Pakai Tudung Tapi Dagu Berlipat Punca Anda Malu Dan Tak Nak Makan? Ini Cara Atasinya!

Share

Kebanyakan wanita mengalami masalah yang sama di mana tidak menyukai dagu yang berlipat atau dikenali sebagai ‘Double Chin’. Oleh kerana kerap melihat model yang mempunyai dagu yang tajam, kita mula menjadi murung dan rasa diri tidak cukup. Jangan risau ini ada cara mengatasinya!

Selalunya double chin ini terjadi apabila berat badan anda naik. Akan tetapi sesetengah orang walaupun berat badan masih kekal tetapi tetap mempunyai double chin. Buat para hijabi, double chin ini sangat menjengkelkan kerana bila pakai tudung nampak tak cantik bahagian bawah dagu berlipat.

Sebenarnya anda tidak perlu diet terlampau ekstrim untuk menghilangkan lemak di dagu anda. Sebenarnya ada rahsia yang terbaik untuk anda hilangkan dagu berlipat ini. Ini ada cara untuk anda ikuti HealthGuideHQ.com, mengatasi senaman untuk dagu anda agar dapat mengatasi masalah dagu berlipat ini:

Artikel Berkaitan: Terbukti Alat Ini Mampu Meruncingkan Dagu Dan Menaikkan Seri Muka

8 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN DENGAN SENAMAN MUDAH!

1. The kiss dan Stick it out!

The kiss ini anda boleh lakukan ia sambil berdiri dan mendongakkan kepala sambil memandang siling. Kemudian muncungkan bibir anda seolah ingin mencium siling selama lima saat dan relaks tegakkan semula kepala. Lakukan sebanyak 15 kali. Untuk Stick it out pula, anda perlu pandang ke hadapan dan buka mulut seluasnya dan jelirkan lidah perlahan-lahan dalam limat saat dan masukkan semula lidah dan ulang sehingga 10 kali.

2. Jaw Jut

Sumber: saga.co.uk.

Pastikan anda dongakkan kepala sehingga memandang siling kemudian tolak rahang anda ke hadapan sehingga terasa stretching di bawah dagu anda. Anda juga boleh membuat kiraan sehingga 10 dan relaks kan semula rahang anda. Anda boleh lakukan ini sebanyak 10 kali ya dan jangan malas!

3. Neck Roll!

Sumber Google

Apabila anda ingin lakukan neck roll ini pastikan untuk anda berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu anda mencecah ke bahagian dada anda. Pusingkan kepala ke kanan dan perlahan-lahan dan biarkan ia sehingga kiraan 5. Kemudian anda kembali ke sisi asal. Selepas itu, pusing kepala anda ke kiri perlahan-lahan pula dalam kiraan 5 lagi dan ulang selama dalam masa 30 saat.

4. Chin Slap

Pastikan anda pandang ke depan kemudian tampar bawah dagu anda dengan tangan belakang anda perlahan-lahan. Pastikan untuk anda lakukan ia sehingga 30 saat. Jangan terlampau kuat nanti sakit pula!

5. In and out

Pastikan untuk anda bentukkan tangan seperti bentuk V dan meletakkan ibu jari pada hujung rahang. Kemudian, jari lain berada di sebelah pipi. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan. Biarkan selama 30 saat dan tolak semua ke belakang dan akhir sekali relaks dan ulang sehingga tiga kali!

Artikel Berkaitan: Dark Chocolate Boleh Bantu Hilangkan Lemak Pada Leher & Dagu Secara Alami. Mudah & Ringkas!

Mudah atau malas?

Sumber: Freepik

Jadi mudah kan? atau anda masih malas? Menurut laman kesihatan HealthyDefinition, lebih baik anda meluangkan masa 10 minit untuk senaman ini pada setiap hari. Jika anda lakukan selama sebulan pasti anda akan lihat kesannya. Tidak percaya cubalah. Jadi, jika anda ingin kesan yang lebih awal pastikan anda gandakan usaha. Ikut sahaja cara hilangkan double chin anda. Selain daripada itu anda juga boleh mengamalkan petua lain seperti mengurut bawah dagu setiap hari sebelum tidur!

Sumber: SirapLimau / HealthyDefinition.com

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.