Zaman penuh kemajuan, semuanya perlu pantas dan segera apatah lagi hijabi yang mahu bersiap dengan cepat. Pakai hijab pun kalau boleh yang boleh sambar dan terus terletak di kepala. Apatah lagi kalau sudah terlambat untuk ke tempat kerja atau perlu hadir ke perjumpaan penting.
Bagi hijabi yang ingin mengenakan hijab dalam tempoh yang singkat, jangan risau kerana jenama tudung popular, Loveta melancarkan koleksi tudung terbaharu, Assyfa Manes yang hanya memakan masa 7 saat untuk digayakan untuk hijabi. Hebat bukan!
Tanpa menggunakan pin (pinless) dan hanya perlu sarung ke kepala, penampilan anda lengkap dalam masa beberapa saat sahaja. Assyfa Manes ini turut tampil dengan 8 pilihan warna. Malah pilihan kain jenis premium soft pleated chiffon ini menambahkan keselesaan dengan setiap pengayaan, selain menjimatkan masa untuk dipakai. Menurut pengasas Loveta Siti Fatimah Suberi, Assyfa Manes adalah rekaan tudung terbaharu susulan kejayaan dan permintaan tinggi tudung Assyfa yang menjadi signator jenama ini.
“Sebelum ini koleksi Assyfa pernah tampil dengan koleksi rekaan iaitu Assyfa cinta yang telah mendapat permintaan tinggi oleh kaum wanita. Koleksi ini pernah pernah mencatat jualan sebanyak 50,000 helai dalam tempoh sebulan.
“Justeru kami tampilkan koleksi Assyfa Manes sebagai pengubat kepada peminat koleksi Assyfa yang sentiasa menantikan pembaharuan dan rekaan baharu. Lebih menarik, Assyfa Manes akan menjimatkan masa setiap wanita yang memakai dengan hanya 7 saat.
Tudung sarung permintaan tinggi
Semakin maju teknologi semakin mudah yang ingin digayakan, gaya hijab berbelit dengan pin merata di atas kepala, sudah menjadi tidak relevan untuk hijabi yang sentiasa menjaga penampilan. Tudung sarung semudah 7 saat ini memudahkan hijabi menyarungnya usai solat. Tak perlu kusut sekiranya pin tudung hilang, antara sebab permintaan koleksi tudung Loveta melonjak tinggi.
Ads
“Saya faham peranan dan tanggungjawab wanita di masa sekarang tidak mudah, banyak kerja yang perlu dilakukan sekaligus memberikan inspirasi kepada saya untuk tampil dengan rekaan yang mudah dipakai dan sesuai untuk semua generasi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Assyfa Manes di Rumah Anak Yatim Al Kausar, Bangi, Sabtu lalu.
Siti Fatimah berkata dia menyasarkan Assyfa Manes sebanyak 70,000 helai dijual dalam tempoh sebulan.
“Kami sangat komited dan percaya dengan kualiti produk kami. Alhamdulillah sepanjang 3 tahun beroperasi kami menerima permintaan tinggi daripada kaum wanita yang jatuh cinta dengan rekaan yang diperkenalkan.” katanya.
Ads
Dengan koleksi terbaharu ini, ia bukan sahaja sesuai digayakan oleh hijabi bekerjaya malahan sepadan untuk hijabi yang sentiasa aktif dengan aktiviti harian, tetapi dalam masa sama masih mahu kelihatan segar dan trendy.
Selain dari melancarkan koleksi terbaharu ini, satu program ringkas bersama-sama anak-anak yatim telah dijalankan. Menyatuni anak-anak ini, pihak Loveta adakan satu sessi ‘makeover’ di mana mereka disolek dan digayakan dengan koleksi hijab terbaharu Loveta. Terpancar keseronokkan di wajah mereka usai disolek, dengan peluang yang jarang mereka miliki ini sedikit sebanyak dapat berkongsi rasa gembira bersama.
Memilih Rumah Anak Yatim Al Kausar, sebagai lokasi perlancaran, Siti Fatimah berkata dia ingin menyambung usaha murni yang pernah dilakukan Allahyarham Siti Sarah ketika hayatnya.
Ads
“Arwah pernah berkata kepada saya permulaan yang baik pasti ada kemanisan yang Allah akan berikan. Jadi saya pun ambil peluang ini dan meraikan bersama anak-anak yatim. Dalam majlis ini juga saya adakan bacaan yaasin untuk arwah.
“Antara sebab lain saya adakan disini juga adalah kerana saya belum dikurniakan zuriat,sekurang-kurangnya anak-anak ini boleh mendoakan saya semoga perniagaan terus maju dan memiliki cahaya mata.” Katanya.
Tudung Assyfa Manes sudah mula dijual secara online di laman sesawang Loveta dan media sosial Facebook, Instagram,Tiktok dan shopee juga stokis dan ejen sejak selasa lalu susulan mendapat permintaan yang tinggi. Tudung Assyfa Manes dijual pada harga RM59.00.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/JhZapDtSG2w
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kehadiran cahaya mata dianggap sebagai plengkap dalam hidup berumah tangga. Walaupun bertahun-tahun namun sanggup menunggu untuk mendapatkan zuriat. Bagi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, menanti hampir 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat sendiri termasuk sepasang kembar.
Jadi Inspirasi
Kisahnya Baginda yang begitu cekal dan tabah dalam usaha mendapat zuriat wajar menjadi sumber insprasi dan contoh buat semua wanita di negara ini.
Menurut Saerah Ali, 85 tahun yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping Baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan Baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan Baginda tidak boleh banyak bergerak, Baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada Baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Ada 115 Cucu Melalui TAFF
Sementara itu Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu Baginda’.
