Zaman penuh kemajuan, semuanya perlu pantas dan segera apatah lagi hijabi yang mahu bersiap dengan cepat. Pakai hijab pun kalau boleh yang boleh sambar dan terus terletak di kepala. Apatah lagi kalau sudah terlambat untuk ke tempat kerja atau perlu hadir ke perjumpaan penting.
Bagi hijabi yang ingin mengenakan hijab dalam tempoh yang singkat, jangan risau kerana jenama tudung popular, Loveta melancarkan koleksi tudung terbaharu, Assyfa Manes yang hanya memakan masa 7 saat untuk digayakan untuk hijabi. Hebat bukan!
ARTIKEL BERKAITAN: Jadi Wajah Baru Jenama Hijab Siti Sarah, Anzalna Nasir Sebak Waktu Shooting Bersama Dekta
Tanpa menggunakan pin (pinless) dan hanya perlu sarung ke kepala, penampilan anda lengkap dalam masa beberapa saat sahaja. Assyfa Manes ini turut tampil dengan 8 pilihan warna. Malah pilihan kain jenis premium soft pleated chiffon ini menambahkan keselesaan dengan setiap pengayaan, selain menjimatkan masa untuk dipakai. Menurut pengasas Loveta Siti Fatimah Suberi, Assyfa Manes adalah rekaan tudung terbaharu susulan kejayaan dan permintaan tinggi tudung Assyfa yang menjadi signator jenama ini.
“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan iaitu Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan.
“Justeru kami tampilkan koleksi Assyfa Manes sebagai pengubat kepada peminat koleksi Assyfa yang sentiasa menantikan pembaharuan dan rekaan baharu. Lebih menarik, Assyfa Manes akan menjimatkan masa setiap wanita yang memakai dengan hanya 7 saat.
Semakin maju teknologi semakin mudah yang ingin digayakan, gaya hijab berbelit dengan pin merata di atas kepala, sudah menjadi tidak relevan untuk hijabi yang sentiasa menjaga penampilan. Tudung sarung semudah 7 saat ini memudahkan hijabi menyarungnya usai solat. Tak perlu kusut sekiranya pin tudung hilang, antara sebab permintaan koleksi tudung Loveta melonjak tinggi.
“Saya faham peranan dan tanggungjawab wanita di masa sekarang tidak mudah, banyak kerja yang perlu dilakukan sekaligus memberikan inspirasi kepada saya untuk tampil dengan rekaan yang mudah dipakai dan sesuai untuk semua generasi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Assyfa Manes di Rumah Anak Yatim Al Kausar, Bangi, Sabtu lalu.
Siti Fatimah berkata dia menyasarkan Assyfa Manes sebanyak 70,000 helai dijual dalam tempoh sebulan.
“Kami sangat komited dan percaya dengan kualiti produk kami. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun beroperasi kami menerima permintaan tinggi daripada kaum wanita yang jatuh cinta dengan rekaan yang diperkenalkan.” katanya.
Dengan koleksi terbaharu ini, ia bukan sahaja sesuai digayakan oleh hijabi bekerjaya malahan sepadan untuk hijabi yang sentiasa aktif dengan aktiviti harian, tetapi dalam masa sama masih mahu kelihatan segar dan trendy.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Jatuh ‘Standard’ Pakai Tudung Lokal, Anzalna Pacu Sinergi Baharu Dunia Hijab Tanah Air Bersama Loveta
Selain dari melancarkan koleksi terbaharu ini, satu program ringkas bersama-sama anak-anak yatim telah dijalankan. Menyatuni anak-anak ini, pihak Loveta adakan satu sessi ‘makeover’ di mana mereka disolek dan digayakan dengan koleksi hijab terbaharu Loveta. Terpancar keseronokkan di wajah mereka usai disolek, dengan peluang yang jarang mereka miliki ini sedikit sebanyak dapat berkongsi rasa gembira bersama.
Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar, sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan Allahyarham Siti Sarah ketika hayatnya.
“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.
“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan zuriat,sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus maju dan memiliki cahaya mata.” Katanya.
Tudung Assyfa Manes sudah mula dijual secara online di laman sesawang Loveta dan media sosial Facebook, Instagram,Tiktok dan shopee juga stokis dan ejen sejak selasa lalu susulan mendapat permintaan yang tinggi. Tudung Assyfa Manes dijual pada harga RM59.00.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.