Jika memilih rona terang begini, suai padankan pula dengan aksesori yang berwarna untuk menimbulkan mood ceria.

Admin suka melihat gaya selebriti yang melaram dengan warna hitam apabila menghadiri majlis tertentu seperti Festival Filem Malaysia ke 29 baru-baru ini. Rata-rata tampil cukup menawan dengan padanan rona hitam dan juga putih.

1. Nadiya Nissa

Tampil menyerlah dengan rekaan Rizman Ruzaini padanan jaket dan seluar corak monokrom.

2. Siti Elizad

Dress potongan silhouette menyerlah kejelitaan Siti Elizad yang juga merupakan pengacara bersama malam itu di samping Zizan Razak & Tanuja.

3. Vanidah Imran

Satu lagi rekaan duo Rizman Ruzaini yang memang nampak cukup elegan digayakan wanita Melayu terakhir, Vee. Rekaan potongan ala jaket di bahagian atas dan kembang pada kain tampak cukup berbeza.

4. Emma Maembong

Biarpun padanan merah dan hitam pada juraian, tetapi tetap ada pesona warna itu ditampilkan pelakon drama ‘Awak Suka Saya Tak’ ini.

5. Natasha Hudson

Walaupun telah berhijrah, namun Natasha Hudson turut hadir ke FFM 29. Datang bersama adiknya Tania Hudson dan pastinya penampilan beliau yang lengkap berniqab mencuri tumpuan.

6. Lisdawati

Lisdawati kelihatan cukup anggun menyarung dress jalur menegak dengan ropolan di bahagian dada yang menampakkan sisi langsing dirinya.

7. Linda Rafar & Suami

Pasangan suami isteri ini sedondon menggayakan busana rona hotam. Linda cukup menyerlah dalam dress potongan ‘ruffle’ di bahagian dada dengan sedikit tampalan di bahagian lengan.

8. Zahiril Adzim & Shera Aiyob

Pasangan comel ini kelihatan begitu serasi bergandingan dalam busana hitam. Hijab warna kontra menjadikan penampilan Shera cukup sempurna malam itu.

8. Ziela Jalil & Puteri Julia Nabilah

Pasangan ibu dan anak ini memang bijak sekali bergaya. Jika Julia menggayakan dress rona hitam dengan padanan jaket kulit yang menyerlahkan sisi gadisnya, Ziela pula sekadar menyarung hijab warna hitam yang cukup manis sekali.

SUMBER: INSTAGRAM SELEBRITI

 

Published by
Siti Zurina