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Datuk Hamimah berkongsi cerita lagi bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian Baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Menurutnya lagi Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan Baginda kepada rakyat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-
Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SSAP.
Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Tiada insan yang sempurna di dunia ini, begitu juga saudari Nik Suriyati yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Tidak mempunyai tangan dan kaki seperti orang lain tetapi itu tidak memberi halangan buat Nik untuk meneruskan kehidupan mencari rezeki dan menjadi tukang jahit yang berjaya!
Pasti sukar buat diri Nik yang merupakan seorang OKU yang ingin mencari sumber pendapatan buat dirinya. Malah, Nik dilahirkan dengan tidak mempunyai kaki dan tangan tetapi dia tidak pernah berputus asa. Nik kini berumur 38 tahun dan perjalanan kisah hidupnya bermula seawal 14 tahun.
Oleh kerana impian ingin menjadi tukang jahit, Nik memberanikan dirinya pada umur 14 tahun untuk memasuki bengkel jahitan anjuran (KEMAS) iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat di kawasan rumahnya. Menurut Nik, cikgu yang mengajar disitu juga merasakan was-was untuk menerimanya sebagai pelajar tetapi berkat usaha, Nik dapat mengikuti kelas itu.
“Guru tersebut memberi saya peluang untuk mengikuti kelas jahitan selepas melihat kesungguhan saya ingin menyertai kelas jahitan itu,” kata Nik kepada pemberita di Felda Chiku 5, Kelantan.
Berkat dari usaha dan kesabaran Nik, dia dapat menggunakan mesin jahit dengan baik dalam masa sebulan sahaja. Ternyata, itulah bukanlah penghalang buat dirinya itu. Kerana itu, jahitan pertama Nik merupakan baju sekolahnya sendiri. Segala barang jahitan tersebut disediakan oleh pihak bengkel jahitan KEMAS.
Kini dengan kejayaannya Nik sangat berbangga dan tersenyum lebar kerana dia sudah bergelar sebagai tukang jahit sepenuh masa yang beroperasi dirumahnya. Dia juga menerima banyak tempahan lebih lebih lagi sewaktu musim perayaan. Nik juga ada memberikan kata semangat kepada golongan sepertinya di luar sana agar teruskan perjuangan walaupun dalam keadaan OKU.
“Kita perlu kekal tabah dalam menjalani hidup dan jangan mudah berputus asa kerana di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang tersembunyi,” katanya.
Nik juga telah menarik perhatian orang ramai dan juga kerajaan Kelantan dan telah dianugerahkan sebagai tokoh usahawan OKU, sempena hari OKU Muqarrabun 2022 pada April lalu. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat Nik Suryati!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal jenama peranti pintar terkemuka dunia, Huawei bukan? Terbaharu, Huawei memperkenalkan gedung aplikasinya sendiri iaitu Huawei AppGallery yang memberikan satu lagi pilihan baru dan hebat kepada pengguna.
Menariknya, di situ terdapat pelbagai aplikasi yang kita sebagai rakyat Malaysia biasa gunakan seperti WhatsApp, Facebook, TikTok, Touch n Go, Lazada dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga 18 kategori berbeza seperti perhubungan, perbankan, media sosial dan lain-lain.
Lebih jimat storan
Bukan itu sahaja, anda tidak perlu risau untuk menggunakannya kerana ia dijamin selamat ssetelah dilindungi empat lapisan perlindungan. Tambahan lagi, ia turut terkandung ciri Quick Apps.
Apa itu Quick Apps? Quick Apps ini membolehkan anda mengakses tanpa perlu memuat turun pun aplikasi tersebut. Dengan ini, ia sekaligus akan menjimatkan stor peranti anda. Di AppGallery juga anda boleh dapatkan permainan yang ada di seluruh negara. Tidak rugikan!
Tawaran berganda secara eksklusif
Di samping itu, turut menawarkan ganjaran bila anda muat turun daripada AppGallery termasuklah 50gb Huawei Cloud secara percuma 12 bulan manakala hanya 15GB diperuntukan oleh Google Drive.
Huawei juga meperkenalkan fungsi terbaru MEETime yang terdapat pada HUAWEI siri P40 terbaru. Teknologi terbaru ini membolehkan anda mendapatkan audio yang stabil di samping video beresolusi tinggi bila berhubung dengan peranti Huawei lain walaupun dalam cahaya yang malap atau sambungan internet yang lemah.
Bukan sahaja berkongsi skrin, anda juga boleh membuat nota sewaktu membuat panggilan video pada masa yang sama seperti membantu mereka ketika membeli-belah. Memang seronok!
Selain itu, Huawei juga telah memperkenalkan Huawei Video dan Huawei Music setanding dengan aplikasi Google Play Music dan Google Movie & TV. Namun, Huawei Video menjanjikan keistimewaan apabila memberikan anda tempoh 3 bulan akses premium percuma. Sangat eksklusif!
Sentiasa menghargai pengguna, Huawei turut menawarkan baucar diskaun dan keistimewaan VIP secara eksklusif. Anda boleh menang banyak hadiah yang menarik bila anda muat turun aplikasi terpilih. Pastikan anda tidak lupa ya untuk log masuk ke ID Huawei anda.
HUAWEI AppGallery ini juga lebih selamat berbanding Google Play Store kerana ia telah disahkan sijil keselamatan CC EAL 5+ terbaik dalam industri dan sijil-sijil keselamatan lain.
Tak sabar nak dapatkan produksi terbaharu HUAWEI? Jom beli sekarang juga di sini!